Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Review jujur Sambal Nyet by Khairul Aming

April 28, 2021 by Admin 5 Comments

Spread the love

Hey what’s up guys!!! So hari ni kita nak review Sambal Nyet by Khairul Aming yang tengah hot meletop letop kat shopee tu.. Dengar kata dah terjual lebih 1 juta botol dalam masa 3 bulan… Wow…

Aku dah 4 kali berjaya beli… total dah 8 botol tapi 2 botol jer aku punya.. Yang lain tu aku tolong belikan kat kengkawan yang lemah membeli. Haha.. Sajer la suka-suka menguji kepantasan membeli, ibarat macam main games lak tengok berjaya ke tak.. Hahaha…

Ada yang tanya aku, memang betul-betul sedap sangat ke sambal Khairul Aming tu? Sampai teruk sangat orang berebut nak beli. Bayangkan dia jual 4,000 botol sehari.. Dia akan release secara berjadual lebih kurang antara 400 hingga 500 botol setiap kali update stock. Dan benda tu akan habis terjual hanya kurang 30 saat setiap sesi.. Giler kann…

Okeh ni jadual dia update stock kat shopee.. Korang yang berminat nak beli boleh refer jadual atas ni. Tips nak beli japg aku share kat hujung entry ni.

Ok ni aku nak review secara jujur. 1st korang kena identify dulu sambal nyet ni sejenis sambal apa… Nama pun sambal nyet, so dah tahu la sambal ni adalah sambal penyet. Bukan sambal belacan, bukan sambal ketuk, bukan sambal bilis, bukan sambal hitam atau sambal tempoyak.

Kalau korang sejenis yang suka sambal ketuk, jangan pulak korang compare dengan sambal nyet ni. Ofcoz rasanya tak sama dan tak boleh dibandingkan. Atau kalau korang sejenis yang suka sambal belacan makan dengan ulam tu, punnnn jangan nak bezakan dengan sambal nyet ni. Dari segi rasa dan level pedas setiap sambal tu pun dah tentu berbeza.

Untuk compare sambal nyet Khairul Aming ni, korang kena bandingkan dengan sambal penyet jugak. Atau setidak-tidaknya korang tahu sambal penyet tu macam mana. Tapi kalau tak tahu sambal penyet tu macam mana, haa silakan beli sebab bagi aku ni adalah antara sambal penyet tersedap pernah aku makan.

Aku memang suka makan ayam penyet dan sejujurnya sambal nyet ni memang sedap giler bila masuk dalam mulut dan tekak aku. Biasanya sambal penyet tak pedas sangat tapi untuk sambal nyet ni memang pedas dari kebiasaan sambal penyet. Cuma level kepedasan tu bukan lah level yang makan sampai boleh berpeluh kepala.

Orang kata sambal ni sedap makan walaupun dengan nasi panas dan telur. Hurmmm setuju jer tapi untuk aku, kalau menu yang simple macam tu aku lagi suka makan dengan sambal hitam atau sambal ketuk. Sambal penyet ni aku suka makan kalau ada ayam goreng panas. Lain orang lain selera dia yer dak…

So, kesimpulannya Sambal Nyet by Khairul Aming ni bukan lah sejenis sambal yang sedap nak mampos sampai boleh buat korang teringat dalam mimpi tapi ianya sejenis sambal penyet yang memang sedap.

Tak rugi kalau korang nak cuba. Tapi macam aku explain awal tadi, jangan pulak komplen cakap sambal ni kosong takde ikan bilis la.. takde rasa belacan laa.. rasa bawang jer laa… Heiii memang gitu la rasa sambal penyet.

Tips untuk korang beli Sambal Nyet Khairul Aming di shopee adalah :

  • Pastikan korang dah bersedia seminit sebelum waktu dia update stock.
  • Refresh dan add to cart berkali-kali tanpa henti walaupun masih out of stock.
  • Once ada stock dah termasuk dalam cart korang, terus klik gambar troli tu dan add kuantiti kalau korang nak beli 2 botol. Tapi biasanya kalau korang add kuantiti, korang dah kerugian 1 atau 2 saat yang boleh menyebabkan korang terlepas beli. Hahaha…
  • Lepas tu cepat-cepat klik place order.
  • Bayar thru shopee pay sebab itu jer cara nak cepat. Dan bayar gune shopee pay pun korang setting awal-awal yang verify guna thump print. Kalau masuk pin nanti terbazir lagi beberapa saat.

Haa sampai macam tu sekali level kesukaran nak beli sambal ni. Hahaha… Selamat mencuba.

Loading

Filed Under: Food, Produk, Review, Viral Tagged With: khairul aming, resepi sambal penyet, review sambal nyet, sambal nyet, sambal nyet khairul aming, sambal penyet sedap

« Pengalaman bermalam dalam rumah hobbit di Kuala Selangor Cabin Camp (KSCC)
Tempah kek dan celebrate style PKP untuk 1st Birthday Afif »

Comments

  1. Shafyqah Azahar says

    April 28, 2021 at 7:01 pm

    hahaha kita tgh tunggu semua beli, nnti baru nak beli

    Reply
  2. TKH says

    September 26, 2021 at 1:25 pm

    nice review, nak kena try jugak ni.

    Reply
  3. mskeper says

    March 5, 2022 at 7:13 pm

    mana sedap banding dengan sambal ayam penyet wong solo?

    Reply
  4. Yusri says

    October 1, 2022 at 3:33 pm

    Asssalam. Saya sependapat dengan tuan. Dengan segala gempak apa semua, isteri bergegas-gegaslah nak beli Sambal Nyet ni. Malangnya dah cuba beberapa kali tapi stok habis. Akhirnya dapat juga, si isteri beli 4 botol terus. Saya memang jenis suka pedas². Lebih suka meratah cili berbanding sambal sebenarnya tapi jika sambal itu kena dengan citarasa saya, saya suka. Selepas botol Nyet itu dibuka pada belah petang itu, saya ambil secedok dengan sudu dan gaul dengan ayam dan nasi. Bila makan dan kunyah, saya masih menunggu sesuatu yang istimewa dan faktor “wow” di dalamnya. Tapi hampa, tiada. Saya makan dalam beberapa kali, pun masih tiada. Pada hemat saya, ia cuma sambal yang gempak sahaja, hanya kerana pembuat sambal Nyet itu, Khairul Ameng, tu popular. Jadi semua nak cuba.
    Itu kali terakhirlah kot saya makan. Saya pernah makan yang jauh lebih sedap dari ini iaitu rumah makcik saya di Taiping. Dia buat sambal, fuhh..memang sedap sehingga gila, menarik rambut dan lompat keluar tingkap.

    Reply

Trackbacks

  1. Sambal Daging Dendeng ready to eat. Standby stock kat rumah dan pejabat. - Blog Abah Careno says:
    March 1, 2022 at 4:12 pm

    […] ni aku memang suka sambal Nyet Khairul Aming atau sambal Omak Jenny sebagai menu ‘malas’ kat rumah. Ehhh bukan sebab malas masak […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
  • Kalau malas cat sendiri, hadap jer kos upah tukang cat sekarang.
  • Iternary Ringkas Percutian ke Medan, Indonesia
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2025 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative