Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Cuti-cuti Bukit Gambang – Review Arabian Bay Resort

June 17, 2014 by Admin 18 Comments

Spread the love
Pada 6 Jun 2014 hari tu aku dpt spend quality time g bercuti dgn Miss Permaisuri dan Akiff kat Bukit Gambang Resort… kebetulan aku ade kejer kat Kuantan sehari sblm tu… terus la plan nak merasa cuti2 kat Bukit Gambang Resort ni… ni bukan plan mengejut pun sbb mmg aku dah tau aku nak kena ke Kuantan,  so terus la aku booking awal2 1 malam kat Arabian Bay Resort ni… aku memang selalu mcm ni, tiap kali ade kejer luar dan ade peluang bawak diorang skali mmg aku akan lajak sehari utk bercuti… tahun lepas ade gak skali aku ade meeting kat Kuantan… aku usung Akiff dengan Miss Permaisuri skali… dpt la jenjalan kat Teluk Chempedak (klik)… tahun ni kite ke Bukit Gambang pulak k…
 Untuk cuti-cuti kali ni kitorang stay kat Arabian Bay Resort… rate agak mahal sbb cuti skolah kot… RM370 utk 1 bilik 1 malam… hohoho…. klau tak cuti skolah aku tak sure brapa rate dia…
 Bile dah sampai sini wajib singgah dpn unta ni utk bergambar… nasib baik ada monopod… hehhehee…
Jom ushar keadaan dalam bilik pulak mcm mana… dah kate bayar mahal kann… haruslah aku expec yg sebanding dgn ratenya….
 Bukak2 jer pintu bilik terus aku mcm hmmmmmm panjang jer… sbb aku paling tak suka bilik hotel yg takde carpet… 1st sbb bahaya klau lps kluar bilik air Akiff selalu tergedik2 terlompat2… boleh tergelincir… 2nd klau bilik yg lantai parket mcm ni slalunya lbh sejuk dr lantai carpet… klau carpet sejuk2 pun selesa jer nak jln2 or jogging2 dlm bilik… tp klau lantai cenggini nak berjaga tgh malam g toilet pun sejuk nak pijak lantai…. grrrr…
Utk bilik ni aku dapat 2 katil super single yg dirapatkan… aku mintak 1 katil king die kate dah takde… huh… mmg la katil ni bile dirapatkan jadi lebih besar dr saiz king tp tak best laa… kang tgh2 mlm tibe2 katil bergerak ker… hahahahaha… kan bahaya klau ade gap… tak pasal2 Akiff terselit celah tu…
Hujung kaki katil die letak 2 kerusi dgn table tea utk lepak2 smbil tgk tv… bagi aku susunan ni mcm tak brapa nak ok… spatutnya meja kerusi ni letak kat balcony luar tu… dpt gak lepak2 luar sambil nikmati keindahan jalan raya… wakaka… view jalan dgn hutan jer pun… tp mungkin faktor keselamatan kot… bahaya kalau bebudak panjat… keluasan bilik mmg cun… besarrr….
LCD TV 32″ pun ade… chanel TV aku rasa mcm ok jer… tak sempat nak chek pun… dtg sini bkn nak tgk tv sgt pun kann… tp klau dah rate bilik dkat 400 hengget spatutnya chanel tv pun haruslah yg berbaloi kan… 
Hah… ni ade 1 bende yg aku tak puas hati… sliding door kat balcony bilik aku tu tak boleh dikunci… Grrrr… siot jer… aku tak sure sama ada bilik aku ni jer atau smue bilik pun mcm ni… bahaya siot… Aku ingtkan sliding door tu berkunci… tgh aku dgn Miss Permaisuri dok bersiap nak keluar kitorang biar jer Akiff dok explore seluruh bilik tu… tibe2 sedar2 Akiff dah kat balcony bilik… hoiii… cuak aku…
Okeh ni plak bilik air die… what???? Takde bath tub??? Rate bilik 370++ takde bath tub…??? huh… Ni 1 lagi bende yg aku tak suke tiap kali menginap kat hotel… walaupun aku bukan jenis yg suka berendam dlm bath tp aku suke toilet yg ade sediakan benda tu… bilik air ni luas jer… nmpak kosong… singki die lak mcm singki kat bilik air rumah aku jer… huh…
Hah… ni 1 hal lagi… dari bilik nak ke cafe jauh giler kowt… building lain2… pastu cafe die bukan 24 jam open… pkul 10 malam rasanya dah tutup dah… Grrr… kebulur kitorang mlm tu… nak kluar g mkn kat luar dah tak larat sbb br lps habis tour night walk kat safari… malam tu terpaksa mencekik maggie in cup yg ade jual kat mini mart situ… Oh yaaa… masa chekin sini aku g cafe nak order makan ke bilik… mmg kitorang dr Kuantan ke Gambang tak singgah makan pun sbb Akiff mentido dlm keter… budget nak order makan dlm bilik jer… tapi servis hantar makanan ke bilik non hado… kena g tapow sendiri kat cafe… bungkus bawak balik bilik…. cisss… bab harga makanan kat cafe hotel aku malas sentuh sbb mmg dah tau rate makanan tempat mcm ni mahal2… nasi goreng cina yg digoreng hangit RM18… tu aku redha jer sbb dah tau harga standard gitu…
Dan 1 lagi bagi korang yg nak stay sini tlong buat survey btul2… baca review blog2 lain… aku tak sempat nak review smue tu… aku ingtkan Arabian Bay Resort ni setempat jer dgn water theme park… boleh turun bilik terus g theme park… tp tak sebenarnya takkkkk… dr resort ni nak ke entrance theme park jarak dia lebih kurang 800m kot… tak sampai 1km tp agak jauh klau nak jalan… so, korang kena naik servis tram yg disediakan… sorry lupe nak ambk gambar tram truck tu… tp ok la sbb tram truck ni banyak… takde la ko nak menunggu stgh jam utk naik tram… selang beberapa minit jer… klau nak naik keter sendiri g park dkat dgn waterpark pun boleh jer tp nak dpt parking pun hazab… klau dpt pun jauh gak nak jalan… huhuhu…
Kesimpulannya bagi aku rate kat Arabian Bay Resort ni tersangat mahal berbanding dgn kemudahan yg diberikan… next entry nnti aku citer pasal safari park dgn waterpark plak ehh… ehhh lupe 1 bende… sini ade gak disediakan pool tp bilik aku tersangat jauh nak ke pool… melintas 2 block kowt… Grrrrr….
Cadangan aku… kalau yg nak bercuti kat Gambang ni… korang stay jer kat Kuantan… dari situ g gambang tak sampai stgh jam pun… kalau aku tau ari tu baik aku stay kat hotel ni (klik)… lagi puas hati… awal2 pagi lps chekout baru g Gambang…

Ralat : Sorry guys… harga bilik adalah termasuk dengan entrance fee Night Jungle dan Water Themepark… hehehe…  lupe plak…

Loading

Filed Under: Uncategorized Tagged With: Bercuti, Bukit Gambang, Cuti-cuti, Hotel, Penginapan, Resort, review

« Kuih Samperit Raya Gebu dan Murah
Cuti-cuti Bukit Gambang – Night Jungle Safari Park »

Comments

  1. ✿AINAA ROSEBERRY✿ says

    June 17, 2014 at 12:45 pm

    Tudiaaa cantik gila biliknyaaa. Memang berbaloi harga macam tu. Perghhh selesa nampaknyaa

    Reply
  2. Cik Ngah says

    June 17, 2014 at 12:45 pm

    huk alohhhhh tak best la bilik gitu huuhuu

    Reply
  3. ::EIDA:: says

    June 17, 2014 at 4:12 pm

    name kemainn bestt gileee alih alihh mmg tak bestt laaa . ok ai xmo g. HAHAHAHA #padahalntahbilankggambangntahkekkekee

    Reply
  4. Yana Ujang says

    June 17, 2014 at 4:12 pm

    eh aku pn expect lebih psl bilik dia bila ko mention rege awal2 tu….

    sama la aku punnn x suka bilik yg xde karpet…tu aku bengang pi morib tu…lantai tiles je…lagi bapak sejuk waktu mlm…parquet ni oke la lg…huhu~ bertabahlahhhh~

    Reply
  5. sYiRa LoKMaN says

    June 17, 2014 at 4:12 pm

    bestnyaaa..tempat cantik !

    Reply
  6. Cik Itah@RRP says

    June 17, 2014 at 4:12 pm

    salam. huuuu cantik tempatnya

    Reply
  7. Budak Kampung says

    June 17, 2014 at 4:12 pm

    huhu..boleh ke iman komen sikit pasal arabian resort?tak ada jakuzi..mcm xbersesuain dgn rege.tapi mgkn dyorg ada konsep sdnrik kot

    Reply
  8. Fazrol Amer says

    June 18, 2014 at 6:30 am

    Lepas baca nie…
    Confirm lepas nie tdo kat kuantan je la…

    Reply
  9. uncle gedek says

    June 18, 2014 at 6:30 am

    kena bayar guna duit arab kot…?

    Reply
  10. [n a j e e b] says

    June 18, 2014 at 11:13 am

    OK..Serious, sebagai seorang yang selalu jugak keluar outstation, harga itu sangat tidak berbaloi, w/o gomen price pun, fasilities hotel macam tu, paling mahal dia boleh charge max RM200-230!!!
    RM300++ should be jenis studio suite, or at least ada bathtub dan mini bar…tak kira berapa bintang pun hotel tu…
    Sedehhhhh…huhuhuhuhu!

    Reply
  11. ✿ pink velvet ✿ says

    June 18, 2014 at 4:13 pm

    mcm x berbaloi je kan harga bilik dgn servis kat situ, pffttt ~

    Reply
  12. ruby.MY says

    June 19, 2014 at 12:46 pm

    Lokasi yang best utk jalan2 dengan family. Singa tu sihat betul la. hehe

    Reply
  13. careno says

    June 19, 2014 at 12:51 pm

    aik… konfius… entry ni mana ada gmbar singa… hahaha…

    Reply
  14. akubiomed says

    June 22, 2014 at 2:04 pm

    Selesa untuk percutiaan keluarga disini.

    Reply
  15. Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) says

    June 24, 2014 at 9:43 am

    Alaaaa x syok laa ek kalau cm tu.. kne sevay betoi2 laa pas ni.

    Reply
  16. Faten Meera says

    September 7, 2014 at 10:39 am

    nak tumpang komen sikit. Heee, saya dah 3-4 kali duk hotel kat gambang sempena family day. jd xde masalah nak merungut. sbb bukan sendiri bayar. opsss, ekceli arabian bay ni bukan hotel. sebenarnya apartment yang disewa oleh pemilik2 apartment tu lah. ada bilik dalam bilik. means macam rumah. ada lagi 2bilik dlm rumah tersebut. ayah yg bgtau, arabian tu rumah2 org. tpi gambang yang sewa. sekian.

    Reply
  17. muhammad nizam says

    December 17, 2015 at 7:52 am

    khulasohnyer… tak hipster la yer.. baru pikior nak gi… bagi satu uv kat hang terklik view ni…

    by the way… kenapa katil tu boleh bergerak memalam lan… hahahahaa

    Reply
  18. Lisya says

    July 31, 2016 at 11:26 am

    Baru balik dr kursus di Arabian BGRC. Yup.. setuju dgn penulis…. hotel ni serupa sampah… baru tido satu mlm.. dah kena elergic kat kulit.. abis.. mcm kena cacar air. Dan kwn2 aku pulak.. ada sorang dua mengalami sesuatu yg aneh… bau bunga harum sundal mlm di sekitar lobi lif blok 2 berhampiran swimming pool .. pd waktu malam… nasib2 la sapa yg terpilih utk menikmati aroma yg wangi tu.. aku yg jln berdua ni… hanya kwn aku je yg terbau. Aku tak de pulak bau apa2….

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
  • Kalau malas cat sendiri, hadap jer kos upah tukang cat sekarang.
  • Iternary Ringkas Percutian ke Medan, Indonesia
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2025 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative