Ini adalah sambungan dari cerita pengalaman percutian ke Medan Indonesia yang aku tulis sebelum ni. Kalau korang belum baca Part 1, sila baca dulu sebab entry ni aku akan ceritakan tempat menarik sekitar Lake Toba yang kami pergi.
Percutian ke Medan – Day 3
Lepas selesai sarapan pagi di hotel, kami terus check-out dah menuju ke Bukit Gundaling untuk melihat pemandangan gunung berapi.
1. Bukit Gundaling
Kat sini korang boleh nampak pemandangan puncak Gunung Sibayak iaitu gunung berapi yang masih aktif.. Tapi bergantung kepada nasib jugak sebab kalau berkabus atau awan tebal, view korang akan terlindung macam view yang kami tengok ni.
Alahai… Awan tebal ni boleh pulak lepak kat puncak gunung berapi tu. Tapi masa perjalanan turun, awan dah beransur hilang dan dapat jugak kami tengok view puncak gunung berapi ni. Memang ada asap yang keluar dari atas puncak cuma aku tak sempat nak ambik gambar.
Kat sini kena pandai ambik gambar supaya view yang nak ditunjukkan tu jelas. Tak macam gambar kami atas ni, takde view pun. Huhuhu… Tapi takpe la, terima kasih pak supir sebab tolong ambikkan gambar. Lagi pun dengan anak-anak yang sorang ke kiri, sorang ke kanan, sorang melompat, memang susah nak dapatkan gambar yang cantik. Ambik sekadar ada jer la…
Tips 5 – Kalau korang tak mahir untuk dapatkan gambar yang cantik. Jangan kedekut untuk gunakan servis photographer local yang ada kat sana untuk dapatkan gambar yang cantik. Bayaran yang dikenakan takde la mahal berbanding hasil yang korang akan dapat.
Selain bergambar, kat sini jugak ada kereta kuda untuk bersiar-siar sambil menikmati pemandangan.
2. Kebun Limau
Lokasi kami seterusnya adalah kebun limau atau kat sana dipanggil kebun jeruk. Kebun limau ni adalah persinggahan tepi jalan jer sebab sepanjang perjalanan ke Air Terjun Sipiso Piso akan lalu banyak kawasan kebun limau. Jadi boleh singgah untuk beli buah limau atau kalau nak petik sendiri pun boleh.
Kalau kat Malaysia, buat limau banyak masa musim raya cina jer tapi kat sini sentiasa ada. Rasa manis limau kat sini tak sama dengan limau mandarin yang selalu kita makan. Yang sini lagi sedap dan fresh. Lagi best bila dibuat air. Kalau datang Indonesia tolong lah order air jeruk tiap kali korang makan kat restoran atau kedai makan. Sumpah sedap!
3. Air Terjun Sipiso Piso
Ini adalah wisata wajib yang kena pergi kalau ke Medan. Air Terjun Sipiso Piso adalah air terjun ke-6 tertinggi di Indonesia dengan terjunan air setinggi 120m. Sebelum sampai di Medan, aku memang berhajat untuk turun sehingga ke dasar air terjun.
Korang tengok lah sendiri view kat gambar atas ni. Adoiii… Macam berbaloi untuk turun tapiiii.. Bila fikirkan kena menapak 1,200 anak tangga untuk sampai ke dasar air terjun tu. Hurrmmm… Bab turun ok lagi sebab katanya hanya perlukan 30 minit untuk sampai. Tapi bila nak memanjat naik anak tangga tu, makan masa sehingga 1 jam. Sampai atas boleh rasa macam lutut tercabut. Hahaha..
Kalau pergi dengan kawan-kawan seusia mungkin aku turun ke dasar, tapi bila dengan family dan anak-anak terpaksa lupakan hasrat. So, bergambar jer lah kami dari pandangan atas.
Tips 6 – Bawa extra pakaian kalau nak turun ke dasar Air Terjun Sipiso Piso sebab percikan air terjun akan buatkan baju dan seluar korang basah teruk.
Selain view air terjun ni, kat sini jugak korang boleh nampak view Lake Toba yang cantik.
4. Rumah Makan Muslim Suroboyo
Sebelum ke lokasi seterusnya, kami singgah untuk makan tengah hari di Rumah Makan Muslim Suroboyo yang terkenal dengan pemandangan Lake Toba dan Air Terjun Sipiso Piso. Tengok lah gambar ni, sampai hari ni aku masih teringat view dari restoran ni.
Kalau diperhatikan betul-betul gambar atas ni, korang akan nampak kat hujung sana ada Air Terjun Sipiso Piso. Walaupun nampak macam panas terik tapi sebenarnya suhu kat sini sejuk jer sebab kawasan tanah tinggi.
Kat sini kami dihidangkan dengan masakan tempatan. Ada ikan bakar dengan air asam, ayam goreng dan terung sambal dan paling best adalah lobster masak apa ntah. Nama jer lobster tapi saiz mini sebab ni lobster dari Tasik Danau Toba, bukan lobster laut.
5. Bukit Simarjarunjung
Selesai makan tengah hari, kami bertolak ke Bukit Simarjarunjung iaitu tempat yang paling banyak aktiviti yang boleh dibuat dengan spot pemandangan yang menarik.
Benda pertama yang anak-anak paling teruja nak buat adalah naik basikal dan vesta tergantung ni. Ni pengalaman pertama diorang naik benda tinggi macam ni. Aku pun pelik macam mana diorang ni kemain confidence. Sikit pun takde rasa gayat.
Sebab tengok anak-anak naik macam best jer, aku pun try la jugak.. Allahu, mengigil kaki. Sampai kat tengah dah tak boleh kayuh lagi dah. Kena mintak bantuan untuk patah balik. Hahaha… Ada video kat youtube aku kalau korang nak tengok.
Selain naik mendalah ni, ada banyak replika yang dibina untuk bergambar dengan view Lake Toba. Tapi dalam gambar-gambar aku takde view sebab cuaca masa ni tengah berkabus.
Kitorang tak sempat pun bergambar banyak-banyak kat sini sebab hujan turun dengan lebatnya. Yang mana sempat jer la. Ada buainya, ada pelantar atas pokok, ada sarang burung, ada replika jalan raya menuju ke langit, macam-macam lagi…
Mujur sempat jugak bergambar kat platform kaca ni. Nak masuk kat platform kaca ni kena bayar tau, aku dah tak ingat berapa. Naik basikal dan vespa tu pun kena bayar. Tapi bergambar dengan replika tak perlu bayar apa-apa.
Lama jugak kami singgah kat sini sementara tunggu hujan berhenti. So, melepak jer la kat dalam rumah makan sambil pekena pisang goreng dan coffee.
6. Ladang Teh Sidamanik
Selepas hujan reda, kami bertolak ke wisata terakhir untuk hari ketiga iaitu Ladang Teh Sidamanik. Tak jauh dengan Simarjarunjung, ladang teh ni terletak tepi jalan jer. Park kereta tepi jalan, dah boleh cari spot untuk bergambar.
Bagi aku view ladang teh kat Cameron Highland lagi cantik sebab kat kawasan lereng bukit nak dibandingkan yang kat sini macam mendatar jer walaupun sebenarnya sini memang kawasan tinggi. Kalau nak skip tempat ni aku rasa ok jer tapi kalau dah alang-alang lalu kawasan ni, singgah jer la sebab tepi jalan jer pun.
Kalau korang nak pergi mandi sungai kat Bahdamanik boleh la singgah sini sebab akan lalu kawasan ni. Nanti aku akan ceritakan pasal Bah Damanik dalam next entry sebab aku ke situ hari berikutnya.
So, settle bergambar kat ladang teh ni, kami bertolak ke tempat penginapan kami yang seterusnya iaitu di Hotel Patra Jasa Parapat yang terletak di pinggir Tasik Danau Toba. Harga bilik kat sini sekitar RM250/night termasuk sarapan pagi.
Bilik ok, luas dan bersih. Kawasan agak luas dan paling best sebab betul-betul tepi Lake Toba. Kitorang sampai hotel ni dah malam, so takde masa nak layan view. Esoknya masa breakfast baru la dapat tengok pemandangan indah. Cuma masa agak suntuk sebab lepas breakfast dah kena chekout untuk ke destinasi seterusnya.
Hotel ni ada swimming pool dengan view yang cantik. Tapi sayang sebab kami takde masa nak guna facilities yang ada.
Tips 7 – Rancang dengan baik waktu chek-in atau chek-out supaya korang ada masa untuk menikmati pemandanbgan indah di hotel Patra Jasa Parapat.
Habis cerita hari ke-3 yang penuh dengan pelbagai tempat yang dilawati. Aku akan sambung trip hari ke-4 dalam next entry. Make sure korang baca sebab aku nak share pasal sungai kat bawah ni.
Kalau korang nak trip percutian korang diuruskan dengan baik. Boleh contact travel agent di bawah. Diorang punya pakej boleh dikatakan paling murah dan sangat senang untuk berurusan.
Figo Tour & Travel
Instragram : Figo Tour & Travel
TikTok : @figotourandtravelmedan
WhatsApp : +6282168256952 / +6287777465814
Leave a Reply