Aku dah mula rasa kekok bila nak menulis dalam blog. Dulu asal bukak blog jer, panjang boleh bercerita. Apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan harian aku, kat sini lah tempat aku menyimpan segala kenangan dan meluahkan segalanya.
Sekarang dah makin kurang aku menulis, mungkin sebab sebok dengan aktiviti harian. Atau mungkin juga semangat untuk menulis tu dah takda. Ntah laa.. Bukan kat blog jer, kat facebook pun dah sangat jarang aku menulis panjang-panjang.

Dulu yer, asal apa benda berlaku depan mata atau apa sahaja yang dibaca atau dilihat, semua aku ulas di facebook atau di blog. Mungkin sebab faktor umur kot, dah makin menjauh tinggalkan angka 40, makin kurang keinginin dalam media sosial.
Hari ni aku terpanggil nak bukak blog sebab dapat email yang hosting blog aku dah expired 1 Mac lepas. Blog dah tak boleh bukak, nak tak nak kena la bayar hosting RM205++. Alang-alang dah bayar tu, terus la bukak blog dan nak menaik walaupun tak tahu nak cerita pasal apa.
Abang Akiff
Ok jom kita mulakan kisah anak-anak dulu. Abang Akiff dah umur 14 tahun, dah tingkatan 2. Dah besar pun dia, sangat abang-abang dan penyangang. Dah lagi tinggi dari ummie dia. Abang Akiff bersekolah harian biasa dekat dengan rumah aku. Masa nak masuk form 1, aku tak apply langsung untuk masuk mana-mana sekolah berasrama.

Pertama sebab dia sendiri pun tak nak masuk asrama, kedua aku dan wife pun memang berat hati nak lepaskan dia masuk asrama. Tunggu la form 4 nanti boleh la apply. Sekarang biarlah dia dengan kami. Kami masih boleh pantau aktiviti harian dia, masih boleh bentuk dia ikut acuan kami sendiri.
Dari potensi diri Abang Akiff, akademik di sekolah biasa-biasa sahaja. Bukan yang cemerlang, bukan yang lemah. Pertengah pun tidak, dia dalam kelompok antara pertengahan nak ke cemerlang. Kerja sekolah atau apa-apa hal di sekolah, dia tak perlu di ingatkan.

Dari segi kokurikulum sekolah pulak, abang Akiff boleh dikatakan budak sukan. Dia suka terlibat dengan aktiviti sukan. Dari umur dia 6 tahun aku dah hantar Abang Akiff training badminton, sekarang ni dia boleh la main badminton tapi bukan level yang sepatutnya. Setakat nak wakil sekolah tu lepas, nak main MSSD tu ok lagi tapi nak pergi lagi jauh macam susah sebab Abang Akiff tak minat badminton. Dia lebih minat bola sepak. Team favourite dia, JDT. Semua jadual game JDT dia tahu dan selalu update aku pasal perkembangan JDT.
Abang Ngah Azif
Azif atau kami panggil abang ngah. Dah darjah 4 dia sekarang. Anak no 2 memang lain dari yang lain. Paling manja walaupun dah ada adik. Tiap malam sebelum masuk tido mesti datang nak peluk dulu. Sangat cerewet dari segi pakaian atau pun makan. Bab pakaian, bukan nak yang cantik tapi nak yang selesa. Kalau ada baju yang dia suka pakai, memang itu jer yang dia ulang-ulang. Even nak keluar berjalan, kalau boleh nak pakai seluar baju yang dia selesa masa dok rumah. Cantik ke tak itu tak kisah. Kadang geram dengan dia kalau bab pakaian.

Bab sekolah pulak tak risau sangat sebab pandai bawak diri. Dari segi akademik, dia perform. Kat sekolah pun aktif, semua benda dia nak terlibat. Tak kisah la sukan ke, kebudayaan ke atau apa-apa jer. Pernah jadi penari kat sekolah untuk hari anugerah. Sukan pun aktif jugak masuk itu ini. Pastu gila kuasa, semua nak jadi AJK. Hahaha… Sekarang ni dia jadi PRS kat sekolah, dan juga AJK PRS. Badan beruniform pun dia jadi AJK, dalam kelas pun AJK.
Pasal badminton pulak, aku hantar dia badminton dari umur 7 tahun. Sekarang dah 3 tahun training, alhamdulillah nampak progess ok. Bila usia 12 tahun, aku yakin dia lagi ok dari Abang Akiff. Sekarang pun dah boleh di ajak main badminton. Walaupun minat kat badminton tu tak menebal macam aku, tapi at least ada nampak semangat dia.
Adik Afif
Afif ni paling kurang story dia dalam blog aku. Dia lahir dah zaman lain dah. Bukan zaman blog, sebab tu cerita pasal dia sangat kurang. Pasal Afif ada banyak kat tiktok aku. Afif ni boleh anggap yang bongsu la… kowttt.. Kalau ada keluar lagi tu maksudnya luar kawalan la.. Hahaha..

Ada yang panggil dia kinting sebab rambut dia kerinting. Sebelum ni kami agak risau pasal dia sebab dia kategori speech delay. Umur 4 tahun baru la dapat dengar dia borak panjang-panjang sikit. Sebelum tu apa-apa bagi isyarat jer. Nak apa-apa tarik tangan kita jer. Sekarang alhamdulillah ok tapi masih pelat percakapan dia walaupun dah umur 5 tahun. Bila bercerita tu, kena fokus sikit untuk faham. Tapi suka bercerita dan bercakap.
Awal-awal dulu agak risau jugak sebab dia ada tanda-tanda autism tapi sikit jer. Suka clapping hand, main susun-susun, tak nak bercakap, lebih faham english dari BM. Semua tu tanda-tanda yang kena alert awal. Mujur la wife cikgu pendidikan khas, dia alert benda ni awal dan kitorang cuba kontrol. Ada la sekali bawak g pakar kanak-kanak untuk diagnos tapi Alhamdulillah dia ok. Hanya speech delay.
Kitorang start hantar dia tadika umur 4 tahun dan dia dapat no 1 kat tadika dia masa umur 4 tahun. Tahun ni 5 tahun, dah start kena membaca. So far dia ikut jer apa yang ticer dia suruh. Kalau ada homework, balik rumah terus buat. Kalau ticer pesan suruh baca buku kat rumah, dia mesti nak kena baca jugak sebelum ke sekolah.

Bab aktif memang cukup aktif, suka berkawan. Sangat jarang tantrum. Sesekali tu ada jer, normal la kan untuk budak-budak. Tapi kira senang jugak la di pujuk. Sangat suka ais krim, gula-gula dan susu kotak. Obses dengan mainan jenis kenderaan.
Ok lah… ni jer secara spontan yang aku dapat tulis dalam masa beberapa minit ni sebelum mulakan kerja kat ofic. Nanti kemudian nak tulis lagi macam ni. Best tulis macam ni sebab tak payah fikir pasal SEO. Menulis untuk bercerita ikut sedap jari nak menaip jer.
Leave a Reply