Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Tips keselamatan baby : Beli pagar keselamatan di katil (safety bed fence)

January 29, 2021 by Admin 1 Comment

Spread the love

Aku rasa ramai jer kot ada pengalaman anak jatuh katil. Aku sendiri pun ada pengalaman tu. Si Afif hari tu terjunam dari hujung katil. Meraung jugak la dia menangis.

Dulu masa Akiff dengan Azif, aku dah bagi katil kat orang sebab tak nak berlaku benda macam tu. Tapi kali ni terpaksa beli katil baru sebab hari tu kan berpantang kat KL sebab bersalin waktu PKP.

Disebabkan si Afif makin melasak, aku beli safety bed fencing atau pagar keliling katil untuk elakkan benda yang sama berulang. Benda ni aku beli kat shopee dan aku rasa sangat berbaboi untuk dibeli. Korang yang ada anak kecik elok la beli benda ni untuk keselamatan anak.

Safety Bed Gate

Harga takda la mahal sangat dan pemasangan pun mudah. Ni gambar selepas di pasang. Kukuh sebab kaki tiang tu bukan sekadar selit bawah tilam, aku skru terus ke katil. Setakat bebudak tolak atau berdiri situ takda hal, tapi kalau apak dia yang bersandar memang senget laa… Hehehe..

Ketinggian pagar tu boleh dilaras dan untuk naikkan dan turunkan pagar tu pun mudah. Untuk orang dewasa mudah la, untuk budak susah sebab kena tekan button yang ada.

Sekarang ni pulak musim pembelajaran di rumah. Miss Permaisuri pun kena buat online class dengan student dia, so nak lebih mudah pantau memang kena letak Afif kat atas katil sebelah meja study tu pastu tutup pagar. Kalau tak, dia merayau-rayau dalam rumah lagi susah nak kawal.

Dengan ada pagar katil ni jugak, korang kalau nak memerut time bersendirian dengan baby kat rumah, boleh la tinggalkan dalam tu… Boleh la memerut dengan tenangnya. Hahaha..

Sekarang ni katil aku jadi port main pulak. Abang-abang dia pun seronok nak masuk sebab macam kandang dia kata. Nanti bila bebudak ni dah besar boleh la aku jual mur mur sebagai pre love item atau pun bagi kat sesiapa yang nak. Haaa cepat sapa nak boleh booking awal-awal. Wakaka…

Loading

Filed Under: Family, Info, Parenting, Personal, Produk, Shoping, Tips Tagged With: anak jatuh katil, bed safety fencing, pagar katil, pengadang katil, Tips keselamatan bayi

« Pengalaman persekolahan 2021 dari rumah (PdPR)..
Syampu 2fresh sejuk giler. Kepala rasa ringan lepas guna. »

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
  • Kalau malas cat sendiri, hadap jer kos upah tukang cat sekarang.
  • Iternary Ringkas Percutian ke Medan, Indonesia
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2025 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative