Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Pengalaman bermalam dalam rumah hobbit di Kuala Selangor Cabin Camp (KSCC)

April 5, 2021 by Admin 4 Comments

Spread the love

Bayangkan korang menginap dalam rumah hobbit yang saiznya kecik sampai nak berdiri pun kena membongkok. Haaa tu la pengalaman aku sekeluarga bila menginap di Kuala Selangor Cabin Camp (KSCC). Memang suatu pengalaman yang menarik untuk aku kongsikan dengan korang.

Bila aku cakap kat anak-anak nak pergi bercuti, diorang punya expectation mesti nak stay kat hotel yang berbintang-bintang, pastu nak mandi kolam. Tapi kali ni aku buat surprise, kitorang stay kat hobbit stay yang penginapannya berkonsepkan desa. Depan bilik kitorang zsiap ada kandang kuda dengan ostrich.

Dalam rumah hobbit ni takde aircond tau. Diorang hanya sediakan kipas jer. Tapi ok jer sebab tak panas pun. Siang hari walaupun kat luar panas terik, dalam bilik tak terasa bahang tu sebab bumbung rumah hobbit ni tebal 1 kaki dan kemudian ada tanah pulak atas dia.

Katil memang takde sebab tak muat, yang ada hanya 2 set tilam queen. Itu pun bukan tilam tebal macam kat hotel tu tau. Ni tilam macam kat rumah kampung jer tapi alhamdulillah kitorang anak beranak still selesa.

Yang buatkan pengalaman ni lagi seronok untuk dikenang sebab toilet kat luar. Mulanya bebudak tak selesa part ni sebab leceh tapi ok jer sebenarnya untuk ambik pengalaman tu. Mujur la hari tu takde yang buat perangai tengah malam nak keluar kencing atau berak. Hahaha… Ni semua pengalaman yang best.

Yang bersusun pasu colourfull kat pintu ni la tandas kat situ. Dah diasingkan bahagian lelaki dan perempuan. Kebersihan dalam tandas just ok. Takde lah bersih macam kat rumah kite sendiri tapi untuk status tandas luar dikira ok laa… Anak-anak aku takde rasa geli maksudnya ok la tu sebab diorang ni kalau public toilet tak bersih, niat diorang boleh terbantut.

Sebenarnya ada banyak jenis pilihan penginapan yang ada kat sini. Korang boleh pilih sendiri nak stay yang konsep macam mana. Ada jenis Cabin Stay, Arabian Stay, Type A Stay, Villa Stay, Tube Stay, Bus Stay dan Hobbit Stay yang kitorang menginap tu.

Kalau korang nak penginapan yang ada attach sekali toilet, boleh pilih cabin stay atau villa stay. Yang lelain tu semua toilet luar. Kalau datang berdua, aku syorkan ambik tube stay. Kalau datang dengan saudara mara ramai-ramai, boleh ambik arabian stay atau bus stay.

Apa jer aktiviti yang korang boleh buat kat sini? Haaa… memang banyak sangat aktiviti yang disediakan tanpa perlu korang keluar kemana-mana. Dalam KSCC tu sendiri ada pelbagai jenis permainan seperti yoyocart, laluan berhalangan, padang untuk bermain bola dan bersukan, dam ular gergasi, tenteng gergasi, trampoline, wall climbing, berbasikal, naik keretapi drum, memanah, menangguk ikan dan banyak lagi. Ohh ya mandi kolam pun ada tapi Akiff dengan Azif tak sempat join mandi kolam sebab busy dengan aktiviti lain.

Aku hari tu memang tak cukup masa untuk bebudak ni main semua. Aku nak ajak berbasikal pun tak sempat. Tapi serius, diorang happy giler dengan segala aktiviti yang ada kat sana.

Satu lagi, dalam KSCC ni jugak berkonsepkan penginapan dalam ladang ternakan. Ada banyak haiwan yang korang boleh dekati dan bagi makan antaranya arnab, kambing, ayam, burung, rusa, itik dan iguana. Kandang kuda dengan ostrich pun ada kat depan hobbit stay. Kalau suka kucing, ada jugak cat house yang korang boleh masuk dan main.

Kalau korang perasan gambar-gambar yang aku share kat atas, semua binaan di cat berwarna-warni. Sebabnya KSCC ni telah perkenalkan konsep Kampung Pelangi untuk berikan lebih keceriaan dan warna-warni kepada pengunjung. Memang seronok la bergambar kat sini. Banyak spot instagramable untuk korang yang kaki possing. Tapi kitorang tak sempat nak possing bagai sebab bebudak ni kalut nak main itu ini. Sabor jer laa…

Okeh malam hari pulak. Korang boleh rasa keheningan malam dengan ditemani bunyi binatang ternakan dalam tu. Depan tube stay akan dipasang unggun api setiap malam untuk korang yang nak memanaskan badan sambil bersantai dan berborak. Malam hari kat sini memang sejuk okehhh…

Pastu bangun esoknya dengan kesejukan pagi, perghhhh layannnn… Belum sempat mandi, bebudak ni dah sambung main lagi. Sebab tu aku cakap yang pengalaman percutian di Kuala Selangor Cabin Camp (KSCC) ni mesti menyeronokkan terutamanya untuk korang yang bawak anak-anak bercuti. Diorang mesti lupakan gadget seketika.

Kesimpulannya, percutian kami ke Kuala Selangor kali ni memang sangat bermakna dengan pengalaman yang kami dapat di KSCC. Korang kalau nak datang kat sini tanpa menginap pun boleh. Kena beli tiket masuk dan aktiviti kat dalam tu pun kena bayar. Kitorang yang menginap situ tak perlu beli tiket cuma aktiviti dalam tu ada yang masih kena bayar jugak.

Untuk info lanjut korang boleh rujuk detail kat bawah ni.

KUALA SELANGOR CABIN CAMP (KSCC)
Alamat : Lot. 4021, Jalan Rizab Zazuli, Kampung Bukit Hijau, 45800 Jeram, Selangor.
Laman Web : www.ksccjeram.com
Facebook : www.facebook.com/kscc.jeram
Telefon : 011-5110 2483

Loading

Filed Under: Afif, Akiff, Azif, Family, Hotel, Info, Parenting, Personal, Review, Travel Tagged With: bercuti di kuala selangor, hobbit stay, kscc, kuala selangor, kuala selangor cabin camp, pengalaman bermalam di hobbit stay, percutian keluarga di kuala selangor, tempat menarik kuala selangor

« Tak boleh rentas negeri? Takda hal.. Kami bercuti di kolam pantai buatan di KL
Review jujur Sambal Nyet by Khairul Aming »

Comments

  1. Hafiz Rahim says

    April 21, 2021 at 4:36 pm

    Bau taik haiwan tak malam2?

    Reply
    • Admin says

      April 22, 2021 at 8:10 am

      takde pun bau taik…

      Reply
      • Nor Hayati Mat Yusof says

        December 6, 2021 at 4:29 pm

        assalamulaikum wbt.

        tempat ini hanya untuk kem keluarga je ke…kalau berdua je boleh tak? saya dan suami.teringin nak merasa tidur dalam rumah comel tu

        Reply
        • Admin says

          December 6, 2021 at 4:55 pm

          Wslm… Skrg dibuka utk sendiri2… nak dtg bermalam sorang pun boleh…

          Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Masuk usia 40an dah kena pakai cermin mata, tanda-tanda rabun dekat makin ketara.
  • Semua dah beli masa promosi keperluan sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari.
  • NextGen, playground theme park yang sesuai untuk sekeluarga.
  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative