Minggu depan dah nak masuk cuti sekolah akhir tahun. Dan macam biasa, dalam kepala kita as parents ni sebenarnya dah start fikir banyak benda. Nak bawak family bercuti, nak balik kampung, nak beli keperluan sekolah, nak kena prepair untuk yuran, pastu prepair untuk raya pulak.
So, yang mana boleh diselesaikan dulu, kita siapkan awal. Nanti bila dah start bercuti, dah balik kampung, takde lah over budget sampai terganggu untuk sediakan keperluan sekolah anak-anak.
Untuk keperluan buka sekolah nanti, aku dah listkan benda apa yang perlu di beli, benda apa yang boleh dipakai lagi. Tak semua benda kena beli baru untuk bukak sekolah. Contohnya macam bag sekolah, pakai jer selagi ok.
Tapi untuk set baju uniform sekolah dengan kasut, itu wajib ada sepasang yang baru walaupun yang lama masih ok supaya anak-anak dapat mood baru untuk musim baru bukak sekolah. So, 1st day bukak sekolah nanti diorang akan pakai baju, kasut dan stokin baru. Lepas tu takpe la nak ulang pakai yang lama pun.

Macam biasa setiap tahun aku shopping kat Pusat Pakaian Hari Hari. Pilihan lain bukannya takda cuma aku selesa kat situ sebab dah bertahun beli semua keperluan situ dan dah tahu harga situ affordable sesuai dengan kualiti yang dicari. Lagi pun semua benda ada kat situ dari alat tulis sampai ke songkok. Semuanya bawah 1 bumbung.
Tahun lepas aku pergi Pusat Pakaian Hari-Hari di Bangi. Tahun ni kitorang beli kat cawangan Balakong. Tahun sebelum tu kat Kajang. Diorang ada 120 cawangan seluruh Malaysia. Kat kampung pun masih boleh jer beli keperluan sekolah cuma tak nak la beli kat kampung, buat penuh bonet kereta jer.

Masa kitorang membeli baru ni agak tenang jugak la. Belum ramai yang start shopping. Senang anak-anak nak cuba baju, nak try kasut, nak cari itu ini. Staff pun semua mood ok jer melayan. Kejap mintak saiz besar, kejap nak tukar saiz kecik.

So, korang boleh pergi beli awal-awal sebelum keadaan jadi sesak. Macam tiap tahun jugak la bila hujung-hujung baru la penuh kedai orang membeli. Time tu anak terhegeh-hegeh memilih pun kita rasa nak marah. Yer laa sebab orang ramai kan.
Tips Jimat Beli di Pusat Pakaian Hari-Hari
Tapi kalau malas nak bersesak. Ni ada tips sambil dapat berjimat. Korang beli jer secara online melalui ehari.com , ada diskaun 10% untuk setiap barangan keperluan sekolah. (Klik gambar di bawah)

Tapi aku faham, baju dengan kasut sekolah sebaiknya test sendiri baru puas hati kan. Boleh pegang dan tengok kualiti macam mana. Kalau macam tu, korang pergi jer mana-mana Pusat Pakaian Hari-Hari dan survey dulu barang yang nak beli, dapatkan saiz yang betul kemudian balik beli secara online. Hehehe.. So, dapat la diskaun 10% tu. Bijakkk kann…


Tapi kalau terus beli kat kedai aku pun tak rugi sebab korang akan dapat kelander tahun 2026 dan ada juga hadiah free gift towel. So, pilihan kat tangan korang. Macam aku hari tu, terus beli kat kedai jer sebab nak kelander 2026.
![]()

Done membeli jugak kt sini hihi
Done shopping disini juga.. senang satu tempat je..hihihi