Siapa sangka disebabkan Covid-19, segalanya berubah hingga persekolahan pun dijalankan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Persekolahan secara bersemuka masih belum dibenarkan disebabkan kes jangkitan virus Covid-19 masih lagi tinggi.
Hari pertama persekolahan, ramai yang share perjalanan PdPR anak masing-masing di media sosial termasuk lah aku. Ada yang siap berpakaian sekolah walaupun sesi PdPR hanya sekadar di hadapan laptop atau phone.
Sebagai persediaan sesi pembelajaran di rumah, aku dan Miss Permaisuri kena sediakan 2 work station. Satu untuk Akiff dan satu lagi untuk Miss Permaisuri.
Untuk Akiff, sesi PdPR dia kat meja study yang aku sediakan dalam bilik dia. Alhamdulillah kemudahan laptop dan smart phone memang dah ada untuk kegunaan Akiff.
Work station Miss Permaisuri pulak kat dalam bilik tido kitorang. Meja study tu Miss Permaisuri baju jer beli kat shopee. Miss Permaisuri kena ada sudut kerja dia sendiri sebab dia kena conduct online class dengan student dia.
Si Azif pulak persekolahan secara bersemuka kat tadika. Mujur kerajaan benarkan tadika dibuka berdasarkan SOP yang dibenarkan.
Satu benda yang aku rasa best untuk aku share iaitu cara pemulangan buku teks tahun lepas dan pengambilan buku teks baru dengan normal baharu kat sekolah Akiff.
Pihak sekolah ada hantar makluman untuk parents datang sekolah hantar buku teks lama dan ambik buku teks baru cara drive thru. Tak perlu turun kereta pun. Diorang bagi list dan borang thru whatsApp dan ibu bapa kena lengkapkan sebelum datang ke sekolah.
Kat pagar utama ada security guard datang tembak dahi untuk chek suhu dan suruh scan MySejahtera. Pastu kat depan akan lalu chekpoint pertama untuk semakan bilangan buku teks yang nak diserahkan.
Sebelum tu kena print dulu list buku teks, tandakan dan sign awal-awal di rumah. Kalau buku tak cukup atau rosak, kena park tepi untuk settle kat chekpoint situ.
Next chek point, ada guru akan collect buku teks lama beserta borang yang dah lengkap. Cikgu yang collect buku tu nanti akan sebutkan nama kelas dan student kat deretan cikgu yang tengah bersedia dengan list.
Cikgu dari kelas yang berkenaan akan tanda kat list dia dan lepas tanda tu ada cikgu akan serahkan set buku teks baru. Kemudian selesai… Sangat sistematik dan cepat prosesnya.
Satu hari untuk 1 darjah… Contoh hari aku pergi tu hanya untuk darjah 4 jer. So, memang teratur dan sistematik. Good job pihak sekolah. Aku rasa cara ni boleh terus diamalkan untuk tahun-tahun akan datang walaupun takda lagi Covid-19 sebab ianya sangat efisien..
Tapi kalau yang tak sempat nak datang collect, boleh gunakan buku teks digital untuk sekolah kebangsaan dulu then nanti set balik time dengan cikgu untuk ambik buku teks.
adi says
Terbaik.. apa yang dilakukan oleh tuan dan pihak sekolah memang terbaik.perkongsian ringkas tapi menarik.