Ni lah rekod percutian paling dekat yang aku dan keluarga pernah pergi. Jarak 10 minit jer dari rumah. Kalau tertinggal barang kat rumah pun boleh balik ambik. Hahaha.. Tapi ni dikira percutian ke tak eh?? Ahhh lantak laa..
Kali ni kitorang bercuti di Philea Mines Beach Resort, Sri Kembangan. Sebelah The Mines Shopping Mall jer. Alaaaa shopping mall yang ada sungai kat dalam dia tu. Boleh naik cruise kat dalam mall dan keluar pusing-pusing tasik bagi ikan makan.
Aku booking hotel ni thru Agoda dengan harga RM153 untuk bilik jenis Deluxe Plus mengadap tasik. Ni kiranya harga promosi musim pendemic.
Masa nak booking hari tu ade jer bilik yang lagi murah tapi sebab nak lake view punya pasal, aku ambik bilik ni tapi sedih sebab lake view yang aku dapat hanya nampak melalui celahan pokok jer… Cisss..
Tapi tak per laa… Leceh pulak nak request bilik lain sebab anak-anak dah kalut nak turun main kat beach pool. Haaa… Tarikan utama hotel ni adalah pantai buatan dan kolam renang diorang. Dari lobby hotel korang dah boleh nampak view bawah ni. Tapi air nampak kotor kann…
Aku siap tanya staff situ memang beach pool ni boleh masuk ke sebab air nampak kotor. Dia kata boleh jer.. Huh… Korang kena baca sampai habis sebab japg aku review pasal kolam berpantai ni.
Apa-apa jom chekin tengok bilik dulu. Aku punya bilik kat Level 3. Lobby kat Level 4, cafe dengan pool kat Level 1.
Ni bilik kitorang… Bersih dan kemas. Ada 1 katil saiz king yang gebu giler. Carpet dalam bilik sikit lusuh sebab dah lama tapi tak berbau.. Channel TV ada beberapa jer. Ada mini peti sejuk untuk simpan air. Iron dah sedia ada dalam bilik, tak perlu request. Complimentary set coffee & tea.. Wifi dalam bilik pun laju. Tak perlu login bagai, just connect jer.
Bilik air besar dan bersih. Takde apa yang problem. Air sejuk panas berfungsi dengan baik. Ada bath tub dan jugak shower room. Shower tu kat belakang pintu, tak nampak dalam gambar atas ni.
Bilik aku ni ada balcony standard saiz.. Tak besar tak kecik. Boleh la kalau nak lepak minum coffee kat situ. Bilik ni mengadap tasik tapi view nampak dari celah-celah ranting pokok jer. Huhuhu…
Tapi view still ok untuk lepak sebenarnya sebab ko akan rasa macam stay dalam hutan resort. Sangat redup, sejuk dan pakej lengkap dengan nyamuk. So, sliding door tu memang dah ada sticker warning supaya ditutup sentiasa untuk elak nyamuk dari masuk.
- Kebersihan Bilik ⭐⭐⭐⭐⭐
- Keselesaan Bilik ⭐⭐⭐⭐
- Wifi Dalam Bilik ⭐⭐⭐⭐⭐
- View Dari Bilik ⭐⭐⭐
- TV Dalam Bilik ⭐
- Bath Room ⭐⭐⭐⭐
Beach Pool – Kolam pantai buatan
Motif utama stay sini bukan nak lepak dalam bilik tapi nak melayan anak-anak main kat beach pool ni. Aku turun kat beach pool dah dekat pukul 5 petang. Orang dah ramai dah. Nak masuk area situ kena daftar dan ada limit guest sebab diorang akan bagi tag number. Tapi berapa bilangan orang yang dibenarkan masuk situ aku tak sure.
Ada meja kerusi dan payung yang disediakan kat pantai tipu tu. Pasir dia tak best sangat sebab bukan jenis pasir halus. Tapi boleh la setakat anak-anak nak main.
Ni 1st time aku bawak Afif main pasir. Kemain seronok dia. Biasanya bebudak kalau 1st time pijak pasir dia akan rasa geli, tapi si Afif ni takde langsung macam tu. Kitorang risau jer takut dia masukkan pasir dalam mulut. Tapi mujur tak.
Korang nampak kolam ni besar giler kann… Nak lepaskan anak pergi main sendiri kat tengah-tengah pun risau. Nampak macam dalam jer kann… Tapi sebenarnya tak dalam pun… Hujung sana dengan hujung sini paling tak dalam, kat tengah-tengah kolam paling dalam tapi level dada Akiff jer. Gambar bawah ni dah area hujung-hujung kolam dah.
Aku tau mesti korang tertanya pasal kebersihan air kat kolam ni kan. Bagi aku, air kolam ni ok jer. Tak berbau dan tak kotor. Bau klorin pun takde. Cuma keruh sebab dasar kolam ni berpasir.
