Korang rasa boleh ke kehidupan kita kembali normal seperti dulu? Boleh lepak makan kat restoran dengan keluarga tanpa perlu risau virus Covid-19. Boleh bercuti dengan keluarga, bersuka ria dia taman tema, mandi pantai dan buat semua aktiviti yang kita suka.

Secara peribadi, aku rasa kehidupan kita mungkin tak boleh kembali normal macam dulu sepenuhnya dalam masa setahun dua ni. Banyak SOP yang masih perlu kita patuhi walaupun dah boleh bergerak bebas nanti. Tapi dalam beberapa tahun akan datang, insyaAllah kita akan dapat balik kehidupan lama kita.
Apa yang korang paling tak sabar nak buat selain balik jumpa keluarga di kampung? Aku rindu nak bercuti, menginap kat hotel, bawa anak-anak ke pantai dan taman tema, bersukan macam dulu, tengok wayang, keluar makan kat restoran dengan family, layan bola kat mamak dan banyak lagi. Arghhh rindunya…

Tapi itu laaa… Kena banyak bersabar dulu sekarang ni. Kerajaan akan longgarkan pergerakan secara berperingkat bila keadaan makin terkawal. Aku tunggu bila rentas daerah dah dibenarkan, terus akan plan untuk staycation KL dengan family. Nak cari hotel yang ada jacuzzy dalam bilik. Bawah hotel ada mall untuk turun makan-makan kat restoran.
Kat KL ni pun ada banyak tempat penginapan yang best untuk bercuti. Tak perlu pergi jauh-jauh pun. Janji dapat chillax dalam bilik hotel dan keluar makan best-best.

Sekarang ni kerajaan tengah fokus kepada program vaksinasi supaya negara cepat capai vaksinasi kelompok sebelum kelonggaran diberikan kepada semua rakyat.
Sehingga July 2021, peratus rakyat Malaysia yang telah divaksin dah melebihi 30%. Bilangan pemberian vaksin harian pun dah cecah 400,000 sehari. InsyaAllah sikit masa lagi kita dah boleh bergerak bebas.
Yang kita nampak kat luar negara orang dah mula berkumpul masuk stadium bagai tu, itu sebabnya diorang dah capai vaksinasi kelompok. Itu yang negara kita juga sedang berusaha ke arah itu.

Menteri Besar Kedah baru-baru ni mengeluarkan kenyataan bahawa Langkawi akan buka sektor pelancongan dan menerima pelancong dari luar bermula September ini. Tapi dengan syarat, pelancong yang nak ke Langkawi perlu lah lengkap 2 dos vaksin terlebih dahulu. Selain tu, 80% rakyat Langkawi juga akan diberikan vaksin sebagai persediaan menerima pelancong.
Aku rasa ramai la yang akan ke Langkawi nanti. Korang dah boleh mula survey port mana nak dijadikan lokasi penginapan. Kalau korang pilih area Pantai Cenang, mungkin boleh pertimbangkan untuk menginap di Malibest Resort. Aku dah pernah stay sini. Best sebab kawasan Pantai Cenang ni memang meriah, lagi pun hotel ni betul-betul tepi pantai dan ada swimming pool mengadap pantai jugak.

Kalau korang nak menginap area Padang Matsirat, boleh cuba menginap di The Datai Langkawi. Situ pun sangat ok dan selalu jadi pilihan pelancong. Kalau area pekan Kuah, aku syorkan korang menginap di Dayang Bay Resort. Aku syorkan ni berdasarkan pengalaman aku. Kalau korang ada senarai hotel menarik di Langkawi yang nak di recommend, boleh tulis kat ruangan komen k.
Apa pun kita doakan sama-sama semoga pendemik covid ni segera berakhir, bukan hanya di Malaysia tapi di seluruh dunia. Supaya kita boleh bebas ke mana sahaja, bukan jer Langkawi tapi luar negara juga. InsyaAllah… Amin.

Korang yang belum daftar untuk ambil vaksin covid, jangan lupa daftar segera supaya kita lebih cepat mencapai herd imunity. Ingat yer, vaksin bukannya ubat tapi vaksin menjadikan antibodi kita kuat untuk melawan virus covid. Andai kata mereka yang dah divaksin dijangkiti virus covid, sekurang-kurangnya virus tu hanya sekadar singgah di dalam badan dan tidak memberikan sebarang kesan terhadap diri kita.
itulah rindu nak jalan jalan tanpa perlu pakai mask, sementara ni terpaksa ikut sop duduk rumah dan belajar cara marketing berkesan
Semoga boleh balik macam dulu Lan. Walaupun pakai mask, yg penting boleh ke sana ke sini, kerja macam biasa, boleh kenduri kendara, pergi sekolah semula.
Teruk sgt dah ni. Dah 2 tahun dan terlalu ramai sensara (kecuali kalau kerja kerajaan).
Fasal Langkawi, setuju yg Datai tu mmg power. Tapi mmg bukan bajet utk lepas Covid hihi.
dah 2 tahun kita ni macam ni.
Tak tahula bila negara kita ni nak bebas dari covid 19. Mungkin ambil masa lebih lama sebab kerajaan dah banyak keluar duit untuk buat app mysejahtera, promote vaksin d tv, radio, internet..