Tajuk ni bukan click bite tau, memang aku serius nak ingatkan korang jangan pergi bercuti ke Batam, Indonesia masa musim perayaan. Ni dari pengalaman aku sendiri yang bercuti ke sana pada hujung tahun lepas masa sambutan perayaan Krismas dan Tahun Baru 2024.
Batam kini makin dikenali sebagai destinasi pelancongan pilihan rakyat Malaysia. Semakin banyak tempat yang telah dibangunan untuk merancakkan aktiviti pelancongan di sana.
Antara tempat popular di Batam yang sering menjadi tumpuan pengunjung adalah :
- Jambatan Barelang
- Muzium Raja Ali Hadi
- Eco Edu Park Panbil Nature Reserve
- Masjid Agung Batam
- Perkampungan Vietnam
- Tebing Langit
- Lembah Pelangi
- Kelong Citra Utama
- Golden City, Miniatur House
- Pantai Terih
- Pantai Dangas
- Pantai Habibi Tangga 1000
- Nivasa Bay
Macam pengalaman aku sendiri ke Batam hari tu, ikutkan iternary asal memang banyak tempat yang akan dikunjungi tapi disebabkan faktor cuaca yang hujan sepanjang hari, jadinya banyak perancangan tak dapat dibuat.
Tapi sempat jugak kitorang naik boat melintasi Jambatan Barelang yang popular ni. Aku dah tak ingat berapa harga untuk naik boat ni, tapi masa kitorang naik ni memang takde orang lain. Dah macam private tour jer menyusuri laut yang tenang. Untuk naik boat ni, korang kena pergi ke Restoran Kopak Seafood, alang-alang tu boleh terus makan seafood kat situ.
Restoran Kopak Seafood ni menyediakan masakan laut yang dimasak panas dan paling utama diorang punya seafood fresh giler. Ikan, udang, ketam atau apa sahaja hidupan laut yang akan dimasak boleh dipilih terus dari kolam terapung yang dibuat. Harga makanan kat sini juga sangat berpatutan. Very recommended!!
Selain seafood yang murah, korang wajib cuba juga makanan padang kat sini. Sumpah sedap giler. Disebabkan cuaca yang tidak menyebelahi kami, tak banyak aktiviti yang kami dapat buat kat sana melainkan aktiviti di Belalang Adventure Park.
Kat sini kami dapat main go-kart, naik atv, memanah, paint ball dan sniper. Harga untuk setiap aktiviti juga masih berpatutan. Cuma aku masih rasa ralat sebab planning untuk buat aktiviti pantai di pulau popular di Batam tak dapat dibuat.
Tapi itu la, nak pergi lagi ke Batam masa musim perayaan memang aku dah serik. Kenapa aku pesan jangan bercuti ke Batam masa musim perayaan sebab harga hotel akan jadi mahal berganda dari biasa. Contohnya macam hotel yang kami bermalam di Hotel Harris Waterfront. Ikutkan normal rate sekitar RM200/night tapi disebabkan musim perayaan, harga hotel almost RM600/night.
Malam ke-2 dan ke-3 kami menginap di Hotel Planet Holiday juga dengan rate overprice melebihi RM400 dari harga asal. Sangat tak berbaloi untuk bayar hotel semahal ini dengan kualiti yang ada.
Tapi korang jangan salah faham tau, aku tak maksudkan hotel kat sana tak ok. Alhamdulillah hotel yang kami stay sangat selesa dan bersih dengan kemudahan yang sepadan dengan harga asal. Cuma kalau ada pilihan, elakkan ke sana masa musim perayaan untuk elakkan rate hotel overprice.
Aku difahamkan, ramai rakyat Singapore akan ke Batam, Indonesia musim perayaan dan itu reason kenapa rate kat sana melambung. Takpe, kalau Batam mahal, kita boleh bercuti ke Medan, Indonesia sebab kos bercuti ke Medan masih rendah.
Amie says
Memang berangan hendak ke Batam.
Baiklah. Tak mahu pergi waktu perayaan. Memang tak berbaloi.