Ni haa aku tunjuk gambar tangan aku dalam air, still nampak jelas lagi.. Nak ala-ala mandi pantai, memang gini jer la ko boleh dapat.
Tragedi Berdarah
Cuma satu yang aku paling tak suka kat sini adalah sliding pool dia yang diperbuat dari simen. Aiyooo… Beach pool dah nice tapi slide dia pulak mengarut. Membahayakan.. Korang tengok la sendiri slide bawah ni..
Dah la takde staff yang jaga kat slide tu… Bebebudak berebut-rebut nak turun slide, aku risau ada yang tertolak kang tersungkur turun ke bawah. Dah la simen. Pastu ada jugak yang panjat naik dari bahagian depan. Sabor jer laa..
Pastu yang turun slide takde ikut turn, ikut dan jer. Tak peduli dah ade orang kat bawah ke tak. Nasib la kalau ada yang kat bawah sana memang kena langgar. Dari segi safety bab ni memang fail.
Benda yang aku risau akhirnya kena kat Akiff. Dia baru lepas turun slide pastu belum sempat nak ke tepi dah ada orang turun dan langgar dia dari belakang. Yang paling aku geram, bukan bebudak yang langgar tapi bapak budak! Yer bapak budak yang main slide sambil pegang anak kecik..
Masa tu aku kat area pasir tepi tu. Akiff cakap ada orang besar pegang anak turun slide pastu jatuh pijak kaki Akiff. Luka kaki Akiff sebab bergesel kat dasar kolam yang berpasir tu.
Aku tanya Akiff orang yang mana, dia pun tak perasan sebab lepas kena langgar tu dia tersungkur ke dalam air. Orang tu pulak takde mintak maaf atau tanya Akiff ok ke tak. Bongok kann…
Berdarah jugak la kaki Akiff. Luka pun agak dalam. Aku terus bawak Akiff jumpa staff hotel yang ada area cafe bawah tu. Diorang yang bantu cuci luka dan letak ubat.
TQ untie sebab membantu. Untie tu asyik mintak maaf jer. Die kate diorang tak cukup staff nak jaga area kolam. Huhuhu…
Dah jadi macam ni, terus la ajak naik bilik. Lagi pun masa tu dah dekat pukul 7 petang dah. Cuma kesian la kat Akiff sebab esoknya sebelum chekout plan nak terjum beach pool lagi sekali tapi sebab kaki masih sakit, so tak dapat la enjoy lagi.
Malam pun kitorang tak kemana-mana. Plan nak makan kat cafe hotel tepi beach tu pun tak jadi sebab kaki Akiff sakit, so aku tapow makanan kat The Mines jer bawak makan dalam bilik.
Kat cafe bawah tu macam meriah jugak sebab lampu warna warni dan ada sesi karaoke jugak. Seronok kalau dapat luang masa situ. Aku dah ushar harga makanan kat cafe tu, agak reasonable dan boleh diterima.
Tak per laa… Next time kita datang lagi. Bagi aku berbaloi bawak anak-anak mandi kolam sini sebab lain dari yang lain. Aku recommend korang untuk datang staycation kat sini.
Pesanan Untuk Pihak Pengurusan Philea Mines Beach Resort
Untuk pihak pengurusan hotel, cadangan aku supaya korang tempatkan staff yang bertugas kat kolam tu. Paling tidak pun mesti kena ada sorang kat atas slide supaya dapat kawal crowd atas tu. Dannnn jangan bagi bapak-bapak budak main slide yang konon nak bawak anak kecik main. Walhal si bapak yang lebih. Booo… Hahaha still tak puas hati dengan orang tua yang langgar anak aku.
Atau pun gantikan slide simen tu dengan slide yang lebih proper dan selamat. Tempat dah cantik tapi slide pulak sodihhh… Huh..
Sebagai penutup, aku belanja gambar aku dengan Afif. Macam nice pulak body aku, walhal buncit. Hahaha… Perasan…
- Beach Pool ⭐⭐⭐⭐
- Air kolam ⭐⭐⭐
- Safety at Pool ⭐⭐
- Reception / Staff ⭐⭐⭐⭐
- Rate per night ⭐⭐⭐
Perdu Cinta says
Sementara nak tunggu keadaan betul-betul pulih, OK sangat pilih tempat ni untuk riadah dengan keluarga.
Lya says
Macam best jer sini ..
huda halid says
haha, baru nak puji, Lan work out ke, sekali cakap cover perut buncit.
hmm, sedih yer bila ada org dewasa lukakan kaki Akiff. Aku baca ni pun geram. Hope pihak resort lebih peka isu keselamatan dan patutnya dewasa memang tak boleh naik slide tu.
Sumijelly says
Ok dh bacaaa
Blog kak sumi x update taw ..sedih kan
Adinda Baizura Mazlan says
Apoooo bapak budak yang beria nak main slide tu? Haduhhhh