Puas jugak nak mencari homestay atau resort yang best untuk berkumpul ramai-ramai. Last-last jumpa jugak satu resort ni kat Hulu Langat iaitu Soulmate Village.
Sebelum ni kami pernah stay di D’Muslim Gold Homestay di Teluk Panglima Garang. Sumpah best homestay tu sebab pool dalam rumah. Korang boleh klik gambar bawah ni untuk baca review tempat tu.

Tapi kali ni kami pilih Soulmate Village Hulu Langat sebagai port untuk Geng Buddies Blogger berkumpul. TQ Dkna sebab jadi projek manager untuk trip kali ni. Dia yang propose tempat ni dan buat tempahan.
Soulmate Village, Hulu Langat

Lokasi tempat ni tak jauh sangat, dari rumah aku, lebih kurang 30 minit jer. Tapi tahu jer la jalan Hulu Langat ni punya jem, kadang-kadang boleh jadi 1 jam jugak la. Korang boleh waze jer terus Soulmate Village nanti akan jumpa.
Resort ni ada 12 bilik jer, so tak ramai orang kat sini. Setiap blok ada 4 bilik. 2 bilik kat bawah, 2 bilik kat atas. Macam kitorang hari tu booking 2 blok (8 bilik) yang gambar bawah ni. Aku pilih bilik atas sebab ada balcony, konon boleh lepak balcony sambil layan panorama kampung tapi tak sempat pun nak lepak situ.


Gambar atas ni pulak blok yang paling dekat dengan pool tapi dah ada 1 family lain booking. Kitorang punya bilik jauh sikit dari pool tapi dekat dengan pondok masak-masak yang hujung sana. Kitorang masak dan makan kat area situ.


Ni la pondok lepak kitorang. Tak bercampur dengan orang lain. Kitorang takde buat BBQ, just masak nasi makan dengan ayam goreng kunyit. Pastu goreng fries, nugget, sosej untuk bebudak makan sambil main-main.

Sumpah santai giler gathering kitorang kali ni. Takde bende ape nak buat, just makan, sembang dan minum teh. TQ Daus sebab buat teh tarik sedap. Anak-anak pun bebas main kat padang yang luas depan bilik tu.
Anak-anak kitorang memang dah saling kenal. Bila sesekali jumpa memang havoc. Mak-mak pun ade buat persidangan kat tepi pondok. Cuma wife aku jer tak dapat join gathering ni sebab mertua datang dari kampung untuk attend wedding kat KL. So, die bawak mertua g wedding, aku bawak anak-anak datang sini.

Ni lah swimming pool kat Soulmate Village. Tak besar sangat tapi ok jer. Belah sini yang ada slide kecik tu kolam kanak-kanak. Yang sebelah sana tu kolam dewasa, tapi tak dalam sangat pun, paras dada aku jer. Air pool ni direct dari air bukit, memang terasa sejuk dan fresh giler. Mandi lama-lama pun takde hal sebab takde klorin. Biasa kalau air berklorin kalau mandi lama akan merah mata tapi kat sini tak.




Hari kedua, lepas breakfast bebudak ni nak terjun kolam lagi. Hari pertama bapak-bapak tak join pool sekali. Hari kedua baru kitorang join. Best!

Sebelum balik baru aku teringat nak snap gambar keadaan dalam bilik. So bawah ni adalah keadaan dalam bilik aku. Aku dapat bilik 2 katil single tapi waktu malam aku rapatkan katil ni. Ada bilik yang ada 1 katil queen.

Dalam bilik ada tv, set coffee, kattle, towel dan keperluan asas dalam bilik air. Oh yaa ada seketul sofa kat tepi katil. Plug untuk caj handphone ada berapa ntah, lupa nak kira.

Haaa nice kan bilik air dia. Semua bilik die buat macam ni. Cuma bilik air aku ni ada berbau sikit. Bukan bau busuk tapi bau yang tak best. Mungkin bau chemical yang digunakan untuk bersihkan batu-batu tu. Ntah laa… Aku agak jer.
Tapi dari segi kebersihan bilik termasuk toilet, memang aku puji. Bersih… Aircond pun berfungsi dengan baik. Time siang jer kitorang on aircond, waktu malam pasang kipas jer sebab dah sejuk.
Oh yaa… Dari segi network internet. Pengguna RedOne atau Celcom rasanya takde masalah. Kalau Umobile memang slow. Operator lain aku tak sure. Resort ni takde kemudahan wifi.
Okeh… Sebelum aku ending entry kali ni. Korang mesti nak tahu detail pasal tempat ni kan. Tapi sebelum tu, klik gambar bawah ni dulu untuk tengok video story sepanjang 2 hari 1 malam kitorang kat sini dan jangan lupa follow Instagram aku jugak k.

Soulmate Village
Alamat : Kampung Sungai Lui, Batu 22, Jalan Sungai Lui, 43100 Hulu Langat, Selangor.
Telefon : 019-343 0328
Facebook : Soulmate Village
Rate : RM280/Room (weekend/public holiday)
RM240/Room (weekdays)

Sehingga kita berjumpa lagi dalam next gathering. Korang kalau ada suggestion tempat yang best, komen kat bawah k. Nanti kitorang boleh plan untuk ke sana pulak.
Kredit beberapa keping gambar to Yana dan Fazrol.
Leave a Reply