Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Photoshoot Raya 2020 bertemakan banduan

December 31, 2020 by Admin 1 Comment

Spread the love

Tiap tahun aku akan buat family photoshoot kat studio. Kebiasaannya kitorang shoot pakai baju raya, tapi tahun 2020 tak raya sebab covid. Lagi pun 5 hari sebelum raya, kitorang dapat ahli keluarga baru. Dah alang-alang nak shoot family potret, tunggu si baby keluar dulu la.

Ikutkan baju raya untuk tahun 2020 dah ada pun. Kitorang sefamily dapat sponsor koleksi baju raya dari Cirgaro Apparel. Tapi itu la, masa pilih baju dulu kemain ambik baju fit, bila time nak shoot ni masing-masing dah tak muat baju tu. Aku la paling tak muat sebenarnya. Hahaha..

So, aku kena fikirkan tema lain untuk photoshoot kali ni. Jadinya aku pilih konsep banduan. Baju belang hitam putih… Kiranya ni simbolik kepada tahun 2020 yang mana kita semua dipenjara kat rumah disebabkan Covid-19.

Nanti bila anak cucu cicit tengok koleksi gambar, diorang tanya kenapa tahun 2020 tak pakai baju raya? Haaa boleh la cerita balik apa yang berlaku tahun 2020 kat seluruh dunia dan Malaysia khususnya.

Lahh tibe-tibe panjang pulak intro… Dah la, aku nak share koleksi gambar photoshoot kitorang hari tu. Baju semua beli kat shopee.

Tiap tahun aku pilih untuk photoshoot kat WS Studio Rental sebab studio ni dekat dengan rumah aku dan studio diorang besar dan selesa. Dari segi harga memang sangat berpatutan. Untuk family photoshoot macam ni, korang just bayar tak sampai RM100 pun. Pakej terkini korang kena refer facebook WS Studio Rental.

Satu lagi benda yang aku nak share dengan korang adalah koleksi trademark photo keluarga. Aku start buat koleksi gambar trademark ni dari tahun 2016 lagi. Bawah ni aku share balik koleksi gambar tu sehingga gambar terkini tahun 2020.

Filed Under: Family, Parenting, Personal, Photography Tagged With: family photo, Photoshoot studio, studio photoshoot, studio photoshoot murah

« Pengalaman Azif berkhatan di Mary Eve Clinic, Kedah.
Pengalaman persekolahan 2021 dari rumah (PdPR).. »

Comments

  1. Perodua says

    February 9, 2021 at 4:38 pm

    wahh lain dari yang lain.. kreatif betul eh..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
  • Tak susah pun pasang wall panel sendiri. Follow jer tutorial aku ni. Memang nice terokk.
  • Menginap di boutique hotel, Penang. Ada bathtub depan katil.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative