Shampoo apa la yang aku pakai ni sampai kepala sejuk melampau. Buih shampoo tak kena mata pun tapi dia punya berangin sejuk sampai nak bukak mata pun terkebil-kebil. Tapi syok gila guna shampoo ni.
Hari tu ada borak dengan member, time tu aku tengah sakit kepala. Member cakap mungkin aku stress kot, sebab stress kadang-kadang boleh buat kepala berdenyut. Tapi aku tak rasa aku stress pun sebab macam takde bende yang men’stress’kan aku.
Pastu member suggest suruh aku try shampoo 2fresh sebab katanya ni shampoo anti stress. Uihhh… Shampoo pun ada jenis anti stress ehh..
Lepas sebulan lebih aku guna shampoo ni, dan dah nak masuk botol kedua baru terfikir nak buat review dan share dengan korang…
Shampoo ni mengandungi ekstrak bunga raya dan buah keras yang membantu menghitamkan dan melebatkan rambut. Bagus la untuk yang rambut beruban macam aku ni, at least ekstrak bunga raya ni dapat mengurangkan ‘kemeriahan’ rambut putih.
Selain tu, syampu ni jugak mengandungi minyak bijan yang bagus untuk kesihatan kulit kepala. Minyak bijan ni berfungsi untuk melembapkan kulit kepala korang supaya tak kering sampai terjadinya kelemumur. Korang yang ada kelemumur tu sangat sesuai la guna syampu ni sebab ia juga boleh menguatkan akar rambut dan mengurangkan rambut gugur.
Satu lagi bahan utama yang digunakan dalam syampu ni adalah limau. Ini yang buatkan kepala terasa sejuk bila menggunakan syampu ni.
Aku suka syampu rambut bila balik dari kejer, terasa ringan kepala sebab kesejukan syampu ni memang tak boleh bawak bincang. Tak boleh buka mata oi masa guna syampu ni. Kulit kepala memang akan terasa sejuk giler. Patut la member aku panggil syampu anti stress sebab kalau korang sakit kepala boleh try guna syampu 2fresh ni. Takde la hilang terus rasa sakit kepala tapi dia punya sejuk tu memang akan terasa ringan kepala dan kurang rasa sakit kepala…
Cuma satu la, syampu ni memang bau harum tapi bau tu tak sekuat macam rasa sejuk dia. Biasa kan syampu yang aku guna akan berbau sangat wangi dan melekat selepas mandi tapi yang ni bau dia tak kuat sangat tapi still wangi dan menyenangkan.
Korang kalau nak try syampu ni boleh la contact agent 2fresh dengan refer Facebook 2 Fresh Empire atau pun klik wasap.my/+60173883996/MinatSyampu2Fresh. Harga sebotol hanya RM25 jer..
Leave a Reply