Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Pusat Sains Negara, tempat bercuti yang murah di KL

September 30, 2023 by Admin Leave a Comment

Spread the love

Ni kali kedua aku bawak anak-anak aku berkunjung ke Pusat Sains Negara yang terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Kali pertama masa anak sulung masih lagi kecik dan tempat ni pun belum dinaiktaraf. Sekarang, lepas dah dibuka semula memang banyak sangat aktiviti menarik kat situ.

Aku boleh katakan yang Pusat Sains Negara adalah tempat wajib yang perlu dilawati di KL kerana korang tak perlu berbelanja banyak di sini untuk tiket masuk dan segala aktiviti yang ada. Harga tiket masuk ke Pusat Sains Negara boleh refer gambar di bawah.

Puas hati sangat masuk Pusat Sains kali ni compare yang dulu. Kali ni banyak aktiviti menarik dan dibahagikan kepada beberapa seksyen. Walaupun ramai orang, takde la rasa bersesak sebab tempatnya luas. Kecuali kat terowong akuarium tu jer sesak sikit sebab semua orang tertumpu kat situ masa mula nak masuk.

Kat bahagian tengah Pusat Sains ni ada pentas yang mana kat situ diorang selalu buat event atau show. Masa aku pergi hari tu ada diorang buat live experiment apa ntah. Anak-anak aku tak nak menunggu depan stage tu, diorang sebok dengan banyak lagi tarikan lain.

Ada beberapa ruangan berasingan kat dalam ni. Semuanya menarik. Bukan anak-anak jer teruja buat experimen, mak ayah pun tumpang sekali.

Kat dalam Pusat Sains Negara ni, korang wajib masuk ke ruangan Obskura XR. Tapi untuk masuk ke sini, korang kena beli tiket berasingan sebab ianya tak termasuk dalam harga tiket Pusat Sains Negara. Lepas tu, aku ada terbaca di facebook Pusat Sains Negara, diorang kata tiket untuk Obskura XR ni limit kepada bilangan tertentu setiap hari.

Bagi aku Obskura XR ni memang wajib masuk sebab dalam tu sangat cantik dengan lampu. Memang puas hati sangat, lagi pun tiket masuk takde la mahal pun. Aku yakin, anak-anak akan lebih teruja bila masuk Obskura XR ni.

Masa aku pergi ke sana hari tu, aku habiskan masa lebih kurang 4 jam kat dalam Pusat Sains Negara termasuk Obskura XR tu. Lepas dah keluar tu jangan terus balik pulak sebab kat bahagian luar masih banyak benda menarik lain yang ada termasuk waterpark dan taman rama-rama.

Semua aktiviti kat luar adalah percuma termasuk mandi manda di Waterpark. So, better standby baju mandi untuk anak-anak korang main air kat sini.

Cuma Taman Rama-rama jer la yang agak membosankan sebab tak banyak rama-rama masa aku masuk hari tu. Sama ada rama-rama tu bersembunyi atau waktu kami pergi tu waktu tidur die. Dah macam cari benda tersembunyi pulak nak tengok rama-rama… Hahaha

Loading

Filed Under: Family, Info, Personal, Travel

« Masuk usia 40an dah kena pakai cermin mata, tanda-tanda rabun dekat makin ketara.
LSC Sport – Kedai sukan badminton di Cheras »

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
  • Kalau malas cat sendiri, hadap jer kos upah tukang cat sekarang.
  • Iternary Ringkas Percutian ke Medan, Indonesia
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2025 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative