Start hujung tahun lepas, aku selalu sangat sakit kepala. Rasa berdenyut macam migrain tu. Wife cakap mungkin sebab mata aku makin rabun, tak sama power dengan cermin mata yang aku pakai tu. Hurmm… Mungkin jugak sebab dah 2 tahun tak tukar cermin mata. Tahun lepas ada datang sini tapi buat cermin mata untuk wife.
So tahun ni aku decide nak tukar cermin mata baru dan nak cari cermin mata jenis ada klip cermin mata hitam. Kiranya 2 in 1 terus. So, kemana lagi kalau bukan ke Sungei Wang. Rasanya ramai yang tahu Sungei Wang memang terkenal dengan kedai cermin mata murah.
Kalau nak cari kedai cermin mata viral kat Sungei Wang tu, korang tengok jer kedai yang ramai orang. Sampai sekarang sentiasa ramai orang. Nak lagi yakin, cari kedai nama Eye Pro Vision.
Kali ni aku tak ambik masa yang lama untuk cuba bingkai cermin mata yang ada kat kedai tu sebab aku dah ada design yang aku nak. Aku bagi tau staff kedai tu nak cari frame yang sama bentuk dengan frame aku pakai sekarang dan nak yang ada klip magnet cermin gelap.
Kejap jer lepas tu staff ada tunjuk beberapa option kat aku dan akhirnya aku pilih spek yang bawah ni.
Prosesnya tak lama, lepas aku dah pilih bingkai yang aku nak. Kena tunggu kejap dalam 10 minit sebelum masuk ruang untuk test power mata. Lepas tu dia kata datang collect cermin mata dalam masa satu jam.
Long story short, lepas 1 jam aku pergi collect cermin mata aku. Puas hati sangat dengan cermin mata kali ni. Aku dapat macam apa yang aku nak. Cermin mata jenis klip 2 in 1 harganya RM210 termasuk kanta mata jenis Alpha Blue 420. Kalau frame jenis tiada klip, harganya hanya RM135 untuk cermin jenis yang sama.
Tahu ke apa tu cermin Alpha Blue 420? Secara umumnya, kanta jenis ni berfungsi untuk mencegah silau mata serta menghalang sinaran uv dari tembus ke anak mata.
Mata kita sekarang banyak terdedah dengan pancaran sinar uv dari screen phone, so dengan kanta mata jenis Alpha Blue 420 ni, kesan terhadap sinaran uv dapat ditapis. Korang kena tahu bahawa kesan sinaran uv berlebihan terhadap mata boleh menyebabkan katarak yang merosakkan selaput kornea mata malah lebih teruk lagi boleh menjadi punca kepada cancer mata. So, kalau nak buat cermin mata pastikan cermin mata korang mempunyai fungsi ini.
Kadang korang jumpa kedai cermin mata yang offer harga sangat rendah tapi percaya lah bahawa kebanyakan offer tu hanya untuk cermin mata biasa sahaja. Nak tambah function Alpha Blue 420 ni, harga akan jadi lebih mahal. So, kat sini harga untuk kanta jenis ni adalah yang terrrrpaling murah.
Eye Pro Vision
Lot G1111
Ground Floor
Sungei Wang Plaza
Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
Tel : 016-3771304
Leave a Reply