Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Menginap di boutique hotel, Penang. Ada bathtub depan katil.

June 8, 2022 by Admin Leave a Comment

Spread the love

Cuti sekolah hari tu, aku bawak family bercuti ke Pulau Pinang. Tapi sebab last minit cari hotel, kebanyakan hotel yang berbintang dan gah semua dah penuh. Yang ada hotel kecik-kecik macam oyo hotel atau boutique hotel jer. Tapi anak-anak nak duduk hotel yang ada bathtub..

Lepas mencari kat google, aku terjumpa Very Hotel kat Georgetown, area Lebuh Penang. Hotel ni ada bathtub. Tapi kalau tengok dari luar hotel, tak sangka keadaan dalamnya menarik. Sebab hotel ni terletak kat celah deretan kedai jer.

Dari tepi jalan macam tak perasan sangat kewujudan hotel ni.. Takde langsung signboard Very Hotel, cuma ada tulisan Very dan kepala zirafah terjengok kat situ.

Ni lobby hotel yang sekangkang kera. Sempit dan sarat dengan decoration tapi nice. Sesuai la dengan konsep hotel ni macam ala-ala safari. Ada zebra sekor bersaiz sebenar kat situ. Pintu lif pun depan kaunter reception jer.

Bilik kitorang kat tingkat 3, masuk jer bilik terus nampak bath tub depan katil. Menjerit happy anak-anak sebab bath tub dia cantik dan menarik. Tak tunggu lama, bukak baju terus semua nak masuk dalam tu..

Aku suka giler dengan konsep dan dekorasi dalam bilik ni. Ikutkan bilik ni sesuai untuk couple jer. Dapat la feel honeymoon skali. Tapi kitorang berlima menyempit kat sini. Macam mana kitorang buat? Haaa pandai-pandai la nak idup.. Nanti korang dah ada family besar auto jadi bijak untuk handle situasi macam ni. Hahaha…

Bilik air pun bersih dan simple jer. Cuma takde pintu, yang ada hanya langsir jer. Tapi sebab pintu bilik air ni pun mengadap dinding dan tersembunyi kat celah bath tub sana, so takde hal sangat.

Kawasan yang berbatu kat bath tub tu diorang dah buat sekatan… Kalau terbasah kat area batu-batu tu pun ok jer…

Overall aku rasa bilik ni sangat ok kalau korang datang berdua atau bertiga… Untuk anak ramai macam tak sesuai sebab ruang tido sempit. Harga bilik ni berubah-rumah, korang boleh ushar dalam agoda. Masa aku booking hari tu harganya RM270/night untuk weekdays tapi masa cuti sekolah. Kalau weekend mungkin mahal lagi.

Nah layan video pendek aku kat hotel ni… Jangan lupa follow tiktok aku sekali k.

@lancareno

Reply to @mummyadams1 @1983zaza Nah video versi suami pulak… Kami stay di Very Hotel, Penang.. #BoutiqueHotel #Hotel #Vacation #VeryHotel #Penang

♬ original sound – Lan Careno

Filed Under: Family, Holiday, Hotel, Review, Travel Tagged With: boutique hotel, georgtown hotel, hotel penang, hotel pulau pinang, very hotel

« Buka puasa dalam ladang lembu Farm Fresh UPM.
Tak susah pun pasang wall panel sendiri. Follow jer tutorial aku ni. Memang nice terokk. »

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Semua dah beli masa promosi keperluan sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari.
  • NextGen, playground theme park yang sesuai untuk sekeluarga.
  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative