Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.

January 11, 2023 by Admin 3 Comments

Spread the love

Homestay ni tak jauh pun dengan rumah mak abah aku kat Pokok Sena, Kedah. Dalam 20 minit jer.. Tapi sebab nak bawak family lepak sambil anak-anak mandi kolam, so aku decide untuk stay di Homestay Rumah Ayah with Private Pool di Pendang, Kedah.

Biasanya setiap hujung tahun, kami memang akan plan untuk family gathering. Ada yang skala kecik, ada yang skala besar. Contoh tahun diorang 2018 kami menginap di homestay berdekatan Lost World of Tambun dan spend time seharian dalam Lost World of Tambun..

Kemudian tahun 2019, kitorang punya family gathering di Putri Ayu Chalet di Yan, Kedah. Sumpah best pengalaman kat situ. Korang boleh klik untuk baca cerita family gathering tu.

Pastu tahun 2020 dengan 2021 takde family gathering sebab covid punya pasal. Tahun 2022 baru la kitorang buat small gathering kat homestay ni.

Homestay ni terletak kat Pendang, Kedah. Kalau dari exit tol Pendang tu, hanya 4 minit jer dah sampai homestay. Kalau dari pekan Pendang, dalam 5 minit. Jom aku review sikit pasal homestay ni.

Kawasan homestay ni cukup luas dan berpagar. Parking berbumbung boleh muat 3 biji kereta. Kalau parking kat laman rumah tu boleh sumbat sampai 7 biji pun takda hal. Belakang rumah ni adalah kawasan sawah padi yang luas. Ok jom masuk tengok dalam rumah pulak.

Ni ruang tamu utama. Agak luas jugak la, kalau bebudak ramai boleh bentang toto bagi diorang tido bergelimpangan kat situ. Tepi ruang tamu tu ada ruang makan.

Tepi ruang makan tu connnect terus ke dapur. Kelengkapan kat dapur juga serba lengkap. Ada periuk belanga, pinggan mangkuk, peti sejuk dan jugak mesin penapis air sejuk panas.

Takde masalah kalau korang nak memasak kat sini. Tapi sebab kitorang hari tu takut ada benda yang tak cukup, jadinya banyak alatan yang kami bawak sendiri. Even senduk nasi dengan pisau pun bawak sendiri, walhal semua dah ada kat rumah ni.

Tapi untuk pinggan makan dengan cawan minum, lebih baik korang bawak sendiri yang jenis pakai buang sebab risau tak cukup kalau datang beramai-ramai.

Kalau korang perhatikan gambar atas ni, ni adalah ruang tamu kedua untuk tengok TV. Ada banyak jugak channel TV. Pastu wifi internet pun disediakan kat rumah ni…

Apa yang aku perhatikan, rumah ni ada banyak bilik tapi untuk guest hanya 4 bilik sahaja disediakan untuk digunakan. Bilik lain diorang kunci untuk simpan barang.

Atas ni master bedroom, lengkap dengan aircond dan bilik air.

Ni bilik kedua, pun sama jugak ada aircond dan bilik air air.

Bilik ketiga ada 2 katil single dan juga aircond. Bilik ni takde bilik air. Bilik air dan toilet ada kat luar bilik.

Ni bilik ke empat pun ber aircond. Hanya ada tilam jer. Bilik air kat luar bilik. Bagi aku kemudahan tempat tido ok jer… Ofcoz aku tak letak expectation homestay ni standard macam kat hotel. Yang penting bersih dan selesa.

Tapi kalau nak buat family gathering, mesti lah kena ada sesuatu yang menarik kat homestay ni untuk dijadikan alasan menginap kat sini. Setakat nak stay rumah tepi sawah, kami sendiri pun tak kisah sangat sebab kami pun orang Kedah. Sawah bendang tu benda biasa.

So tarikan yang ada kat homestay ni adalah private pool kat belakang rumah. Saiz pool ni sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak. Bebudak nampak kolam ni dah terus menjerit nak masuk. Aku pun ade gak join sekali. Hehehe…

Bestnya kawasan ni sebab takde jiran kiri kanan rumah yang boleh nampak aktiviti kat belakang rumah ni. Kat area belakang rumah pulak ada tali air atau saliran air. Boleh la nak lepas gian memancing kat situ.

Haaa nampak mak aku siap lepak belakang tu sambil mancing. Dapat jugak la sekor ikan haruan. Joran tu kitorang bawak sendiri tau..

Aktiviti ape jer yang yang kami buat kat sini. Takde lain selain makan, makan dan makan. Hahaha… Menu kami kat sana masa tu bertemakan Thailand Food. Ada daging bakar Danok, somtam dengan tomyam. Simple tapi menambah-nambah. Menu sampingan pun ada jugak macam kek, kuih crepe, kuih muih, ais krim dan banyak lagi. Tapi kannnnn… Aku lupa ambik gambar menu-menu tu semua. Huhuhu…

Waktu petang tu kami dah start membakar daging untuk menu Daging Bakar Danok. Tempat bakar BBQ ni dah ada disediakan kat homestay ni. Cuma kena pergi beli arang sendiri jer…

Waktu orang sibuk membakar daging ni, aku acah-acah la kena masuk kolam untuk temankan si kecik tu. So, takyah la aku terlibat dengan aktiviti membakar ni. Hahahha… Sambil diorang membakar kat situ, aku melayan bebudak ni main dalam pool..

Selain makan-makan, kami jugak ada buat games. Idea main game ni anak-anak aku yang suggest sebab diorang tengok kat tiktok. Memang riuh rendah jugak la time main game ni. Korang boleh tengok video game tu semua kat TikTok @lancareno

Selain main game tu, ada jugak buat aktiviti buat gula-gula kapas atau cotton candy menggunakan mesin yang aku baru beli.. Rupanya kemain susah eh nak buat cotton candy tu jadi bulat macam kat kedai. Nampak macam senang jer.

Best jugak buat cotton candy ni. Bukan budak-budak jer berebut buat benda ni, bapak budak pun tumpang excited. Kitorang guna gula yang ada flavour. Sedapppp… Mesin cotton candy ni murah jer. Aku beli kat sini. Lepas ni boleh guna time sambut birthday pulak.

Kitorang stay homestay ni 2 hari 1 malam jer. Esok harinya, pagi-pagi aku keluar cari breakfast kat area homestay tu. Aku beli nasi lemak, kuih muih dengan roti canai. Semua sedapppp… terutama nasi lemak kuning. Best giler… Bebudak pulak, bangun jer tido dah nak terjun kolam. Pastu terus breakfast jer tepi kolam tu.

Memang happy sangat dapat berkumpul 1 keluarga macam ni. Walaupun bukan pergi tempat percutian pun, yang penting dapat spend time ramai-ramai. Mak abah aku ajak buat gathering macam ni selalu. Sewa homestay yang ada kolam pastu buat makan-makan macam ni lagi. Feel dia tak sama kalau buat makan-makan kat rumah.

Tak perlu pun pergi tempat bercuti bagai. Diorang pulak dah tak larat nak berjalan. Jadi bila aktiviti santai macam ni memang diorang sokong la. So, aku dah start survey untuk next gathering. Kalau ada tempat best yang sesuai korang tolong komen k.

Korang yang nak sewa Homestay Rumah Ayah ni, boleh contact direct owner En. Isa Hashim 019-364 8164

Loading

Filed Under: Family, Holiday, Personal, Review Tagged With: homestay ada kolam, homestay kedah, homestay pendang, homestay private pool, homestay rumah ayah

« Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat? »

Comments

  1. SR says

    January 11, 2023 at 11:45 am

    Eh bestnya! Terima kasih share, boleh riki2 nanti.

    Reply
  2. huda says

    January 11, 2023 at 11:52 am

    menarik juga homestay ni. boleh masuk dlm list family day

    Reply
  3. Nuar neo says

    June 9, 2023 at 12:07 am

    Boleh tolong buatkan page ni ada ‘dark mode’ atau ‘night mode’ .senang sikit nak baca,ni terang sangat,sakit mata bila baca.saya dahla rabun jauh. Minta tolong ye..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
  • Kalau malas cat sendiri, hadap jer kos upah tukang cat sekarang.
  • Iternary Ringkas Percutian ke Medan, Indonesia
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2025 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative