Nak bercuti ke pantai, jauhhh… Nak bercuti ke Cameron Highland, jemmmmm melekat. Nak bercuti ke Genting Highland, mahal namati… Nak ke Legoland dah bosan sebab dah banyak kali.. Hahaha… terbelagak pulak… Sudahnya aku bawak jer anak-anak habiskan masa dalam mall masa cuti Chinese New Year baru ni… Tapi kali ni kami spend time seharian dalam playground indoor themepark NextGen di One Utama, Damansara.
Aku tahu pasal NextGen ni kat tiktok, nampak best dan menarik sebab game kat dalam tu lebih kepada aktiviti fizikal. Sesuai dari umur baby merangkak sampai level mak bapak, semua confirm akan enjoy masuk sini.
Ada banyak section dan level permainan kat sini, yang utamanya adalah Ninja Challenge. Yang ni sekeluarga pun boleh buat. Bila dah masuk dalam Ninja Challenge ni, takde laluan short cut untuk keluar. Memang kena habiskan laluan obstacle tu semua. Sangat interesting.

Obstacle yang ada kat situ level yang semua orang pun boleh buat dan menyeronokkan. Walaupun nampak benda tu kemain tinggi tapi dari segi safety aku puas hati. Diorang dah cuba sediakan persekitaran dan permainan yang selamat. Lagi pun staff diorang ade jer yang bertugas kat situ andai kata ada yang stuck tak boleh turun.


Ni antara beberapa obstacle yang ada. Takde la mencabar sangat kan tapi fun. Ada banyaaak lagi obstacle yang ada. Yang kena merangkak, memanjat, yang kena bergayut, yang kena turun kat jaring, semua ada. Yang susah-susah aku tak sempat nak ambik gambar sebab nak kena dukung si kecik atas ni.
Tapi untuk korang yang berbadan lebih 100kg, aku tak berapa syorkan sebab ada obstacle yang nak kena merangkak, panjat dan turun kat jaring tu macam susah jugak kalau badan berat..

Kat sini ada banyak tempat menunggu dan lepak untuk mak bapak. Cafe pun ada kat dalam tu tapi aku tak lepak pun situ sebab sebok teman si kecik yang tak reti dok diam. Cuba korang perhatikan gambar atas ni, ada super market kat situ… Situ kawasan sesuai untuk budak-budak umur 6 tahun ke bawah.
Apa yang best situ, korang tengok sendiri gambar bawah ni.




Menarik kann… Anak-anak boleh jadi chef, polis, bomba kat situ. Ada disediakan pakaian dan permainan yang bersesuaian. Kereta bomba pun ada kat situ. Balai polis ni ada kat tingkat atas, siap ada penjara kat situ kalau nak acah-acah kurung penjahat. Kat sini jugak ada basikal roda tiga untuk kayuh…

Level atas sekali ada playground yang ada bola-bola kecik dan juga slide… Si Afif ni kejap naik kejap turun, seronok betul dia…

Kat tepi tu ada slide panjang ni. Sesuai untuk budak-budak dan dewasa…

Ni ada 1 lagi permainan yang ada tapi hanya untuk yang berusia 12 tahun ke atas… So, anak-anak aku tak dapat la nak memanjat dinding ni. Mulanya aku nak try tapi macam malas pulak.. Hehehe..

Kat sudut lain pulak ada area trampoline ni. Lompat lah sepuasnya… Dah lama bebudak ni teringin pergi Jump Street, so kat sini dapat la merasa.


Sebelah trampoline ni ada tempat main giant bubble ni… Nak masuk sini ada limit, die tak benarkan masuk ramai-ramai.. Setiap sesi 15 minit kalau tak silap aku.. So, kena beratur untuk masuk sini..
Kalau korang ada baby yang bawah 2 tahun, jangan risau sebab sini pun ada tempat untuk diorang. Bawah ni port untuk diorang. Merangkak lah puas-puas kat situ. Biar diorang memanjat dan bergolek kat situ… Slide comel pun ada untuk diorang…

Dari segi kebersihan, setiap beberapa jam aku nampak ada staff diorang yang akan tutup kejap section permainan untuk diorang sanitize. Walaupun aku tak rasa sanitize tu proper tapi ada la usaha untuk pastikan persekitaran yang sihat.
Selain aktiviti fizikal, bebudak boleh rilex kejap dengan main Play Station… Untuk main benda ni, kena booking time slot. Setiap slot dia bagi 1 jam. Ada beberapa pilihan game yang ada.

Sementara tunggu slot masa yang di booking, boleh la anak-anak buat aktiviti lain dulu. Untuk mak bapak pulak, ada bilik karaoke untuk melalak kat situ.

Bilik ni pun sama jugak, kena booking slot… Setiap slot hanya 1 jam… Nak 2 jam ko booking la 2 nama laki bini… Tapi aku ritu booking masa lain-lain… Bukan bersambung terus 2 jam. Sound system dengan pilihan lagu yang ada pun agak menarik. Boleh layannn…
Tips yang aku nak share dengan korang, masuk jer dalam NextGen ni, terus pergi booking time untuk slot karaoke dengan play station tu dulu. Lepas tu baru buat aktiviti lain, bila dah sampai masa boleh terus pergi kat karaoke atau play station room tu.

Kat sini korang boleh keluar masuk tanpa had asalkan jangan bukak tag kat tangan tu. So, kitorang keluar time makan dengan solat jer. Surau takde kat dalam NextGen… Korang kena keluar pergi surau yang kat dalam mall..
Okeh bab harga pulak.. Mesti ramai yang nak tahu berapa harga tiket masuk NextGen. Korang boleh refer gambar bawah ni.

Kalau weekdays lagi murah berbanding weekend dan public holiday. Harga tiket ni tak termasuk stoking. Semua wajib pakai stoking. Bukan stoking yang biasa tau tapi jenis yang ada getah kat tapak. Nak jimat korang bawak sendiri sebab kat situ mahal. Stoking boleh beli kat Shopee murah dan berkualiti.
Berbaloi ke tak masuk sini? Yess… Bagi aku berbaloi sebab indoor theme park ni lain dari yang lain. Bukan jenis yang naik ride macam kat times square tu sebab aku suka anak-anak aku aktif dengan aktiviti fizikal macam ni.

Kitorang masuk NextGen pukul 12.30 tengah hari dan balik pukul 9.30 malam. Giler puas hati betul anak-anak melasak dalam tu.. Kalau nak layan video kami kat dalam NextGen ni, boleh tengok kat TikTok aku bawah ni.
https://vt.tiktok.com/ZS8P8eh8L/
https://vt.tiktok.com/ZS8P8Luxg/
Leave a Reply