Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib
tutorial pasang wall panel

Tak susah pun pasang wall panel sendiri. Follow jer tutorial aku ni. Memang nice terokk.

July 26, 2022 by Admin 2 Comments

Spread the love

Masa PKP dulu aku dah buat projek mengecat keseluruhan dinding dalam rumah dengan anak-anak. Tapi ada 1 dinding yang aku tak cat sebab plan nak pasang wallpaper kat situ. Memang agak menggangu pemandangan bila dinding hijau bercorak bunga kat living hall tu jadi titik fokus dalam rumah. Nak pasang wallpaper masih belum jumpa kerajinan, itu yang lama bertangguh.

Ni dinding asal yang warna hijau pucuk pisang dan bercorak bunga-bunga biru. Aku pun pelik macam mana la dulu aku boleh terfikir untuk upah orang cat dinding hijau dengan corak berbunga macam ni. Hahaha… Kos upah RM250 kowtt. Just imagine aku ni macam mana, nak cat rumah pun upah orang.

Tapi alhamdulillah, pencapaian sekarang banyak yang aku dah buat sendiri kat rumah. Dari kerja-kerja mengecat sampai kerja-kerja memasang vinyl dgn spc floor pun aku boleh buat sendiri. Bukan nak cakap aku ni dah hebat bertukang tapi nak bagi tau yang produk jaman now memang dicipta untuk memudahkan orang-orang macam aku ni.

Tutorial pemasangan Wall Panel

Aku tau korang lagi penasaran untuk tahu kat mana aku beli dan berapa harga wall panel ni kan… Rilek dulu, bagi aku cerita dulu tutorial pasang wall panel …

tutorial pasang wall panel

1st, kena clearkan dulu apa-apa benda yang ada kat dinding tu. Kalau ada frame atau paku, kena cabut dulu. Kalau dinding yang ada wallpaper, koyak dulu wallpaper tu supaya gam boleh melekat terus kat permukaan dinding. Lap dinding bagi bersih dari sebarang habuk.

2nd, mulakan pemasangan dari 1 side sahaja. Jangan mulakan pemasangan dari tengah. Korang kena perhatikan betul-betul kepingan panel tu, dari side kiri atau kanan panel tu perlu di klip. Yang ni aku tak reti nak explain, bila bende tu dah ada kat korang nanti korang akan auto tahu.

3rd, susun dan potong wall panel ikut ukuran dinding korang. Kalau cara aku, aku akan susun dan potong untuk keseluruhan dinding dulu. Cara nak potong wall panel ni tak susah pun. Korang hanya perlukan pisau atau gergaji besi.

4th, letakkan gam jenis max bond kat bahagian belakang panel dan tampalkan ke dinding. ketuk bagi betul-betul rapat dan tekan setiap panel tu seketika supaya gam betul-betul melekat.

Haaa itu jer la step nya… Tak susah pun. Part susah sikit bila ada suiz atau plug kat dinding tu. Itu kena betul-betul ukur untuk buat potongan yang tepat.

Kos Pemasangan Fluted Wall Panel

Ini yang korang tunggu kan? Berapa kos untuk pemasangan wall panel ni. Okeh harga bagi flat wall panel tu adalah RM120/pcs manakala harga untuk fluted wall panel adalah RM65/pcs. Refer gambar bawah ni..

Ukuran sekeping flat wall panel yang kelabu tu adalah 2,850mm panjang x 600mm lebar x 8mm tebal. Ukuran fluted wall panel pulak adalah 3,000mm panjang x 169mm lebar x 24mm tebal.

Jom buat kira-kira untuk dinding aku yang bersaiz 12.4 kaki lebar, tinggi 9 kaki… Aku memerlukan 4 keping flat wall panel dan 9 keping fluted wall panel.

4pcs X RM120 = RM480
9pcs X RM65 = RM585
4 unit maxbond Glue = RM40
Total : RM1,105

Ni kos untuk barang jer… Tak termasuk transportation. Transportation ni ikut location korang sendiri la. Boleh guna lalamove atau deal terus dengan supplier untuk delivery. Lokasi supplier ni adalah di Puchong.

Kelebihan Fluted Wall Panel & Flat Wall Panel

Dulu aku bayangkan fluted wall panel ni nak kena susun kayu sekeping demi sekeping. Risiko untuk susunan kayu tak sekata kalau tak teliti. Rupanya dia didatangkan dalam kepingan yang kemas dan hanya perlu clip. Memang memudahkan proses pemasangan. Takde kemahiran bertukang pun boleh pasang wall panel ni. Lagi pun material yang digunakan bukan dari kayu tapi dari Wood Plastic Composite (WPC). Cuma nampak jer macam seakan-akan kayu. Tak perlu di cat. Ada banyaaaaak giler pilihan design dan warna yang ada.

Fluted wall panel ni juga ringan dan kalis air. Selain tu, takkan rosak disebabkan anai-anai.

Kat mana nak beli wall panel ni?

Aku dapatkan wall panel ni dari pembekal Nii Floor yang terletak di Puchong. Diorang bukan reseller atau penjual, tapi diorang ni pembekal. Beli direct dari gudang diorang sendiri. Dan lagi pun aku dah familiar dengan kualiti produk diorang. Sebelum ni aku pasang SPC Floor kat rumah aku pun ambik dari diorang. Aku jugak install vinyl floor kat rumah aku yang lain pun beli dari Nii Floor.

Korang boleh contact/klik 018-766 6058 atau 012-883 2362 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan. Atau boleh juga ushar produk diorang di Facebook Nii Floor atau Shopee Nii Floor.

@lancareno

Replying to @ina4inaa Finallys its done… Lagi mudah dari pasang wallpaper.. #flutedwallpanel #diy #homedecor #wallpanel #wall

♬ She Share Story (for Vlog) – 山口夕依

Boleh tengok video-video tutorial pasang wall panel yang aku dah upload kat tiktok @lancareno

Loading

Filed Under: DIY, Review, Rumah, Tips, Tutorial Tagged With: cat dinding, DIY, fluted wall panel, hiasan dalaman, nii floor, wall deco, wall panel

« Menginap di boutique hotel, Penang. Ada bathtub depan katil.
Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP »

Comments

  1. Sis Lin says

    July 26, 2022 at 12:42 pm

    DIY ni kena ada kerajinan dan semangat, baru menjadi, kena kat Laki Sis, mau berbulan-bulan nak siapkan, nak buat DIY tapi take a break dia lama beno ermmmm

    Reply
  2. hidir says

    January 5, 2023 at 4:58 pm

    Salam tuan…
    kalau dari installer berapa dia ambil upah pasang untuk fluted panel ini?
    per square feet

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Masuk usia 40an dah kena pakai cermin mata, tanda-tanda rabun dekat makin ketara.
  • Semua dah beli masa promosi keperluan sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari.
  • NextGen, playground theme park yang sesuai untuk sekeluarga.
  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative