Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Cermin mata patah. Perlu buat cermin mata baru atau tukar bingkai jer? Mana lebih murah?

December 12, 2021 by Admin 1 Comment

Spread the love

Sehari sebelum bercuti ke Langkawi, spek mata aku terpatah la pulak masa tengah jalan-jalan cari barang kat mall. Puncanya aku lap cermin spek dengan baju. Tibe-tibe terkepak kat bingkai. Huhuhu… Gelabah jugak la sebab kalau tak pakai spek, aku tak boleh drive.

Nak tak nak kena tukar segera sebab esoknya aku nak bawak family pergi bercuti. Tapi mujur la masa tu aku tak jauh dengan Sungei Wang, terus ke sana dan cari kedai spek viral sebab kat situ harga murah dan cepat siap..

Kedai ni tak susah pun nak cari, pergi jer kat Level G Sungei Wang Plaza tu, cari kedai cermin mata Eye Pro Vision. Aku masuk situ dan kebetulan bos Eye Pro sendiri yang layan aku. Nama dia Mr William, sangat peramah orangnya. Aku explain kat dia cermin mata aku patah dan nak kena buat baru. Pastu die cakap kalau nak jimat just tukar bingkai baru, guna cermin sedia ada. Tapi die kena chek stock dulu ada tak bingkai yang boleh ngam dengan cermin aku.

Nasib baik ada cuma beza warna jer. Takpe la kan… Dah boleh jimat sebab kos untuk tukar bingkai hanya RM50 jer. Jimat banyak oii… Cermin masih pakai cermin yang sama.

Sementara tunggu diorang tukar bingkai, aku dok mencuba cermin mata yang ada kat kedai tu. Memang banyak giler pilihan. Tiba-tiba terbekenan pulak untuk tambah spek mata baru. Kihkihkih…

Sebab harga pun mampu milik, so aku decide untuk ambik 1 lagi spek sebagai backup. Harga untuk cermin dan bingkai hanya RM65 jer. Tapi sebab aku nak tambah function alpha blue kat cermin, so ada additional cost kat situ dan total semua hanya RM125.

Korang tahu tak apa tu cermin Alpha Blue 420? Apa fungsi dia?

Alpha Blue 420 sangat bagus untuk korang yang ada masalah silau. Dia dapat menepis cahaya direct terus ke dalam mata. Bukan itu jer, dia juga menjaga mata dari pancaran sinar uv. Korang boleh tengok video demo kat bawah ni.

Kalau dulu mungkin function ni tak perlu sangat tapi sekarang ni aku rasa dah wajib semua cermin mata menggunakan cermin Alpha Blue 420 sebab kita semua terdedah dengan cahaya dari screen tak kira la screen handphone, tablet, tv, laptop atau komputer.

So, korang yang nak beli cermin mata kena make sure ambik cermin yang ada perlindungan dari semua ni. Kadang tu ada jer kedai cermin mata yang offer lagi murah dari Eye Pro Vision ni tapi itu hanya kanta multicoated biasa jer. Bila korang add on kanta Alpha Blue 420, auto harga akan jadi lebih mahal dari sini. Tak percaya korang pergi la survey sendiri.

Korang kalau jumpa kedai cermin mata murah dari sini, tolong maklumkan kat aku k. Aku dah survey tapi tak jumpe. Kalau ada nanti boleh aku share dengan korang. Ni aku tunjuk cermin mata baru aku dan cermin mata lama yang diperbaharui.. Hahaha…

So, aku ada 2 cermin mata dengan power yang sama. Tak jauh beza pun bentuknya kann… Muka aku ni tak ngam la nak ambik design yang lain. Huhuhu…

Loading

Filed Under: Info, Produk, Review, Servis Tagged With: alpha blue, cermin mata patah, eye pro vision, Kedai cermin mata murah, kedai cermin mata sg wang, kedai cermin mata viral, pengalaman tukar cermin mata

« Farm In The City selepas PKP dah tak sama macam dulu…
Bercuti ke Langkawi lagi. Kali ni kami pilih AB Motel dan lepak kat Pantai Cenang jer. »

Comments

  1. antalya says

    March 29, 2022 at 11:52 am

    power tinggi tak bro?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Masuk usia 40an dah kena pakai cermin mata, tanda-tanda rabun dekat makin ketara.
  • Semua dah beli masa promosi keperluan sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari.
  • NextGen, playground theme park yang sesuai untuk sekeluarga.
  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative