Nak masuk sesi persekolahan 2023 yang baru ni, aku dah tak perlu lagi nak survey kat mana nak beli kasut sekolah, baju sekolah, peralatan sekolah dan semua keperluan sekolah sebabnya pilihan aku dah beberapa tahun ni kat tempat yang sama jer iaitu kat Pusat Pakaian Hari Hari sebab diorang ada buat promosi Kembali Ke Sekolah setiap tahun.
Dulu survey banyak tempat sebab belum ada pengalaman lagi. Kasut beli kedai lain, bag sekolah kedai lain, baju kedai lain. Konon nak cari yang paling berbaloi. Walhal dulu excited nak shopping keperluan sekolah, yer la anak masih kecik kan.. Sekarang bila anak dah besar, malas dah nak survey macam dulu. Cari jer kedai yang ada kelengkapan sekolah 1 stop centre macam Pusat Pakaian Hari Hari. Pastu sekali shopping bagi settle semua terus.

Kali ni aku pergi Pusat Pakaian Hari Hari kat Taman Kajang Mewah. 15 minit jer dari rumah aku. Situ parking senang dan tak sesak. Orang pun tak ramai, boleh membeli dan test baju dengan tenang dan selesa.

Ada orang prefer beli online jer sebab malas nak serabut. Aku setuju jugak tapi untuk belian yang melibatkan saiz, aku lagi suka beli kat kedai untuk test saiz. Tak nak jadi macam sebelum ni, beli seluar tapi saiz tak ngam. Nak tukar saiz leceh pulak. Kalau beli kat kedai, boleh terus sarung bagi puas hati.
Kalau salah saiz jugak, korang boleh tukar baju sekolah hari hari dalam masa 7 hari tapi make sure tag harga jangan cabut dan resit masih ada.


Tapi kalau dah try sarung, tak kan boleh salah saiz lagi kann… Gambar atas ni aku mintak Azif try baju melayu KAFA up 2 saiz dari baju sedia ada. Rupanya terlebih besar, nak up 1 saiz macam ngam ngam sangat, nanti tak boleh pakai lama. Kalau korang apa pilihan korang?

Selain baju, kasut sekolah pun ada banyak pilihan kat sini. Tahun ni Akiff dah masuk darjah 6, kasut sekolah pun nak jenis yang bertali. Konon nampak deweasa la tu pakai yang jenis bertali. Nasib baik ada kasut yang dia nak kat sini.

Tapi kasut kedua aku suruh ambik kasut jenis sarung. Diorang memang kena standby kasut sekolah 2 pasang sebab kalau musim hujan, balik sekolah tu kasut mesti basah. Tak sempat kalau nak tunggu kering untuk pakai esoknya, memang kena ada kasut backup.

Azif punya kasut agak complicated sikit untuk pilih. Banyak sangat kriteria yang dia nak. Nak chek tapak licin tak, keras ke tak, selesa ke tak, saiz tak boleh besar sikit pun.. Kena betul-betul ngam… Hadoiii… Anak no 2 memang macam tu kann… Cerewet kemain lagi. Mujur ada jugak kasut yang dia pilih.

Selain pakaian sekolah, alat tulis dengan pencil box semua aku beli kat sini. Mulanya nak beli kat shopee jer tapi bila tengok harga, rasa macam baik beli terus pun ok sebab harga murah jer. Nanti kos masuk shipping bagai, jadi mahal balik.

Sejam lebih kitorang kat Pusat Pakaian Hari Hari, settle semua keperluan sekolah untuk budak dua orang ni dari pakaian sekolah kebangsaan dan KAFA, kasut, stoking, singlet, seluar dalam dan alat tulis. Dah tak payah nak fikir lagi dah. Tinggal nak beli buku sekolah jer lagi.

Aku memang rekemen beli baju kat Pusat Pakaian Hari Hari sebab kualiti baju yang dijual memang memuaskan. Baju yang sebelum ni beli tak lusuh pun lagi tapi sebab saiz dah mengecik, terpaksa juga beli yang baru. Lagi pun baju baru tiap tahun ni adalah sesuatu yang perlu bagi aku supaya budak-budak boleh bawa semangat baru bila bukak sekolah nanti.
Korang yang belum beli apa-apa lagi, boleh la pergi beli sementara promosi keperluan sekolah masih ada lagi, cepat pergi Pusat Pakaian Hari Hari yang terdekat dengan korang. Boleh chek cawangan terdekat dengan klik www.hari.com.my/locator atau kalau korang nak beli online, chek link kat bawah.
Hari-Hari Online Store: http://ehari.com.my
Hari-Hari Shopee: http://shopee.com.my/harihari_
Hari-Hari Lazada: https://lazada.com.my/shop/hari-hari
Leave a Reply