Tahun lepas aku ada bawak family bercuti kat Kuala Selangor. Kitorang stay kat Kuala Selangor Cabin Camp. Dapat la pengalaman bermalam kat rumah hobbit. Satu pengalaman yang cukup unik dan menarik. Kat situ, selain ada rumah hobbit macam kat bawah ni, ada banyak jenis lagi penginapan yang pelik macam bermalam dalam bas, bermalam dalam tube, bermalam dalam cabin dan banyak lagi. Korang boleh baca pengalaman kami dengan klik gambar bawah ni.
Okeh… Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal KSCC tu tapi aku nak share beberapa kedai makan yang aku singgah kat Kuala Selangor masa trip tu dan sampai hari ni buat aku teringat nak pergi makan situ lagi.
Warung Estet Cendol Sawit
Member aku yang suggest untuk try makan kat Warung Estet. Tak susah pun nak cari warung ni kalau guna waze. Search jer Warung Estet, nanti waze akan guide korang terus sampai kat sini.
Kedai makan ni dibuka jam 11.30 pagi sehingga jam 6 petang sahaja. Kat sini takde menu nasi berlauk atau goreng-goreng, yang ada menu yang dah siap sedia macam dalam list menu bawah ni.
Kitorang order mee jawa, laksa, keow teow celup dan roti john cheese. Sumpah semua ni memang sedap sangat. Tak menyesal langsung aku order semua ni. Anak-anak tak makan sangat pun menu-menu macam ni tapi kami laki bini la yang habiskan.
Anak-anak pulun makan roti john cheese, cendol durian dengan ais kepal milo. Ni pun semuanya sedap. Isu durian tu besar, makan dengan cendol yang guna santan sawit, memang padu. Sebelum balik aku tapow jagung cup cheese untuk makan dalam kereta. Pun sedap jugak..
Ehh boleh dikatakan semua benda pun sedap. Itu yang buat aku nak repeat pergi Kuala Selangor untuk makan kat situ. Kedai makan ni walaupun namanya warung tapi bukan lah warung yang pacak payung tu. Kedai makan ni macam restoran biasa yang selesa. Meja makan pun banyak jer…
Dah alang-alang ke Kuala Selangor, korang boleh jugak singgah makan kat Bocah Ijok Cafe jugak. Situ pun antara kedai makan best Kuala Selangor. Tapi kat sini dibuka start jam 6 petang sampai tengah malam. Konsep dua kedai ni memang berbeza. Satu bukak siang, satu bukak malam. Bocah Ijok Cafe punya konsep lebih kurang macam open food court.
Bocah Ijok Cafe
Kat sini ada banyak pilihan makanan. Dari seafood, western, italian sampai desert semua ada. Ada banyak pilihan kitchen dengan menu yang pelbagai.
Kalau datang ramai-ramai memang sesuai sebab selera setiap orang kan tak sama, masing-masing boleh order sendiri nak makan menu yang macam mana.
Macam kami hari tu order set Seambeng Seafood macam gambar bawah ni. Portion sesuai untuk 2 atau 3 orang makan. Memang puas hati makan set macam ni. Dia punya rasa pedas tu biasa-biasa jer. Orang yang tak makan pedas macam wife dan anak aku pun boleh makan.
Anak no 2 aku lain dari yang lain, dia susah sikit nak makan makanan melayu ni.. Kalau western atau italian baru ngam. Mana datang ntah keturunan mat saleh sorang ni. So, untuk dia aku order set chicken meatball. Habis jugak la dia makan sorang.
Sizzling yee mee ni aku order sebab memang favourite aku. Tengok harga lak murah, menyesal lak kalau tak cuba. Nak datang pulak bukannya dekat kann… Memang berbaloi la order ni.
Kalau rasa nak makan spaghetti pun ade. Bila ingat balik, macam tak logik pulak kami makan semua ni. Hahaha.. Banyak giler order tapi itu lah yang berlaku. Semua benda pun nak try.
Kalau tak silap aku, Bocah Ijok Cafe ni dah makin banyak pilihan menu. Tempat pun dah makin selesa dan makin jadi tumpuan orang. Nak cari tempat ni just waze jer. Tak susah nak cari sebab tempat makan ni betul-betul tepi jalan besar.
Leave a Reply