Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Aszulls Nomercy D’Kebun. Warung Char Kuey Teow sedap baru bukak di Cheras.

October 25, 2021 by Admin 4 Comments

Spread the love

Susah betul nak jumpa char kuey teow yang sedap sekarang ni. Kalau aku balik Penang, ada jer port kedai makan char kuey teow sedap. Tapi kat KL ni susah betul nak jumpa. Kalau ada pun tak ngam dengan tekak aku.

Selalu kalau teringin sangat nak makan char kuey teow, aku beli kat pasar malam area Cheras ni jer. Tapi itu la, bende ni tak sesuai bungkus sebab kalau lambat sikit jer dah kembang. Asalnya berkuah, bila sampai rumah dah tak berkuah dah.

So, baru-baru ni nampak ada orang share kat group facebook Komuniti Bandar Tun Hussien Onn, Cheras pasal port baru Char Kuey Teow. Betul-betul tepi jalan dari Taman Tun Perak ke Bandar Tun Hussien Onn.

Nama warung ni adalah Char Kuey Teow Aszulls Nomercy D’Kebun. Baru jer bukak dalam bulan Oct 2021 ni. Memang terasa macam makan kat dalam kebun walaupun tepi jalan jer warung ni. Siap ada pakej nyamuk skali. Hahaha…

Aku syorkan korang makan panas-panas kat sini. Tapi meja untuk dine-in tak banyak, ada 5 meja jer kalau tak silap. Sumpah sedap dan padu. Ada beberapa pilihan Char Kway Teow macam dalam menu bawah ni.

Aku order Char Kway Teow kerang, wife aku pulak order Char Kuey Teow Udang. Kerang dia agak besar dan sikit kenyal. Udang pulak rasa fresh. Hope diorang maintain dengan kualiti macam ni. Jangan bila dah viral, dah ramai orang pastu kualiti drop. Selalunya macam tu la kan… Huhuhu…

Kat sini jugak korang wajib try Kopi Bros. Ni bukan kopi bancuh macam kat kampung tu tau. Ni kopi brew guna mesin.

Recommended!! Aku try caramel latte ice, memang sedap. Tak over manis, rasa coffee pun padu.

Sekarang ni Char Kuey Teow Aszulls Nomercy D’Kebun dah jadi favourite aku, nasib la dekat jer dengan rumah. Waktu operasi warung ni aku lupa pulak tanya, nanti bila aku ada info baru aku update kat sini k.

Filed Under: Food Tagged With: char kway teow, char kway teow cheras, kway teow sedap

« Permulaan business Kek Batik. Sekarang boleh dapatkan juga di shopee.
Geng Buddies Blogger pilih Soulmate Village untuk berkumpul. »

Comments

  1. Shimshima says

    October 27, 2021 at 9:44 pm

    Terbaik!

    Reply
  2. Boss says

    November 11, 2021 at 7:54 pm

    Kuey teow basah satu! Tiba-tiba rasa macam nak makan kuey teow basah pulak.

    Reply
  3. Tanda Slipdisc says

    December 7, 2021 at 2:24 pm

    Boleh lawan penang punya tak?

    Reply
  4. Mama Kembar Tiga says

    December 9, 2021 at 4:09 pm

    Menarik ni. Nak suh hubby pi beli lah hehe

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Semua dah beli masa promosi keperluan sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari.
  • NextGen, playground theme park yang sesuai untuk sekeluarga.
  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative