Korang pun tahu kan, banyak industri terkesan teruk akibat pendemik covid-19 dan PKP. Antara yang paling terkesan adalah industri pelancongan, termasuk lah Bukit Gambang Water Park yang baru dibuka selepas 2 tahun ditutup akibat PKP.
Even selepas habis PKP pun, Bukit Gambang Water Park masih takda sebarang perkembangan positif. Pengusaha homestay dan penginapan sekitar Bukit Gambar turut terjejas bila taman tema air ni menutup operasinya.
Pengalaman aku bercuti di Bukit Gambang Water Park pernah aku kongsikan di blog sekitar tahun 2014 dulu. Aku pergi situ seminggu sebelum banjir besar berlaku kat Pantai Timur.
Selepas 2 tahun menutup operasi, akhirnya Bukit Gambang Water Park kini dibuka secara rasmi bermula 1 Oktober 2022 dengan harga tiket baru serendah RM28/dewasa dan RM18/kanak-kanak yang berusia antara 3 tahun sehingga 12 tahun. Semua tiket boleh dibeli di kaunter sahaja. Jualan tiket secara online masih belum dibuka.
Walaubagaimanapun, tak semua permainan dibuka kepada pengunjung buat masa ini. Terdapat beberapa tarikan yang masih dalam fasa pembaikan dan naiktaraf. Antaranya 6 lane raser yang gambar bawah ni masih ditutup dan akan dibuka sikit masa lagi.
Waktu operasi bagi taman tema air ini bermula jam 11 pagi sehingga 6 petang pada hari rabu hingga jumaat manakala bagi sabtu, ahad, dan cuti umum adalah pada 10 pagi sehingga jam 6 petang.
Buat sementara waktu, hotel penginapan masih belum dibuka dan dijangka akan beroperasi sebelum penghujung tahun 2022. Jadi kalau korang berhajat nak cari penginapan sekitar Bukit Gambang, boleh klik sini dan berhubung dengan owner homestay untuk pertanyaan lanjut.
Leave a Reply