Korang dah baca belum cerita percutian aku sekeluarga ke Medan, Indonesia. Kalau belum baca pergi lah baca dulu. Klik jer link yang aku share kat bawah ni. Tapi kalau nak cari iternary ringkas percutian ke Medan, sila baca article ni sehingga habis.
Article 1 – Percutian ke Medan, Indonesia
Article 2 – Seharian menjelajah sekitar Lake Toba
Article 3 – Aktiviti menarik sebelum kembali ke Kota Medan.

Harapnya iternary ringkas ni dapat membantu korang buat perancangan yang lebih baik.
Iternary Ringkas Percutian Ke Medan, Indonesia (4 Hari, 3 Malam)
Hari Pertama
✔Tiba di Airport Medan Kuala Namo lalu terus pergi ke Lake Toba (Tasik danau Toba)
✔Berhenti untuk makan tengahari di restoran.
✔Dalam perjalanan dari Medan ke Lake Toba berhenti di Kedai Paten (Kedai menjual Kacang Tumbuk makanan khas Siantar.
✔Chek-in Hotel Patra Jasa. Terdapat aktiviti di tepi tasik seperti memancing, main jet ski, naik banana boat dan menikmati keindahan Lake Toba di waktu senja. (Bayaran aktiviti tidak termasuk dalam pakej)
✔Makan malam di hotel atau restoran.
✔Pulang ke hotel untuk berehat. Tour hari pertama berakhir.
Hari Kedua
✔Sarapan pagi di Hotel
✔Menaiki feri menyeberang ke Pulau Samosir. Singgah di Perkampungan Tomok. Melihat kehidupan kaum Batak Toba, shopping, melawat Si Gale-Gale dan Makam Sidabutar.
✔Singgah untuk makan tengahari.
✔Menuju Berastagi.
✔Singgah di Simarjarunjung iaitu Bukit tertinggi di pinggir Lake Toba yang sangat sejuk untuk melihat permandangan indah Lake Toba dari sini sambil menikmati Teh Halia dan Pisang Goreng enak yang menjadi kesukaan ramai. Pelbagai aktiviti boleh dibuat disini antaranya menaiki basikal & vespa awan, buayan awan, flying fox dll (Bayaran aktiviti tidak termasuk dalam pakej)
✔Melawat Air Terjun Si Piso-Piso. Lake Toba masih kelihatan dari sini dan permandangannya amat cantik.
✔Singgah di Kebun Limau untuk memetik Buah Limau segar.
✔Check in Hotel Green Garden (Menginap di Berastagi yang sangat sejuk).
✔Makan malam
✔Balik ke hotel dan berehat. Tour hari kedua berakhir.
Hari Ketiga
✔Sarapan Pagi di hotel
✔Singgah Pasar Buah Segar di Berastagi. Juga terdapat banyak kedai yang menjual cenderahati/souvenir, menjual jagung rebus dan bakar yang segar serta menaiki kereta kuda. (Bayaran aktiviti tidak termasuk dalam pakej)
✔Tiba di Bukit Gundaling untuk menikmati permandangan Gunung Sibayak yang menghijau dan Gunung Sinabung (Gunung Berapi yang masih aktif).
✔Berhenti di Ladang Strawberi untuk memetik strawberi.
✔Terus ke Bandar Medan.
✔Makan tengahari.
✔Pergi ke Gedung yang khusus menjual Kain Batik dan Kain Telekung.
✔Check in Hotel Madani Medan.
✔Makan malam
✔Pergi ke Merdeka Walk / Amaliun food cort, live band, pasar malam yang terbesar di Medan, Shoping, Funfair
✔Pulang ke hotel dan berehat, tour hari ketiga berakhir.
Hari Keempat
✔Sarapan pagi di hotel
✔Melawat Masjid Raya, Muzium Negeri Medan yang terdapat sejarah medan, lake toba, berastagi, 5batak serta senjata pakaian patung dan rumah adat 5batak
✔Melawat Istana Maimoon
✔Shopping di Pajak Ikan.
✔Transfer ke Kuala Namo International Airport
Pakej Include
✔Kenderaan yang selesa
✔Hotel 3 atau 4 bintang.
✔Makan pagi, tengah hari dan malam
✔Tiket masuk sebarang tempat percutian termasuk tiket feri
✔Bayaran tol dan parking

Harga pakej bergantung kepada bilangan yang turut serta dalam setiap trip. Lagi ramai yang turut serta, lagi murah harga pakej yang disediakan. Korang boleh bincang dan adjust balik iternary ringkas percutian ke Medan yang aku kongsikan ni mengikut kehendak korang. Contact travel agent di bawah untuk maklumat lanjut.
Figo Tour & Travel
Instragram : Figo Tour & Travel
TikTok : @figotourandtravelmedan
WhatsApp : +6282168256952 / +6287777465814
Korang tahu tak kenapa Medan jadi pilihan rakyat Malaysia untuk bercuti. Baca sini kalau nak tahu.
Leave a Reply