Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Sambutan Raya 2021 – Raya yang tak raya

May 21, 2021 by Admin 1 Comment

Spread the love

Ingatkan tahun 2020 jer kenangan raya paling rare sebab tak dapat balik kampung dan hari raya yang tak diraikan. Sebabnya masa raya 2020, awal-awal pagi raya kami dah keluar ke klinik untuk chekup baby Afif. Masa tu Afif baru beberapa hari lahir.

Ni jer gambar raya kami tahun lepas, itu pun masa ni on the way nak ke Klinik Kesihatan Kajang. Miss Permaisuri berselindung kat seat belakang.

Tak sangka tahun 2021 pun tak dapat balik beraya di kampung jugak. Lagi teruk sebab tak dapat beraya dengan sesiapa pun. Even dengan jiran pun tak dibenarkan. Huhuhu..

Walaupun tak beraya ke mana pun, baju raya dengan menu raya tetap ada. Meraikan hari kemenangan selepas sebulan berpuasa. Menu raya kami simple jer, ada bakso, lemang, ketupat palas dengan rendang daging. Kuih raya tak terkira banyak sebab plan nak mengunyah jer kat rumah.

Time ni la sambil buat video call dengan family kat kampung, sambil makan-makan. Settle makan baru sebok bergambar untuk kenangan.

Lepas bergambar dalam rumah, buat sesi outdoor photoshoot pulak tapi kat parking area jer la.. Tapi tak photoshoot sangat pun sebab dapat ambik gambar sekeping jer.. bebudak ni sebok tak selesa sebab panas terik time ni.

So, itu jer la nak cerita pasal suasana raya kami untuk tahun 2021 yang tak raya. Harap tahun depan, dapat la beraya macam dulu-dulu balik.

Loading

Filed Under: Family, Personal Tagged With: PKP, Raya, raya 2021, raya pkp

« Tempah kek dan celebrate style PKP untuk 1st Birthday Afif
DIY ubahsuai pintu bilik dari buruk nampak mewah dengan wainscotting »

Comments

  1. Fusuy Rima says

    August 27, 2021 at 11:07 am

    moga kekal bahagia semuanya, kalau tgh cari pembekal plastik boleh cari sinikilang botol plastik

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Masuk usia 40an dah kena pakai cermin mata, tanda-tanda rabun dekat makin ketara.
  • Semua dah beli masa promosi keperluan sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari.
  • NextGen, playground theme park yang sesuai untuk sekeluarga.
  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative