Aku tak pasti sama ada event ni kurang promosi atau apa sebab orang tak begitu ramai dan aku sendiri tahu event ni pun melalui kawan aku yang dah pergi hari sebelumnya. So, hari terakhir pada 7 Disember 2025 hari tu aku sempat bawak anak-anak ke event ni di Putrajaya.

Sejujurnya sebelum aku sampai situ, aku tak tau pun apa itu Program Rancakkan Madani Bersama Malaysiaku. Yang aku tahu kat situ ada jualan rahmah, ada pameran dari unit beruniform yang ada kat negara kita.
Kitorang sampai situ dalam pukul 10.30 pagi, parking susah sikit tapi ade jer. Dari jauh dah dengar pasukan pancaragam tengah buat persembahan. Terus melekat kat situ tengok aksi abam-abam askar pancaragam. Best!

Kemudian ada pameran macam-macam jenis jentera ketenteraan. Boleh masuk dan naik. Dapat la tengok dalam kereta kebal tu macam mana sebenarnya. Dalam jentera pemadam kebakaran tu ada apa. Semua boleh tengok sendiri depan mata. Ada pemeriksaan kesihatan jugak. Ada jualan cenderahati unit beruniform jugak. Lagi bertambah meriah sebab ada beberapa spot yang ada live band dari unit beruniform yang berbeza.



Kawasan event ni sangat besar dan memanjang. Kalau nak menapak dari hujung ke hujung memang penat. Kitorang jalan tak habis pun, tak sampai pun kat kawasan yang ada jualan rahmah tu.

Disebabkan kawasan ni agak besar, tak rasa padat dengan manusia. Tak perlu bersesak pun. Nak naik kereta kebal ke, nak naik truck bomba ke, tak perlu beratur panjang pun.





Secara keseluruhan aku rasa event ni berjaya dan menarik. Harapnya kerajaan dapat anjurkan event ni setiap tahun.
![]()

Leave a Reply