Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Selepas 15 tahun, kini aku diarahkan bertukar tempat kerja.

November 10, 2023 by Admin Leave a Comment

Spread the love

Selepas 15 tahun berkhidmat di Kementerian Kerja Raya, akhirnya tiba masa untuk aku mencari pengalaman baru di tempat lain. Berat hati nak tinggalkan pejabat yang banyak bagi kenangan untuk aku. Jika diberi pilihan, aku akan pilih untuk stay tapi sebagai penjawat awam, ditukarkan tempat kerja adalah perkara biasa.

Banyak kenangan indah semasa aku bertugas di Kementerian Kerja Raya. Kat sini lah aku merasa pergi hingga ke pedalaman Sabah & Sarawak. Dapat merasa naik boat 3 jam menyusuri sungai dari Sibu ke Kapit. Dapat merasai naik flight twin otter ke Marudi, Limbang, Lawas dan banyak lagi. Merasa pergi ke Ranau, Keningau, Beaford, Sandakan, Tawau dan banyak lagi. Kalau bukan kerana urusan kerja, tak mungkin aku akan sampai ke tempat-tempat ini.

Pernah naik boat melihat proses penyenggaraan dilakukan di Jambatan Kedua Pulau Pinang. Terlalu banyak kenangan yang nak direkodkan tapi tak mampu nak diluahkan dalam 1 entry ni. Yang pasti aku sentiasa rindungan kenangan tempat kerja lama.

Lawatan ke Jambatan Kedua Pulau Pinang

Hidup perlu diteruskan, nak tak nak kena juga hadap persekitaran baru dan suasana kerja yang baru. Sekarang aku di JKR menguruskan projek-projek bagi siasatan tanah sebelum sebarang kerja pembinaan dilakukan. Skop kerja yang jauh berbeza dengan kerja lama aku dulu. Kalau dulu aku jaga kontrak maintenance, sekarang siasatan tanah. 100% lain dari pengalaman yang aku ada dulu. Tapi kita langgar jer..

Oficmate lama
Oficmate baru

Aku mula bertugas secara rasmi di tempat kerja baru pada 1 Jun 2023. Peringkat awal agak sukar untuk aku move on tapi selepas 2 bulan di tempat kerja baru, aku rasa makin selesa dan boleh menerima persekitaran baru, sahabat-sahabat baru dan tugas-tugas baru. Semoga aku dapat terus menabur jasa dengan baik di tempat baru ni.

Loading

Filed Under: Personal Tagged With: bertukar, jabatan kerja raya, jkr, kementerian kerja raya, kkr, pengalaman indah, pengalaman kerja, Personal

« LSC Sport – Kedai sukan badminton di Cheras
Bercuti ke Medan, Indonesia. Ini sebab kenapa ramai memilih Medan. »

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Siap! Tak yah fikir lagi pasal keperluan sekolah anak-anak.
  • Program Rancakkan Madani Bersama Malaysiaku patut dijadikan acara tahunan
  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2026 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative