Tadi aku dok menggoogle info dan tips berkaitan alahan kulit baby sebab ruam kat pipi Afif makin hari makin teruk. Asalnya sebelah pipi jer yang nampak ruam merah tapi sekarang ni dah merebak ke pipi sebelah lagi.
Minggu lepas aku dah bawak Afif ke klinik pakar kanak-kanak kat area Cheras. Masa tu pipi Afif dah start nampak berair tapi sikit jer. Hanya pipi kanan dia jer yang jadi macam tu, pipi kiri takde ape-ape.
Masa kat klinik, doctor chek seluruh badan dia kalau ada tempat lain jugak, tapi memang takde. Doctor suspek fungus tapi sebab dia garu, jadi tempat tu dah terluka skit dan berair.
Klinik tu ada bagi ubat cream antibiotik dan juga antibiotik untuk makan. Sebab Afif baru umur 5 bulan, kitorang decide tak nak bagi Afif makan ubat tu. Just nak sapu cream jer.
Tapi itu la… Cream tu macam tak serasi dengan Afif. Makin merebak pulak lepas pakai cream tu. Sebab tu aku cuba google untuk cari info dan terjumpa info ni dikongsikan oleh rakan facebook aku iaitu Dr. Khairul Faizie, kiranya apa yang dikongsikan ni adalah dari orang yang selayaknya.
Berikut aku tuliskan balik apa yang dikongsikan oleh Dr.K untuk info korang dan juga rujukan aku.
Ada beberapa jenis cream atau ubat sapu yang kita perlu tahu iaitu :
1- STEROID CREAM
2- ANTI FUNGAL CREAM
3- ANTIBIOTIC CREAM
4- COMBINATION OF CREAM
5- ANTI VIRAL CREAM
6- MOISTURIZING CREAM
1) STEROID CREAM
Secara umum nya digunakan utk merawat keradangan ( inflammation) pada kulit. Contoh paling tipikal utk merawat eczema.
Bagaimana nak tahu steroid cream? Perhatikan nama saintifik cream itu (bukan brand name). Nama saintifik nya berakhir dengan ” SONE”. Contoh:
– Hydrocortisone – Clobetasone – Mometasone – Fluticasone – Betamethasone.
Krim steroid ini ada kelas nya. Kelas satu paling kurang power dan paling selamat. Makin tinggi kelas, makin kuat steroidnya. Gambar bawah ni adalah utk kenali kelas krim steroid.
Tak boleh semberono korang tepek steroid krim tanpa tahu kelas. Sebabnya? Untuk kelas yg tinggi, tak sesuai di sapu di kawasan kulit sensitif seperti kulit muka atau kulit yg dah menipis. Takut dapat komplikasi lain pulak.
Krim steroid juga secara umumnya tak boleh di sapu secara berterusan untuk tempoh lama iaitu melebihi 2 minggu kerana khuatir akan menyebabkan komplikasi seperti kulit akan menipis, rosak (atrophy), kulit hilang pigmen (hypopigmentation) atau kulit jadi alah pada krim yg disapu (allergic reaction ).
Kalau kes allergic / eczema yang kronik, doktor mungkin start kan rawatan steroid cream yg kelas paling tinggi untuk 5 hari, kemudia di ikuti dengan kelas lebih rendah untuk seminggu berikutnya.
2) ANTI FUNGAL CREAM
Digunakan untuk rawat jangkitan fungus (kulat). Jangkitan kulat ni org Melayu panggil kurap / kulat air. Panau itu pun sebenarnya ialah jangkitan kulat.
Bagaimana nak kenal anti fungal cream? Perhatikan nama saintifik cream itu, berakhir dengan “ZOLE”. Contoh:
– Miconazole – Clotrimazole – Econazole – Ketoconazole – Fluconazole
Dan ada satu jenis anti fungal krim yg nama saintifiknya Terbinafine (brand Lamisil)
3) ANTIBIOTIC CREAM
Digunakan untuk merawat jangkitan bakteria pada kulit. Ada pelbagai jenis jangkitan bakteria dan pelbagai rupanya. So biar lah kerja men diagnosed itu doktor yg buat. Penat dia belajar, korang takyah susah payah main agak2. Bukan apa, skin condition ni perlukan ilmu + latihan mata yg tajam. Doktor yg berpengalaman sendiri kadangkala buat silap masa diagnose.
Bagaimana nak kenal antibiotic krim? Perhatikan nama saintifik cream itu, kebanyakkan nya berakhir dengan ” IN” Contohnya:
– Gentamicin – Fucidin – Neomycin – Mupirocin
4) COMBINATION OF CREAM
Krim dalam jenis ke empat ini, ialah kombinasi antara 3 jenis krim di atas. Contoh kombinasi yg biasa kita jumpa:
– Steroid cream + antibiotic cream
– Antifungal cream + steroid cream.
Bila kita perlu guna krim 2 in 1 ini?
Or sometimes, ada yg 3 in 1 (kombinasi antibiotic + steroid + anti fungal).
Bila ada komplikasi dari jangkitan asal. Contohnya kita kena kurap (fungal infection). Kita garu dan garu, punya syiok garu sampai luka kulit. Kuku kita bukan sterile, bawah kuku banyak bakteria. Lepas seminggu kurap kita luka, kurap kita dapat jangkitan bakteria. So dlm kes ini kita guna krim anti fungal + antibiotic /steroid.
Ataupun kita ada eczema yg kronik. Garu punya garu sampai luka lepas tu infected. So kita kena sapu krim steroid + antibiotic.
5) ANTI VIRAL CREAM
Krim jenis ni utk jangkitan virus. Paling mudah nak faham, kalau kena chicken pox atau kayap. Kedua dua penyakit ni disebabkan jangkitan virus. Selain kena ambik ubat oral, sapuan krim anti virus pun perlu.
Sebab jarang krim ini di gunakan secara meluas (berbanding 4 jenis krim di atas), maka saya tak menulis dgn lanjut tentang krim anti virus ini.
6) MOISTURIZING CREAM
Ok, krim ini sangat sangat penting. Walaupun ianya hanyalah krim pelembab, namun ia memainkan peranan penting dalam rawatan.
Contoh paling klasik ialah pesakit chronic eczema. Kulit pesakit eczema akan kering. Kering sebab cycle penyakit itu sendiri, kering sebab kesan sapu ubat steroid. Kulit yg kering = gatal. Jadinya, perlu sapu krim pelembab setiap hari. Krim pelembab boleh di sapu setiap hari utk tempoh yg lama, Insya Allah no problem (tak macam krim steroid). Kita sarankan utk mereka yg ada eczema, sapu lah krim pelembab setiap malam sebelum tidur. Boleh juga di campur dgn steroid cream dlm nisbah tertentu ( 50 % – 50% , 60% – 40 % , etc etc) bergantung pada rawatan doktor.
Krim pelembab yang bagus antaranya brand Cetaphil. Cetaphil ini juga ada dalam bentuk mandian.
Cakap pasal mandi, untuk mereka yang kulitnya ada eczema / sensitive skin, elakkan guna sabun mandi yg berubat atau jenis anti bacteria contohnya Dettol, Protex, Lifeboy dan banyak lagi.. Sebabnya chemical dari sabun antibax ni boleh membuang lapisan minyak & lemak pada kulit, so end up kulit akan kering.
So guna kan mandian yg ada moisturizer macam Cetaphil or Dove. Utk kulit yg super sensitive juga, dinasihatkan jangan lap badan terlalu kuat dengan towel. Biar lembap sikit takpe terutama kawasan kulit terlibat. Lepas tu sapu krim pelembab untuk maintain kelembapan area tu.
Kredit info : Facebook Dr. Khairul Faizie
Ramai jugak kawan-kawan aku yang ada pengalaman dengan anak diorang share nama-nama ubat yang diorang gunakan. Ada yang bagi tips dan info, ada yang bagi petua. Semua tu aku tak abaikan k. TQ korang.
Antara tips yang dikongsikan adalah untuk jaga pemakanan wife aku sebab baby masih menyusu badan. So, kena elakkan makan makanan yang bagi kesan gatal. Walaupun doktor cakap ok jer nak makan apa pun, tapi tak salah kita cuba ikhtiar. Bukannya tak makan langsung kann…
Diana Rashid says
Kesian nya. Kita yang dah tua pun kalau kena gatal2 tak tahan rasa. Ni kan pulak budak2. Nasib baik tak jadi kat tempat2 yang susah nak kering. leher ke punggung ke..
Kerja Sendiri says
Orang dewasa pun ada yang berkulit sensitif tak boleh pakai sebarang ubat sapu. Apa lagi kulit baby.
IQ says
anak 1st paling banyak pengalaman macam ni, jenuh macam2 krim ada dalam simpanan sebab kerap jumpa doktor. Last sekali avoid krim yg ada steroid sebab memang tak boleh pakai dalam tempoh yang panjang. Just pakai cetaphil untuk harian.
dan betul, pemakanan pun sangat penting, boleh triggered kegatalan pada kulit anak2.
Admin says
itu laa… bab makan kena jaga.. nnti imune bdn die dah ok lama2 ok laa… awal2 ni jer…
Salbiah says
Memang betul kena berhati-hati bila nak sapu apa ubat untuk anak.