Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

SOP bertukar lagi. Rakyat dah makin keliru dengan SOP terkini Pelan Pemulihan Negara (PPN)

July 21, 2021 by Admin 2 Comments

Spread the love

Aku rasa bukan aku jer keliru dengan SOP terkini yang sentiasa bertukar, korang pun mesti confius kan. Boleh rentas daerah ke tak ni? Berapa orang dibenarkan dalam kenderaan? Kedai boleh beroperasi dari pukul berapa sehingga pukul berapa?

Okeh rileks semua. Sebenarnya SOP berubah mengikut perubahan fasa dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN). Sekarang ni kita dah tak sebut PKP, PKPB atau PKPP. Kerajaan dah tukarkan semua tu kepada PPN kecuali kawasan yang dikawal ketat (dipagar kawad berduri) sahaja disebut sebagai PKPD. Selain dari tu kita sebut PPN Fasa 1, 2, 3 atau 4.

PKPD boleh dilaksanakan dalam mana-mana fasa jika dirasakan perlu bagi mengawal penularan yang serius dalam satu-satu kawasan. PKPD biasanya dibuat dalam lokaliti yang lebih kecil dengan SOP yang super duper ketat.

Sekarang ni terdapat 8 negeri telah beralih ke Fasa 2 PPN iaitu Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Pulau Pinang, Sabah & Sarawak. Korang yang dah beralih ke Fasa 2 jangan leka pulak, kang kena tarik balik masuk Fasa 1 kalau kes kembali meningkat.

SOP bagi negeri di Fasa 1 PPN mulai 17 Julai 2021 adalah seperti berikut :

  1. 1 kereta berdua tidak melebihi 10km.
  2. 1 kereta bertiga bagi urusan kecemasan.
  3. Urusan kematian dibenarkan merentas dengan kebenaran PDRM.
  4. Rentas negeri dan daerah tidak dibenarkan bagi pasangan jarak jauh.
  5. Usia bawah 12 tahun tidak boleh berada di tempat awam, kecuali hal kecemasan, pendidikan dan senaman.
  6. Majlis, program dan sebarang aktiviti seperti kursus seminar, kenduri kahwin tidak dibenarkan.
  7. Sekolah, madrasah, universiti kekal tutup.
  8. Penetapan Masjid dibawah jabatan agama negeri masing-masing.
  9. Restoran, kedai makan mulai jam 6pg hingga 10 malam.
  10. Makan di kedai tidak dibenarkan.
  11. Klinik haiwan dibuka 8pg – 8mlm
  12. Kedai dobi full servis/layan diri, kedai cermin mata dibuka 8pg – 8mlm
  13. Kedai runcit dibuka 8pg – 8mlm.
  14. Pasaraya dibuka 8pagi – 8mlm
  15. Pasar harian beroperasi bermula 6pg – 2ptg
  16. Pasar segar beroperasi jam 7pagi – 12 tengahari
  17. Pasar Tani beroperasi jam 6pagi – 4ptg
  18. Joging, senaman ringan di kawasan terbuka dari 7pagi – 8malam
  19. Industri hiburan kekal dilarang.
  20. Program rakaman dibenarkan.
  21. Kompleks membeli belah kekal ditutup.
  22. Bengkel, kedai alat tulis, komputer, Telekomunikasi dibuka jam 8pg – 8mlm.
  23. Kedai pakaian kekal ditutup.
  24. Kedai permainan kekal ditutup.
  25. Semua pusat hiburan kekal ditutup, termasuk Spa, cyber cafe.
  26. Pusat latihan memandu kekal ditutup.
  27. Pusat pelancongan kekal ditutup.

Ini antara SOP bagi Fasa 1 sebagai panduan korang. Namun jika ada kelonggaran diberikan dalam fasa 1, pengumuman oleh pihak Kerajaan akan dibuat. Korang just kena dapatkan info sahih melalui saluran yang boleh dipercayai.

So, atas ni aku share antara perubahan dan kelonggaran SOP yang diberikan apabila fasa PPN berubah.

Loading

Filed Under: Info, Isu Semasa, Uncategorized Tagged With: Pelan Pemulihan Negara, PKP. PKPP. PKPB, PKPD, PPN

« DIY ubahsuai pintu bilik dari buruk nampak mewah dengan wainscotting
Rindu zaman sebelum covid… Boleh ke kehidupan kembali normal seperti dulu? »

Comments

  1. Fusuy Rima says

    August 27, 2021 at 11:12 am

    pening pening, baca sini kalau nak tahu pasal tanda hamil

    Reply
  2. Ellen batrisya says

    April 4, 2022 at 10:01 am

    memang banyak kali kena check dengan MKN

    hukum khatam al-quran
    Amalan Bulan Puasa
    Cara Mendidik Anak
    adab berdoa
    juadah berbuka puasa
    Non-Muslim Makan Daging Aqiqah
    Latih anak berpuasa
    Korban di Mekah

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Masuk usia 40an dah kena pakai cermin mata, tanda-tanda rabun dekat makin ketara.
  • Semua dah beli masa promosi keperluan sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari.
  • NextGen, playground theme park yang sesuai untuk sekeluarga.
  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative