Bercuti ke Langkawi lagi.. Ingat lagi tak masa Kerajaan umumkan Gelembung Pelancongan Langkawi masa bulan September hari tu. Masa tu Air Asia ada buat promosi tiket murah, aku sempat sambar tiket ke Langkawi dengan harga RM12 sehala.
13hb Disember baru ni berlepas lah kitorang sekeluarga ke Langkawi. Aku rasa ni kali ke 4 atau 5 kami ke Langkawi. Kiranya banyak dah tempat-tempat menarik kat Langkawi yang kami dah sampai. Dah pernah naik cable car, dah pernah buat island hopping, dah pernah try mangrove tour, dah panjat Tasik Dayang Bunting, dah pernah bagi helang makan, dah melawat makam mahsuri, beras terbakar, tempat minyak gamat, Underwater World dan dah puas shopping coklat.
So, trip kali ni aku plan nak lepak kat Pantai Cenang jer. Keluar makan pun area situ jer. Beli coklat pun kat area Jalan Pantai Cenang tu jer. Kiranya tempat tumpuan orang ramai, kami tak pergi. Kereta pun kami tak sewa.
Aktiviti cuti-cuti kami kali ni, dari pagi sampai malam memang tepi pantai jer selama 4 hari 3 malam. Tapi ada la sekali keluar pergi Rams Home Decor kat pekan Kuah sebab wife nak beli periuk. Itu pun keluar kejap jer naik grab, lepas beli terus balik bilik.
Disebabkan percutian kali ni memang nak rilex dan santai tepi pantai, jadinya aku pilih resort AB Motel sebab harga yang berpatutan dan lokasi yang paling strategik. Korang boleh refer senarai resort tepi pantai cenang yang pernah aku listkan dalam blog ni.
Alhamdulillah… bilik yang aku dapat betul-betul tepi pantai. Masa booking aku memang request bilik sea view. Kalau korang nak lebih specifik, sebutkan terus nombor bilik yang korang nak tu. Sama ada A13, B8, B9, atau B10. Banyak lagi bilik lain yang sea view tapi yang ni paling the best bagi aku. Aku list sini sebab senang aku nak refer next time.
Tengok la persekitaran bilik ni. Bersihhhh… Tiap pagi ada beberapa orang staff akan bersihkan kawasan ni. Memang cukup terjaga.
Depan bilik aku ni ada restoran dan kedai runcit. Tapi sejak lepas PKP ni, restoran ni hanya bukak start 5 petang sampai tengah malam. Tapi ok jer sebab kedai mamak pun ada hanya 5 minit jalan kaki. Kedai makan lain pun ade jer sekitar AB Motel ni.
Location AB Motel ni memang terbaik. Sebelah bilik aku kat tepi pantai tu adalah port orang dating candle light dinner. Wife ajak makan malam situ tapi masalahnya dengan anak-anak ni kang terbakar habis alas meja diorang. Hahaha…
So, tiap malam aku just order makan dari restoran depan bilik jer. Mintak diorang hantar ke bilik. Nak makan pun tenang. Tapi kalau korang nak makan kat restoran ni pun best jugak sebab meja memang dia bukak kat tepi pantai.
Waktu malam kat sekitar Pantai Cenang ni memang meriah sangat. Korang boleh jumpa ada beberapa restoran and cafe yang ada live band. Selain tu, ada juga restoran tepi pantai yang buat fire show.
Malam kedua kitorang layan fire show sambil bersantai kat tempat yang diorang sediakan. Nak tengok show tu free jer tapi kalau nak duduk selesa depan persembahan tu, korang hanya perlu order air yang harganya RM15 segelas.
Bagi aku show api ni biasa-biasa jer. Tak cukup wow.. Aku pernah tengok persembahan api kat Lost World of Tambun, Ipoh. Yang itu memang terbaik. Tapi untuk show tepi pantai ni, ok jer… At least anak-anak seronok dapat penuhkan waktu malam dengan tengok fire show.
Kalau waktu siang, korang tak perlu risau cari tempat makan sebab hanya 5 minit berjalan kaki korang boleh sampai kat Dataran Cenang. Kat sini ada Pizza Hut, KFC, Subway, Old Town White Coffee, Starbucks, Sushi King, The Loaf, Shell Out dan banyak lagi. McDonalds jauh sikit.. Kena menapak dalam 15 minit baru sampai.
Selain tu, restoran dan kedai makan local pun banyak jer. Nak makan jenis ikan bakar ker atau masakan panas ke semua ada. Semuanya walking distance. Tak payah pergi jauh-jauh pun.
Cuma hari ketiga tu kami try pergi lunch kat Restoran Kerisik kat Laman Padi. Yang ni naik grab hanya RM5 jer.. Apa yang best kat sini adalah korang boleh menikmati makanan di tengah sawah padi.
Tapi yang sedihnya, masa kitorang sampai lebih kurang pukul 3.30 petang. Kebanyakan makanan dah habis. Huhuhu…
Aku kalau dah start menulis memang tak reti la nak tulis pendek, ringkas dan padat. Nak jer melalut dan cerita detail. Haihhh… Jom la aku terus review keadaan dalam bilik di AB Motel.
Aku punya bilik ni jenis Beach Side Sea View. Ada 2 katil queen, aircond, kipas, fridge, hot shower dan TV dengan beberapa channel sahaja.
Kettle untuk masak air panas takde tapi kat lobby ada mesin air coway untuk korang ambik air panas. Cuma kena bawak tumbler sendiri la untuk isi air. Nak iron baju pun kena pergi kat lobby.
Water presure kuat dan water heater berfungsi dengan baik. Aircond pun berfungsi dengan baik. Cuma yang kurangnya adalah penyapu yang disediakan kat bilik dah uzur. Bilik tepi pantai kena wajib ada penyapu sebab bilik mesti berpasir.
Bayangkan lah korang dah berpasir tepi pantai pastu nak masuk bilik bersihkan diri, habislah kotor lantai bilik. Patutnya resort kena sediakan paip luar bilik supaya dapat bersihkan diri dulu sebelum masuk bilik. Satu lagi, kena ada alas kaki supaya tak basah lantai dalam bilik bila masuk rumah. Itu jer kekurangan yang aku rasa perlu tambah baik. Selain tu semuanya ok.
Sebagai rujukan, aku kongsikan senarai harga dan jenis-jenis bilik yang ada kat AB Motel ni. Murah jer kan… Bilik aku tu jenis paling mahal dah… Itu pun still murah sangat bagi aku.
Korang boleh contact 04-955 1300 atau WhatsApp jer 013-320 9798 untuk tempahan. Setahu aku, AB Motel ni takde dalam mana-mana online booking macam agoda, trivago dan sebagainya.
Next time bila nak bercuti ke Langkawi lagi, insyaAllah aku akan pilih untuk stay sini lagi. Jom aku share gambar-gambar kenangan kitorang kat Pantai Cenang, Langkawi.
Sikit tips dari aku untuk korang yang nak bercuti tepi pantai. Seeloknya pakaikan anak-anak dengan pakaian renang macam ni sebab senang nak bersihkan, mudah kering dan pasir pun tak terperangkap dalam poket seluar.
Alhamdulillah.. Aku sangat suka trip bercuti ke Langkawi kali ni sebab lebih relax dan santai. Walaupun wife kata kurang best sebab datang Langkawi takde sangat aktiviti shopping dan jalan-jalan. Hahahaha… Yang penting anak-anak enjoy.. Hehehe…
huda says
thanks sharing, memang tengah survey nak stay mana yang tak payah sewa kereta area langkawi ni..
Nuar Neo says
Nice info & nice beach, keep it up!