Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Tempah kek dan celebrate style PKP untuk 1st Birthday Afif

May 20, 2021 by Admin 2 Comments

Spread the love

Setahun dah usia si Afif. Baby zaman PKP yang banyak membesar dalam rumah jer. Muhammad Afif Hariz lahir pada 19 Mei 2020, 5 hari sebelum hari raya.

Pencapaian Afif so far, dah boleh berdiri sendiri cuma belum berani menapak. Memanjat sofa, katil smua dah terer. Turun katil dengan sofa yang tinggi tu pun dah terer. Dah pandai turun kaki dulu. Tapi ada sekali pernah jatuh katil. Kehkehkeh… Ok la tu, at least abah dapat idea untuk content Tips Keselamatan Baby di katil. Wakaka…

Afif ni suka masukkan benda dalam mulut. Kena sentiasa pastikan rumah takde benda-benda kecik yang dia boleh masukkan dalam mulut. Gigi ada 4 batang, 2 atas, 2 bawah. Suara besar dan kuat kalau menjerit. Dah pandai main dengan abang-abang dia.

Bab menyusu pulak, 90% susu badan. Kalau bagi susu botol agak kureng. Okeh itu jer perkembangan Afif sehingga usia 1 tahun.

So, semalam Afif dah genap setahun. Macam abang-abang dia jugak, biasanya kami tak buat sambutan birthday untuk tahun pertama sebab dia bukan tahu apa pun lagi. Cuma beli kek dan bergambar sebagai kenangan.

Nak photoshoot kat luar tak boleh, so aku setup ringkas kat meja makan dan shoot. Bawah ni adalah hasil gambarnya.

Cantik kan kek Afif. Aku tempah kek Afif kat facebook. Jumpa dalam group komuniti area rumah aku ni. Sumpah puas hati dengan kek ni. Bagi aku harganya agak murah dan kek pun sedap.

Kek ni harga asal adalah RM65 tapi aku add on fondant deco dinasour tu, so additional lagi RM20 untuk decoration tu. Kalau tak nak deco 3D dinasour pun boleh, jimat la sikit.

Dalam kek ni adalah kek chocolate moist with nutella spread. Rasanya tak manis sangat, cream tu katanya guna fresh cream tapi wife aku cakap macam butter cream jer. Ntah laaa, aku tak tau sangat tapi yang aku tau memang sedap jer.

Saiz kek yang aku order ni kecik jer… Hanya 6 inch dengan 3 layer cake. Kalau nak yang lagi kecik pun ada. Yang 4 Inch hanya RM35. Boleh sangat la kan kalau nak sambut sendiri-sendiri kat rumah.

Korang yang nak order kek ni boleh chek instagram @theplanter.my atau facebook Mahfuzah Ma Hussin untuk tengok hasil kek yang dia pernah buat sebelum ni. Atau pun korang boleh direct whatsApp untuk pertanyaan lanjut. Baker ni tinggal area Cheras. Kalau korang dok kawasan lain, cuba la tanya kot dia boleh buat delivery…

Ni bukan review berbayar tau, aku share kat blog sebab senang aku nak cari balik next time. Lagi pun kalau benda yang aku suka dan puas hati, tak yah suruh review pun aku review dengan ikhlas.

Filed Under: Afif, Birthday, Family, Food, Personal, Produk, Review Tagged With: afif, kek birthday, kek cheras, kek dino, kek murah, tempahan kek cheras

« Review jujur Sambal Nyet by Khairul Aming
Sambutan Raya 2021 – Raya yang tak raya »

Comments

  1. Fuzah Husin says

    May 20, 2021 at 3:21 pm

    Waahh.. thanx

    Reply
  2. Fusuy Rima says

    August 27, 2021 at 11:20 am

    wah thanx share, meh baca kalau nak beli barang dari china

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Buka puasa dalam ladang lembu Farm Fresh UPM.
  • Cermin kereta dah lama sangat. Terpaksa tukar cermin baru sebab dah tak jelas.
  • Sambal Daging Dendeng ready to eat. Standby stock kat rumah dan pejabat.
  • Korang wajib singgah kedai makan best ni di Kuala Selangor. Sedap dan berbaloi!
  • Bercuti ke Avillion Port Dickson. Hotel lama & usang tapi ok laa…
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2022 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative