Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Permulaan business Kek Batik. Sekarang boleh dapatkan juga di shopee.

October 10, 2021 by Admin Leave a Comment

Spread the love

Aku nak hebahkan kat seluruh dunia yang aku sekarang tengah run businezz kek batik. Hari ni dah masuk bulan ketiga aku jual kek batik. Bulan pertama, aku cuba perkenalkan kat kenalan rapat dah alhamdulillah dapat feedback yang memberangsangkan. Bulan pertama sahaja jualan kek batik aku mencecah hampir 50 biji.

Masuk bulan kedua, tempahan makin baik dan total keseluruhan telah melepasi 100 biji kek. Kemudian aku melangkah setapak dengan jual kat shopee juga. Alhamdulillah… Ramai kawan-kawan dari jauh yang support.

Permulaan bisnez kek batik aku ni bila anak-anak selalu sangat suruh aku buat kek batik untuk diorang. Dah alang-alang diorang suka kek batik abah, itu yang aku try jual.. Dan akhirnya aku namakan kek batik ni sebagai Kek Batik Abah.

Aku bukan lah orang yang pandai memasak, bukan orang yang biasa di dapur. Tapi sebab kek batik, aku jadi rajin masuk ke dapur. Kalau korang nak tahu, kek batik ni lah satu-satunya benda yang aku reti masak. Kalau suruh aku masak benda lain, memang aku tak reti.

Apa lainnya Kek Batik Abah dengan kek batik lain?
Lainnya adalah kerana kek batik aku ni menggunakan gabungan tiga jenis biskut mery yang setiap satunya mempunya texture yang berbeza. Tak semua biskut mery sesuai untuk buat kek batik.

Satu lagi aku menggunakan serbuk koko premium. Awal dulu aku guna serbuk koko yang murah jer tapi lepas guna serbuk koko yang lebih berkualiti, aku dapat rasakan perbezaan rasanya.

Kek Batik Abah adalah tanpa telur. Ada kombinasi 3 jenis susu dan topping yang aku gunakan adalah dari dark chocolate berjenama Beryl’s.

Korang yang nak dapatkan kek batik abah, boleh dapatkan melalui shopee shop careno atau klik link shopee di bawah.
https://shopee.com.my/product/22306768/13506447168?smtt=0.22308104-1635233045.9

Aku dah improve dari segi packaging kek yang di pos. Kalau korang tengok komen kat shopee, ada yang kata kek jadi cair sikit sebab panas. Tapi Alhamdulillah, yang terbaru nampak kondisi kek yang sampai dah makin ok. Bawah ni antara gambar kek yang dikirimkan oleh buyer di Shopee.

Rata-rata komen yang paling banyak aku terima kata kek batik aku ni tak manis, just nice. Tapi betul la, banyak kali jugak aku try and error untuk dapatkan taste yang padu.

Terima kasih semua yang support business kecil aku ni.

Filed Under: business, Food Tagged With: kek batik, Kek Batik Abah, Kek Batik Sedap

« Happy Birthday Abang Ngah Azif yang ke-6 tahun.
Aszulls Nomercy D’Kebun. Warung Char Kuey Teow sedap baru bukak di Cheras. »

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Buka puasa dalam ladang lembu Farm Fresh UPM.
  • Cermin kereta dah lama sangat. Terpaksa tukar cermin baru sebab dah tak jelas.
  • Sambal Daging Dendeng ready to eat. Standby stock kat rumah dan pejabat.
  • Korang wajib singgah kedai makan best ni di Kuala Selangor. Sedap dan berbaloi!
  • Bercuti ke Avillion Port Dickson. Hotel lama & usang tapi ok laa…
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2022 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative