Macam mana tahu bakat anak dalam badminton? Anak memang minat badminton ke? Antara soalan yang selalu aku dapat bila orang nampak aku hantar anak-anak join latihan badminton dengan Libas Shuttler Badminton Academy (LSBA) setiap minggu.
Sebenarnya aku tak tunggu minat diorang datang. Aku tak tahu diorang ada bakat ke tak. Aku hantar diorang join training badminton sebab aku yang minat badminton. Hehehe…
Selain tu, ada banyak reason kenapa aku hantar anak-anak training badminton. Antaranya untuk bina ketahanan diri, disiplin dan nak dedahkan diorang dengan aktiviti yang mengeluarkan peluh. Biar tahan lasak dan sukakan aktiviti fizikal. Satu lagi nak diorang bergaul dan bersosial dalam suasana yang positif.

Aku nak share pasal Akiff dulu. Jujur cakap, Akiff tak dilahirkan dengan bakat dalam sukan badminton. Disebabkan tu, progress dia agak slow. Tapi sebab konsisten dalam latihan, dia dah boleh main cuma belum level yang sepatutnya. Kalau bakat memang dah ada dalam diri, mesti lagi padu dan cepat. Tapi bakat tu boleh dicungkil dan digilap kalau terus diberikan sokongan dan latihan yang berterusan.
Dari segi minat pulak, Akiff dah mula minat dalam sukan badminton. Dia dah start layan video youtube yang berkaitan badminton, dia dah start kenal player-player badminton seluruh dunia. Dulu tak nampak langsung dia ambik tahu pasal badminton. Aku bukak live badminton kat TV pun dia tak tumpang tengok. Sekarang kami sama-sama boleh layan live kat TV.

Azif pulak aku start hantar training masa dia darjah 1. Lambat sikit compare dengan Akiff sebab Akiff start join badminton akademi masa umur 6 tahun. Tapi dari segi progress diperingkat awal, aku nampak Azif lebih cepat.
Hari pertama dia join training, racket pun dia kata berat. Bayangkan nak pukul shuttle pun langsung tak kena. Tapi dalam masa sebulan, dia dah dapat pukul shuttle. Sekarang dia dah masuk bulan ke 4 dan progress dia nampak lebih baik.
Korang yang nak hantar anak join mana-mana akademi sukan, tak perlu tunggu minat atau bakat muncul. Hantar jer dulu, pantau sejauh mana progress dia. Kalau dia tak boleh pergi jauh dalam sukan tu, at least dia dapat apa yang aku bagi tau dalam perenggan 3 kat atas.
Bersukan ni bagus, baik untuk ketahanan fizikal, mental dan kesihatan.

Kalau korang mencari akademi sukan badminton sekitar KL, contact Libas Shuttler Badmiton Academy (LSBA). Bukan hanya ada training untuk budak jer, training untuk orang dewasa pun ada. Hubungi 013-4307848 untuk maklumat lanjut.
Kalau berbakat, bagus juga diketengahkan 🙂