Aku start kejer tahun 2005, 2006 aku beli kereta pertama aku masa umur 23 tahun. Masa ni aku tengah aktif buat MLM, beli kereta sebab mudah nak angkut prospek pergi event. Hahaha… Masa ni aku hanya fikir nak beli kereta yang murah dan tak membebankan. Yer laa… baru jer kejer kat KL masa tu.
So aku pilih untuk beli kereta saga gaban yang bentuk macam iswara tu. Tak ingat dah harga kereta masa tu berapa tapi bulanan aku bayar hanya RM344 sebulan. Sekarang ni kereta tu masih ada dan mampu berfungsi dengan baik walaupun dah menjangkau usia 16 tahun.
Cumanya cermin hadapan kereta (windscreen) dah jadi kabur. Kalau dalam hujan memang sangat tak jelas. Dah try spray dengan cecair yang tak melekat air tu, still blur jugak. Kalau malam lagi tak jelas penglihatan.
Disebabkan kereta proton ni aku bagi kat abah aku untuk kegunaan dia kat kampung, cermin kereta tu kena la tukar baru.
So lepas menggoogle kedai tukar cermin kereta kawasan Cheras, aku jumpa kedai windscreen2u kat area Balakong. 10 minit jer dari rumah aku.
Harga untuk tukar cermin kereta proton saga adalah RM370. Add on RM50 untuk tukar getah keliling cermin sebab getah keliling cermin tu dah keras dah. Total RM420 semuanya. Abah aku mintak dia pasangkan tinted gelap kat bahagian atas cermin, syukur takde bayaran tambahan.
Aku tak tau la harga ni dikira berpatutan atau mahal atau murah sebab aku tak survey dan compare dengan kedai lain pun. Tapi abah aku kata harga tu dah ok dah.
3 jam jugak aku tinggalkan kereta kat situ untuk proses tukar cermin. Dah selesai baru datang ambik. Alhamdulillah workmanship diorang kemas.
Sekarang kereta tu dah pun ada kat kampung dan sambung berbakti untuk mak abah aku pulak. Kereta tu banyak sangat kenangan untuk aku dan keluarga. Kereta tu jugak aku pernah pos ke Sibu, Sarawak masa wife kena posting mengajar kat sana.
Physiotherapy Puchong says
Ok tau dah harga nak tukar cermin. tq.
jies says
Jom daftar insurans kereta sebagai langkah berjaga jaga. Anda juga boleh dapatkan perlindungan untuk kerosakan seperti cermin kereta ketika berlaku kemalangan.
Saga 2023 says
Kereta proton saga tuan yang berusia 16 tahun tetap berfungsi dengan baik adalah petanda bagus mengenai kualiti dan penjagaan yang tuan berikan kepadanya. Semoga kereta ini terus berkhidmat dengan baik untuk abah tuan di kampung.