Cuti sekolah penggal akhir tahun 2024 bermula 18 Januari 2025. Sesi sekolah tahun 2025 akan bermula 16 Februari. Tapi dua minggu sebelum start cuti sekolah, aku dah siapkan awal-awal keperluan sekolah anak-anak untuk musim depan. Semua aku dapatkan di Pusat Pakaian Hari Hari.

Nak kena rancang perbelanjaan betul-betul sebab lepas bukak sekolah, kita akan sambut puasa dan raya pulak. Kalau semua nak sediakan serentak, koyak dompet aku nanti. Hahaha… Ada beberapa faktor yang menyebabkan aku tak boleh tangguh untuk beli keperluan sekolah anak-anak.
Musim buka sekolah dekat dengan musim perayaan
Dua minggu selepas sekolah dibuka, kita akan sambut bulan puasa. Kebiasaan setiap tahun, baju raya aku akan beli sebelum puasa sebab kalau dah bulan puasa, malas nak keluar shopping. Sebab tu aku kena sediakan keperluan sekolah lebih awal supaya bulan berikutnya aku boleh shopping untuk raya pulak.
Pilihan dan saiz semakin kurang
Kalau bertangguh beli time hujung-hujung nak bukak sekolah nanti, risau saiz dah makin limited. Tahun sebelum ni aku dah merasa. Nak cari seluar sekolah anak pun kena pergi beberapa kedai baru dapat sebab saiz yang dicari tu habis. So, kali ni beli awal tak risau takut saiz habis.

Sama jugak macam kasut sekolah. Banyak design baru yang menarik dan biasanya design baru ni cepat habis size. So, tak nak dah benda ni terjadi.
Taknak bersesak semasa shopping
Ini dah pasti kalau korang shopping masa nak bukak sekolah nanti, confirm akan sesak kat semua cawangan Pusat Pakaian Hari Hari. Masa tu ada yang datang shopping keperluan sekolah, ada yang shopping keperluan raya. Bila dah sesak nanti nak memilih pun tak selesa.
Kebiasaan aku akan pilih Pusat Pakaian Hari Hari sebagai tempat beli keperluan sekolah sebab kat situ semua benda yang diperlukan ada seperti baju, seluar, kasut, bag, stoking, botol air, alat tulis dan semuanya lah. Senang tak perlu survey banyak tempat sebab bawah 1 bumbung pun dah tersedia semua tu dengan pelbagai pilihan jenama, kualiti dan harga.

Korang tahu tak kat Pusat Pakaian Hari Hari ada kasut sekolah jenis button pusing macam gambar bawah ni. Tahun lepas rasanya tak pernah nampak lagi jenis macam ni or aku yang ketinggalan. Biasanya design macam ni ada kat kasut sukan jer, tapi kali ni kasut sekolah pun ada.

Anak aku pilih kasut jenis ni. Design cantik, ringan, tapak tak licin dan harga berpatutan.

Korang jangan bertangguh lagi, cepat pergi dapatkan segala keperluan sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari yang terdekat. Boleh chek cawangan terdekat dengan klik www.hari.com.my/locator atau kalau korang nak beli online, chek link kat bawah.
Hari-Hari Online Store: http://ehari.com.my
Hari-Hari Shopee: http://shopee.com.my/harihari_
Hari-Hari Lazada: https://lazada.com.my/shop/hari-hari
Leave a Reply