Kos upah tukang cat sekarang boleh tahan jugak ehhh.. Kalau dulu masa PKP, rajin la jugak buat projek DIY kat rumah. Upgrade pintu bilik la, cat seluruh rumah la, pasang SPC floor la dan banyak lagi. Semuanya buat sendiri tanpa upah mana-mana tukang. Sekarang dah tak rajin macam dulu, aku rindu zaman rajin dulu. Haha..
Kadang tu bukan sebab malas, tapi sebab kekangan masa jugak. Macam baru-baru ni, lepas penyewa keluar dari rumah kitorang, aku dan wife decide nak cat rumah tu bagi nampak baru sikit. So, kitorang panggil jer tukang cat Indonesia yang pernah renovate tandas dan dapur rumah aku dulu.
Kerja mengecat ni walaupun nampak mudah, tapi kalau tak mahir nanti hasilnya tak memuaskan. Aku tau la sebab aku dah ada pengalaman cat rumah masa PKP hari tu.
Penat oihh… Rumah bersepah 1 hal, nak cat berlapis-lapis pun makan masa berhari-hari. Lagi pun rumah yang aku nak cat ni dah pasang lantai Vinyl seluruh rumah. Aku tak nak nanti kesan comot cat kena kat lantai.
Ni keadaan asal rumah aku, dinding putih kosong tu memang cat asal masa terima rumah. Takde la kotor apa pun, cuma nak kan suasana baru.
Ni pulak gambar terbaru selepas cat. Aku pilih warna cream sebab nak sesuaikan dengan lantai dan perabot dalam rumah.
Sebelum aku share dengan korang kos untuk cat rumah, aku nak kongsikan beberapa tips yang mungkin berguna untuk korang yang berhajat untuk cat sendiri rumah.
Pertama, jangan beli cat yang murah sebab hasil cat murah tu akan nampak selepas beberapa tempoh. Contoh macam gambar dinding bawah ni.
Ni adalah dinding rumah yang aku tinggal sekarang. Aku cat sendiri masa PKP dulu dengan anak-anak. Sekarang ni nampak timbul kesan putih macam ni. Aku tak ingat jenama cat yang aku guna ni tapi cat yang biasa. Bukan jenama Jotun atau Nippon.
Belajar dari pengalaman, kali ni aku pilih cat Nippon Paint jenis easy wash. Cat ni boleh dicuci kalau kotor dan berkilat bila kena pantulan cahaya. Harga cat ni RM195 untuk 5 liter. Aku gunakan 10 liter untuk living hall rumah aku. Itu pun hanya 2 lapisan sahaja sebab cat asal dah warna putih..
Tapi kalau warna dinding asal korang selain putih, kena sapu 1 lapisan cat alas berwarna putih dahulu sebelum cat warna yang korang nak. Benda ni penting supaya hasilnya nanti memuaskan.
Untuk tentukan berapa banyak cat yang nak digunakan, korang boleh dapatkan advise dari tukang cat.
Tips kedua, upah mereka yang mahir untuk cat rumah. Sebab kekemasan cat sangat penting. Semua orang boleh cat tapi nak dapatkan hasil yang kemas dan sekata, perlukan kemahiran..
Macam mana cara nak kira kos upah tukang cat?
Aku bagi anggaran jer la eh sebagai panduan untuk korang buat budget. Untuk setiap 10 liter cat, kos upah yang logik adalah sekitar RM500 – RM700.
Untuk sebuah rumah bersaiz 900sqf, korang perlukan lebih kurang 30 – 40 liter cat untuk seluruh living hall, dining dan 3 bilik tidur. So, kira sendiri la berapa kos upah.
Tapi kalau tak nak pening kepala, korang serah jer secara total kat tukang cat. Die sediakan cat dan segala keperluan lain. Anggaran kasar kerja mengecat sebuah rumah sekitar RM3,500 macam tu. Bergantung kepada pelbagai faktor lain.
Ni semua hanyalah anggaran aku sendiri berdasarkan pengalaman aku. Korang kena nego betul-betul dengan tukang cat untuk dapatkan harga terbaik. Kalau korang nak contact tukang Indonesia yang cat rumah aku ni, boleh hubungi Pak Hassan 016-6087899. Dia tinggal area Cheras, tapi mana-mana pun dia sanggup jer pergi asalkan dapat cover kos transport dia. Korang boleh la cuba tanya dia.
So far aku puas hati dengan semua hasil kerja yang dia pernah buat dengan aku.
Leave a Reply