Hari tu baru jer pergi bercuti ke Langkawi masa start cuti sekolah. Ni penutup cuti sekolah kami bercuti ke Avillion Port Dickson pulak. Tak plan awal pun nak ke Port Dickson tapi bila tiba-tiba Menteri Pendidikan umumkan cuti sekolah dilanjutkan lagi seminggu, itu yang aku cepat-cepat bukak website Avillion dan buat tempahan bilik.
Dah lama sebenarnya aku survey nak stay hotel yang biliknya atas air. Teringin nak stay Lexus tapi macam mahal sangat. So, pilih Avillion la sebab situ ada water chalet dengan harga lebih murah.
Sebelum tu aku ada baca review pasal Avillion Port Dickson, katanya hotel ni dah lama dan perabot pun old school. Aku tak kisah pun part tu asalkan kebersihan dan keselesaan tip top.
Avillion Port Dickson ada beberapa jenis bilik, aku ambik bilik jenis Water Chalet. View bilik aku tak ohsem sangat sebab mengadap private beach. Tapi ok jer…
Masa chekin biasanya korang akan nampak air laut surut dan tak nampak water chalet tu macam atas air pun. Dia punya surut tu bukannya sikit wehh… Nunnnn sampai hujung sana air surut.
Tapi tunggu pukul 6 petang baru la air start pasang dan nampak view macam gambar atas ni. Haa masa ni baru excited..
Air pasang macam ni akan kekal sampai esok harinya.. Air akan surut balik menjelang tengah hari time nak chekout tu.
Waktu petang boleh la layan sunset… Memang view cantik giler… Tapi sayang sebab balcony kitorang tak mengadap sunset, so kena menapak sikit cari port yang menarik..
Ni lah keadaan dalam bilik jenis water chalet… Ada 2 katil single dan 1 day bed tepi tingkap yang bersaiz queen. Untuk kami 5 beranak, memang dah cukup selesa.
Kalau korang perhatikan view dari tingkap bilik tu, boleh nampak pantai jer la. Tapi feeling bilik atas air tu masih terasa. Best la jugak… Pagi-pagi boleh dengar bunyi ombak sebab bilik kitorang kan dekat dengan pantai.
Keadaan dalam bilik mandi pun lain macam… Besar giler… Ada ruang terbuka yang boleh nampak air laut kat bawah bilik. Pastu shower pun jenis open air… Boleh mandi sambil kira bintang. Tapi zaman sekarang ni risau pulak kalau ada dron terbang kat atas. Hahaha…
Tekanan air memang best… Air shower kuat, puas betul mandi bawah shower tu. Air sejuk dan panas pun berfungsi dengan baik. Cuma dari segi kebersihan bilik air, aku tolak 1 bintang sebab keadaan yang sikit uzur tapi still acceptable bagi aku.
Ni view bilik kami dari private beach. Tapi pantai sini tak best macam kat kat Pantai Cenang, Langkawi. Tapi takpe la asalkan budak-budak enjoy…
Haa inilah yg dikatakan private beach tu.. Siap ada platform untuk bersantai sambil tengok anak-anak main pasir. Nampak bersih tapi tak sangat pun. Banyak sampah-sampah kecik kat dalam air laut tu… cuma kebersihan kawasan berpasir tu jer ok.
So, kalau nak mandi manda kat laut aku tak recommmend. Cukup la bagi budak-budak main kat pantai jer. Kalau nak main air, pergi jer kat pool.
Hotel ni ada 3 pool… Yang atas ni pool dewasa, dalam dia paras dada aku. Kanak-kanak macam usia Akiff boleh jer nak berenang-renang kat sini. Yang pool bawah ni pulak untuk kids tapi masa aku pergi tu, slide tak function. Katanya sebab SOP tapi pelik pulak kalau alasan SOP nak tutup slide tapi pool bukak jer.
Pool ketiga pulak adalah pool untuk dewasa sahaja. Kanak-kanak tak boleh masuk situ. Mungkin untuk bagi privasi kat couple yang datang nak rilex sebab pool dewasa yang ada kanak-kanak ni memang riuh rendah. Pool dewasa yang private ni rasa tenang dan redup. Korang boleh tengok gambar pool ketiga kat gambar pertama entry ni. Betul-betul belakang sign Avillion tu.
Okeh… Jom kita borak bab harga pulak. Harga untuk Water Chalet sekitar RM400/night tanpa breakfast. Tapi aku suggest korang ambik jer breakfast sini sebab breakfast sini not bad dan banyak pilihan.
Lagi pun aku suka persekitaran cafe kat sini, style open concept. Boleh lepak meja luar sambil ditemani burung merak yang datang menyebok mintak makan. Jinak kemain burung-burung merak sini.
Kalau harga bilik sekali breakfast, anggaran RM450++. Tapiiiiiii…. Haa ni yang aku nak cerita ni. Korang kena selalu tengok promosi kat website atau facebook Avillion sebab kadang-kadang diorang ada buat promosi.
Macam trip aku ke Port Dickson kali ni, aku beli voucher promosi yang bawah ni masa promosi 12.12 tahun 2020. Lama dah cuma tak berkesempatan nak pergi sebab PKP. Nasib baik Avillion extend validity voucher sehingga Jun 2022.
So, dengan harga RM480 aku dapat penginapan di water chalet untuk 2 malam dan cash voucher bernilai RM200. Cash voucher ni aku gunakan untuk breakfast dan order makan ke bilik. Berbaloi-baloi kann…
Kalau korang nak tengok vlog trip percutian aku ni, boleh tengok di IG’s story aku dengan klik gambar bawah ni.
Hafiz Rahim says
Tandas dia macam kureng je nampak
Admin says
haa kureng skit… dah tolak 1 bintang.. tp dlm gmbar ni nmpak lg kureng sbb snap time nak chekout.. hehehe
rujukan says
menarik bos