Bercuti ke Medan, Indonesia. Bila bercakap tentang bercuti keluar negara, banyak faktor yang perlu diambil kira sebelum menentukan tempat percutian yang nak dituju. Antara faktor yang selalu difikirkan adalah tarikan destinasi tersebut, nilai matawang, budaya, bahasa, makanan halal dan banyak faktor lagi.
Antara tempat percutian pilihan yang sesuai untuk seisi keluarga yang aku nak cadangkan kali ini adalah Medan, Indonesia. Ini adalah 5 sebab kenapa korang perli bercuti ke Medan, Indonesia.
1. Tiket Penerbangan Murah
Kalau korang belum pernah survey tiket penerbangan ke Medan, sila pergi semak sekarang. Korang boleh dapat harga tiket serendah RM200 untuk pergi dan balik
Banyak syarikat penerbangan yang menawarkan harga tambang yang murah. Korang tak perlu pun beli tiket awal setahun untuk dapatkan harga yang murah.
Penerbangan ke Medan hanya mengambil masa kurang 1 jam. Mungkin ini juga antara faktor kenapa harga tiket penerbangan ke Medan adalah murah.
2. Nilai Matawang Rendah
Tukaran matawang Ringgit Malaysia lebih tinggi berbanding Indonesia Rupiah. Kalau dulu, Thailand adalah destinasi pilihan utama rakyat Malaysia kerana nilai bath adalah lebih rendah tapi sekarang tidak lagi. Jadi, Indonesia adalah pilihan yang lebih bijak untuk kita bercuti.
3. Keenakan Makanan Halal
Indonesia adalah negara yang memiliki populasi penduduk Islam terbesar di dunia. Jadi tak susah untuk kita dapatkan makanan Halal terutamanya di Medan. Selera tekak kita sebagai rakyat Malaysia juga tak jauh berbeza dengan selera masakan Indonesia.
Kalau korang jenis suka food hunting, Medan juga antara tempat yang sesuai. Kepelbagaian menu serta cafe unik dengan pemandangan indah adalah antara trademark di Medan.
4. Keindahan Alam Yang Memukau
Sebenarnya, ini merupakan tarikan utama kenapa korang perlu memilih Medan sebagai destinasi percutian pilihan keluarga. Terlalu banyak tempat yang boleh dikunjungi antaranya Lake Toba, Air Terjun Sipiso Piso, Air Terjun Sibolangit Dua Warna, Tasik Hijau Danau Linting, Lau Sidebuk, Tanah Tinggi Berastagi, Gunung Sibayak & Gunung Sinabung serta banyak lagi lokasi menarik.
5. Pakej Percutian Yang Murah Dan Berbaloi
Untuk bercuti ke Medan, korang boleh ambil pakej percutian yang disediakan. Ianya lebih memudahkan terutama untuk korang yang bercadang bercuti bersama keluarga dan anak-anak. Menggunakan servis travel agent dari Medan adalah pilihan yang lebih bijak kerana harga pakej yang ditawarkan adalah murah dan berbaloi. Tak perlu pun tunggu ada Matta fair baru nak dapatkan pakej murah, boleh hubungi terus travel agent di Medan.
Jom aku kongsikan iternary percutian ke Medan yang disediakan oleh Figo Tour & Travel
Pakej Percutian Ke Medan (4 Hari, 3 Malam)
Hari Pertama
✔ Tiba di Airport Medan Kuala Namo.
✔ Terus pergi ke Lake Toba (Tasik Danau Toba).
✔ Berhenti untuk makan tengahari di restoran.
✔ Singgah di Kedai Paten (Kedai menjual Kacang Tumbuk makanan khas Siantar)
✔ Chek in Hotel
✔ Menikmati keindahan Lake Toba. Pelbagai aktiviti lain juga boleh dilakukan disini.
✔ Makan malam di hotel / restoran
Hari Kedua
✔ Sarapan pagi di Hotel
✔ Menaiki feri ke Pulau Samosir.
✔ Singgah di Perkampungan Tomok. Melihat kehidupan kaum Batak Toba.
✔ Shopping, melawat Si Gale-Gale dan Makam Sidabutar.
✔ Singgah untuk makan tengahari.
✔ Menuju Berastagi.
✔ Singah di Simarjarunjung (Bukit tertinggi di pinggir Lake Toba yang sangat sejuk) untuk melihat permandangan indah Lake Toba dari sini. Sambil menikmati Teh Halia dan Pisang Goreng enak yang menjadi sebutan ramai.
✔ Bermain besikal awan, vespa awan, buayan awan, flying fox dan lain-lain.
✔ Singgah Air Terjun Si Piso-Piso.
✔ Singgah Kebun Limau untuk memetik Buah Limau segar.
✔ Check in Hotel di Berastagi yang sangat sejuk.
✔ Makan malam di hotel/ restoran.
Hari Ketiga
✔ Sarapan Pagi di hotel
✔ Ke Pasar Buah Segar di Berastagi. Juga terdapat banyak kedai yang menjual cenderahati/souvenir, menjual jagung rebus dan bakar yang segar serta melihat kereta kuda.
✔ Tiba di Bukit Gundaling untuk menikmati permandangan Gunung Sibayak yang menghijau dan Gunung Sinabung (Gunung Merapi yang masih lagi aktif).
✔ Ke Ladang Strawberi
✔ Terus ke Bandar Medan.
✔ Makan tengahari di restoran.
✔ Pergi ke Gedung yang khusus menjual Kain Batik dan Kain Telekung.
✔ Check in hotel di Bandar Medan.
✔ Makan malam di restoran.
✔ Pergi ke Merdeka Walk, pasar malam yang terbesar di medan.
Hari Keempat
✔ Sarapan pagi
✔ Melawat Masjid Raya, Muzium Negeri Medan, Istana Maimoon.
✔ Shopping di Pajak Ikan.
✔ Transfer ke Kuala Namo International Airport.
(Pakej adalah termasuk transportation, penginapan, sarapan, lunch dan makan malam.)
Kalau korang nak dapatkan pakej percutian murah ke Medan, boleh hubungi detail di bawah :
Figo Tour and Travel :
+6282168256952
+6287777465814
- Kredit gambar to Uzu’s Journal
[…] musim perayaan dan itu reason kenapa rate kat sana melambung. Takpe, kalau Batam mahal, kita boleh bercuti ke Medan, Indonesia sebab kos bercuti ke Medan masih […]