Sebenarnya tak plan pun nak sunatkan si Azif masa cuti sekolah baru-baru ni. Aku memain jer tanya dia nak sunat tak balik kg nanti. Azif cakap nak tapi dia tetapkan 2 syarat. Hahaha.. Ada syarat la pulak.
Syarat pertama, nak sunat kat klinik yang tak sakit. Syarat kedua, nak pergi Cameron Highland. Fuhhh nasib baik syarat simple jer.
So, aku cakap dah jumpa klinik yang sunat tak sakit. Dia jawab ok setuju. Pastu Cameron Highland pergi lepas baik sunat.
Phimosis atau kohte buta
Azif baru 5 tahun, asalnya dia ada masalah Phimosis atau bahasa kampung ialah kohte buta. Aku dah bawak dia chekup kat HUKM dan sepatutnya disunatkan di HUKM secara pembedahan kecil pada bulan Jun 2020 tapi batal sebab Covid.
Phimosis adalah dimana hujung kulit kemaluan tertutup yang menyebabkan air kencing susah keluar. Korang kena perhatikan anak korang, bila dia kencing akan naik kembong macam belon pastu air kencing tu keluar halus jer macam belon bocor tu. Itu maksudnya mungkin lubang kencing dia tertutup. Haa itu la phimosis, yang berlaku kat Azif. Tapi phimosis Azif makin hari makin ok dengan sendiri.
Berkhatan di Mary Eve Clinic, Jitra.
Aku contact klinik Mary Eve Clinic, Jitra Kedah dan tanya kalau boleh sunatkan Azif walaupun dia ada masalah phimosis tapi tak teruk. Doctor cakap boleh jer. So, aku terus booking slot Azif dengan sepupu dia, Ashran.
Aku tertarik dengan klinik ni sebab diorang gunakan Teknik Prodeem iaitu guna clamp dan laser diathermy. Yang bagusnya teknik ni sebab potongan kemas menggunakan pen laser bipolar yang mana kelebihan teknik ni adalah :
1. Teknik pen bipolar laser (lebih canggih dari laser biasa yang menggunakan electrocautery)
2. ‘Teknik potong terus lekat’ menjadikan pendarahan sangat kurang.
3. Potongan kemas.
4. Zakar kebas sepenuhnya ketika khatan.
5. Luka khatan cepat sembuh dan mudah dijaga.
6. Jahitan reput sendiri (tak perlu dibuka semula)
7. Tak perlu datang cuci luka
8. Tak perlu pakai kain pelikat.
9. Anak boleh terus berjalan seawal selepas khatan
Klinik ni diuruskan oleh Dr. Athiq dan Dr. Mariam. Diorang ni suami isteri. Boleh request nak doctor mana tapi masa Azif hari tu aku tak request mana-mana, tapi dapat Dr. Mariam. Alhamdulillah Dr. Mariam sangat peramah dan kerja dia pun cukup teliti. Cara dia bercakap dengan Azif pun lembut jer.
Doctor ni siap buat marking dengan marker pen kat bahagian kulit yang nak dipotong. Pastu dia guna alat apa ntah untuk hold bebird tu sampai kat garisan yang bertanda dan potong guna pen laser bipolar.
Aku sendiri tengok masa dia potong kulit guna pen laser bipolar tu, takde darah langsung. Darah ada sikit masa jahit jer. Jahitan dibuat kat 4 tempat dan benang jahitan tu akan reput dan tanggal sendiri. Memang sangat minima dia punya kesan luka tu.
Pengalaman Berkhatan
Aku punya appoiment hari tu sepatutnya pukul 5 petang. Kitorang sampai klinik dalam pukul 4.40. Klinik sumpah cantik giler dan besar. Azif dengan sepupu die boleh dok main berlari-lari dalam klinik. Bebudak lain dah duduk tak senang hati tapi bebudak ni macam takda perasaan takut langsung.
Lama gak kami tunggu giliran, pukul 6 petang baru nama di panggil masuk bilik doctor. Tapi sebelum masuk jumpa doctor, diorang suruh budak pergi kencing dulu, pastu timbang berat dan bagi makan ubat tahan sakit dengan ubat bengkak.
Dah masuk bilik doctor, dia akan sapu ubat kebas dulu sebelum suntik bius. Time cucuk tu ada la sakit sikit tapi Azif tak nangis pun cuma dia terbunyi jugak sikit “adududu sakit..”
Lepas tu baru proses berkhatan dimulakan, masa ni bebudak memang takda rasa sakit langsung. Boleh la bagi fon untuk dia tengok katun kejap supaya tak menyebok nak tengok apa doctor tengah buat kat bebird tu.
Dalam setengah jam selesai proses sunat, doctor bagi seluar dalam sunat untuk dipakai. Sebab tu bebudak boleh rilex jer keluar dari bilik doctor berjalan macam takde apa-apa berlaku.
Lepas keluar dari bilik doctor, diorang akan bagi makan 1 jenis lagi ubat tahan sakit. Kemudian bayar dan balik. Harga pakej sunat kat sini berbeza ikut umur. Macam Azif bawah 6 tahun harga RM249 + RM50 untuk set ubat dan penjagaan lepas berkhatan. Total RM299.
Set ubat dan penjagaan lepas berkhatan tu memang cukup lengkap. Dari gel mandi, spray antiseptik, healing cream, silver gel, minyak, ubat demam, ubat bengkak, ubat tahan sakit, plaster dengan apa ntah lagi ada dalam bag tu. Diorang ada bagi juga nota cara penjagaan selepas sunat sebagai rujukan.
2 jam lepas sunat tu ubat bius dah habis kesan, si Azif dah start menangis. Aku lak tak nak bagi lagi ubat tahan sakit sebab kat klinik baru makan jer. Mampu bagi moral support jer la untuk dia bertahan.
Tapi malam tu kejap jer la dia nangis pun… Lepas tu dah takde nangis dah.
Doctor cakap dalam 24 jam hingga 48 jam dah boleh bukak balutan. Masa aku bukak balutan pun dia tak nangis. Tak melekat sangat balutan tu, sebab tu Azif tak nangis.
Hari ketiga, Azif dah keluar rumah jenjalan tapi masih pakai spender sunat tu. Tu haa siap datang tengok abang dia mandi kolam kat belakang rumah sepupu aku.
Hari keempat Azif dah boleh pakai seluar biasa tanpa spender sunat tu. Serius cepat betul dia recovery. Abang dia dulu almost 2 weeks baru ok, tapi yang ni tak sampai pun seminggu. Hari ke-9 kitorang dah bawak Azif main tepi pantai.
Penjagaan lepas bersunat kali ni tak susah pun, setiap kali waktu mandi aku guna cutton but untuk buang kesan darah kering yang ada. Lepas tu gunakan set penjagaan selepas sunat yang Mary Eve Clinic bagi tu. Ehh bukan bagi tapi beli. Hehehe…
Bab makan, kitorang elakkan dia makan telur dan seafood untuk minggu pertama. Ni langkah berjaga-jaga sebab takut dia gatal-gatal. Selain tu takde pantang larang sangat pun.
Aku sangat recommend korang untuk booking slot berkhatan kat klinik ni. Boleh refer detail kat bawah :
Mary Eve Clinic, Jitra, Kedah
Plaza Seri Tunku,
Jitra, Kedah.
Tel : 011-5679 5607
Facebook : Mary Eve Clinic – Jitra
Leave a Reply