Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Tips mudah ambil gambar produk di rumah.

April 16, 2017 by Admin 9 Comments

Spread the love

Ambil gambar tak susah tapi nak dapatkan gambar yang cantik itu yang memerlukan ilmu. Aku memang suka ambil gambar tapi aku tak pernah ambil kelas fotografi secara formal. Aku pernah join kelas outdoor fotografi percuma dari Cikgu Adhadi dan pernah jugak mengikuti kelas basic fotografi bersama rakan-rakan Kelab Blogger Ben Ashaari juga dari tunjuk ajar Cikgu Adhadi. Ada jugak perkongsian ilmu dari rakan-rakan yang lebih arif tengtang ilmu fotografi.

Apa yang aku tahu, gambar yang cantik adalah gambar yang mempunyai cahaya yang mencukupi. Gambar yang menarik pula adalah gambar yang memerlukan sentuhan kreatif supaya tidak kelihatan bosan.Gambar yang ohsemmm adalah gambar yang cantik dan menarik kemudiannya diberi sentuhan editing untuk menyerlahkan lagi gambar itu.

Kakak aku baru keluarkan produk sendiri iaitu foundation dan loose powder jenama Sofiya. Dia mintak tolong aku ambilkan gambar produk ala-ala studio. So, bawah ni adalah hasil gambarnya.

Meh aku kongsikan tips aku ambil gambar ni walaupun takde la lawa mana pun…

Pertama, setup set untuk ambil gambar. Disebabkan set aku tak mengadap cahaya, jadi aku letak keras putih kat tepi kanan produk untuk biaskan cahaya supaya memantul kena produk. Aku guna kertas lukisan jer untuk jadikan alas dan background.

Kedua adalah kesesuaian masa. Untuk ambik gambar yang cantik memerlukan pencahayaan yang cukup. Cahaya yang terbaik adalah cahaya semulajadi. So, waktu malam adalah tidak sesuai untuk ambik gambar produk sebab aku perlukan cahaya semulajadi dari matahari. Waktu hujan jugak tak sesuai. Ikut pencahayaan ketika ambil gambar tu, contoh macam aku ni kalau shoot waktu pagi pun sesuai sebab cahaya matahari terus menerjah masuk melalui tingkap dan menghasilkan bayang. Tapi bayang masih boleh dikawal dengan defuser. Tapi sengaja aku shoot sekitar jam 11 pagi waktu panas terik tapi cahaya tidak masuk terus melalui tingkap. Cahaya yang ada adalah melalui biasan dan pantulan dari luar tingkap.

Ketiga, editing. Kalau betul-betul gambar studio dengan lighting kiri kanan semua tu dah tak perlu editing dah rasanya. Tapi sebab yang ni ala-ala studio jer, maka kena la bagi sentuhan editing. Aku edit guna apps Line Camera dalam phone. Crop pastu auto white balance jer dan tambah clear sikit.

Siap hasil gambar studio amatur aku. Sesiapa pun boleh buat, cuma kalau produk review aku tak suka shoot macam ni sebab tak menarik sangat. Produk review aku lagi suka shoot bagi nampak kita menggunakan produk tu. Tak perlu gambar formal sangat macam studio.

By the way, kalau korang berminat untuk dapatkan produk ni atau jadi agent untuk produk foudation dan loose powder jenama Sofiya boleh whatsapp 019-570 0840 (Ija) atau klik jer sini…

Loading

Filed Under: Photography, Tips Tagged With: Fotografi, Tips

« Baby Cot: Perlu atau tak? Babyhood Malaysia boleh bantu buat keputusan.
Kedai Makan Bawal Sempoi Kg Baru sesak dengan awek UniKL »

Comments

  1. Perdu Cinta says

    April 16, 2017 at 10:02 pm

    Besar pengaruh review dan teknik foto yang diambil untuk menarik pembaca serta pengguna yang baharu nak mengenali satu satu produk baharu.

    Reply
  2. NORNAQIYAH says

    April 16, 2017 at 10:22 pm

    Nice !
    Suka tengok, thanks info !

    Reply
  3. Azwan says

    April 17, 2017 at 8:25 am

    Saya pun guna whitebox DIY je. Kena banyak kali cuba, nanti kita akan dapat setting terbaik, boleh saingi gambar studio.

    Reply
  4. Yanty Lee says

    April 17, 2017 at 6:23 pm

    wah dh cam professional… nice tips.

    Reply
  5. anuar says

    April 17, 2017 at 10:09 pm

    Terima kasih di atas teknik yang dikongsikan… boleh guna cara ni masa nak ambil gambar produk sendiri nanti.. kalau adalah… hehehe…

    Reply
  6. Julia Johari says

    April 18, 2017 at 7:55 am

    Wow menarik…kena rajin kan…baru dpt hasil ala2 studio…menjimatkan duit masa dan tenaga.

    Reply
  7. Mama Kembar Tiga says

    April 19, 2017 at 9:59 pm

    TQ for sharing tips ni Lan. Akak kena cari kertas putih standy kat rumah lah nnt

    Reply
  8. nadia johari says

    April 28, 2017 at 10:29 pm

    gamabr mainkan peranan penting..org tengok wow..hehe

    Reply
  9. Ell says

    April 3, 2018 at 2:56 pm

    TQ for the tips

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
  • Kalau malas cat sendiri, hadap jer kos upah tukang cat sekarang.
  • Iternary Ringkas Percutian ke Medan, Indonesia
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2025 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative