Aku rasa bukan aku jer yang kemaruk nak berjalan dan balik kampung, semua orang pun macam tu lepas lama terkurung masa PKP hari tu.
Ni dah start cuti sekolah, boleh la korang plan sesuatu untuk anak-anak. Selain balik kampung, korang boleh juga bawak keluarga meluangkan masa di Farm In The City, Sri Kembangan, Selangor.
Farm In The City (FITC) ni dah tak asing untuk aku dan anak-anak. Ni kali ke 4 ke 5 ntah aku bawak family ke sini. Dari anak sorang sampai anak 3, tempat ni memang jadi pilihan. Even rombongan tadika diorang dulu pun buat lawatan kat sini.
Farm In The City selepas PKP ni memang berbeza dengan dulu. Sekarang lebih menarik dan best. Binatang lagi banyak dan persekitaran lebih terjaga dan lebih terasa macam kita berjalan-jalan dalam farm. Tak pernah bosan bila ke sini.
Sebelum beli tiket masuk, boleh layan burung merpati kat depan pintu gerbang FITC dulu. Burung merpati kat sini jinak giler, gemok-gemok pulak tu..
Kebetulan masa kitorang sampai sini, staff FITC ada bawak burung helang putih dengan burung kakak tua untuk bergambar kat depan pintu masuk FITC. So, here the picture for memories. All heroes… Mak-mak tukang ambik gambar jer…
Oh yaa… Kali ni aku pergi FITC dengan 2 lagi family kawan aku. Tak plan pun asalnya, sajer la aku cakap gini “esok aku nak bawak anak-anak pergi Farm In The City kat Sri Kembangan, jom la pergi skali”.. Tibe-tibe dua on… Oihhh… senangnya.. Hahaha… Tu la cakap, kadang kita plan beriya tapi jadinya tak. Ni unplan senang pulak jadi. Anak-anak double seronok sebab ada kawan-kawan join sekali.
Okeh… Lepas beli tiket, korang boleh beli makanan untuk bagi kat haiwan-haiwan dalam tu. Satu cup ni RM10. Beli kat anak-anak sorang satu cup pun dah cukup. Tapi kalau tak cukup, kat dalam nanti ada jer jual lagi.
Kura-kura ni aku tak tahu la sampai besar mana dia boleh membesar… Korang kena hati-hati masa bagi kura-kura ni makan. Jangan sampai tergigit jari atau terpijak kaki.
Nah korang tengok la sendiri gambar-gambar aku ni.. Cerita banyak tak guna kalau gambar sikit kann…
Konsep kat FITC ni adalah close to nature. Persekitaran yang disediakan kat sini adalah sama macam habitat asal haiwan tersebut. Kalau kat zoo, kita tengok haiwan dalam sangkar tapi kat sini kita kena masuk dalam sangkar atau kandang haiwan untuk lebih dekat dengan binatang-binatang yang ada.
Zone yang paling budak-budak suka adalah pet village sebab kat sini diorang boleh sauk ikan dalam longkang yang disediakan. Longkang tu memang khas untuk aktiviti sauk ikan. Air pun jernih jer…
Kat sini ada ‘samseng kampung’ jugak.. Tak ramai yang berani dekat dengan angsa.. semua orang tau yang angsa kan jenis suka kejar orang dan ‘sudu’kan orang. Angsa sini ikut mood dia la… Mula-mula aku lalu tu ok jer.. Tiba-tiba dia tunjuk samseng dia.. berterabur lari dengan anak-anak.. haha..
Korang kalau nampak staff FITC bawak binatang, korang boleh mintak untuk bergambar. Visit aku kali ni ada burung jer. Dulu diorang siap bawak alpaca keluar kandang untuk bergambar.
Tapi aku pergi kali ni alpaca dok dalam kandang jer… Korang tahu tak yang alpaca ni hidup kat tempat sejuk. Bila di bawa ke sini, kandang diorang ni kena sediakan portable aircond. Diva sangat kann… Tapi ok la… Tak diva macam panda kat zoo negara tu… Haha..
Ada banyak lagi binatang tapi aku tak sempat ambik gambar semua… Kalut nak pantau anak-anak lagi..
Setiap kali lepas pegang binatang atau bagi makan haiwan, sila basuh tangan kat singki yang disediakan. Ada banyak port cuci tangan kat sini bagi memastikan pengunjung sentiasa jaga kebersihan.
Kat sini ada show time dengan feeding time jugak. Kalau korang tak nak lepaskan peluang tu, make sure plan betul-betul. Visit kitorang baru ni tak sempat tunggu show.
So, pergi la bawak family luangkan masa di Farm In The City. Aku yakin korang akan rasa berbaloi dengan harga tiket yang korang bayar. Ada juga pakej family untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak dengan harga RM132 sahaja termasuk makanan haiwan.
Untuk info lanjut, boleh layari www.farminthecity.my
Leave a Reply