Dah masuk article ke-3 yang aku tulis pasal pengalaman kami bercuti ke Medan, Indonesia. Harapnya aku dapat habiskan semua pengalaman kami dalam entry terakhir ni. Aku tak bosan menulis, risau korang jer la yang bosan membaca. Hahaha..
Baca article pertama percutian ke Medan yang aku dah tulis. Kami naik train laju dari airport ke Medan. Stay di hotel yang sangat best. Melawat kawasan air terjun dan banyak lagi.
Entry kedua khusus untuk percutian sekitar Lake Toba pada hari ke-3. Hari yang paling padat dengan banyak giler tempat menarik yang kami singgah. Naik basikal tergantung, makan lobster tasik dengan view Lake Toba dan banyak lagi.
Percuti Ke Medan – Day 4
Ok jom sambung lagi bermula hari ke-4… Rasa rugi pulak sebab persinggahan kami di Hotel Patra Jasa sangat singkat. Chek-in hotel dah malam, esok pagi dah chek-out. Tengok lah dia punya view kat pool ni, cantik giler. Dah la susah nak jumpa hotel yang ada view macam ni.

Tapi anak-anak tetap ceria sebab next destination kami adalah menyusuri Tasik Danau Toba untuk ke Pulau Samosir dengan menaiki feri dari Parapat.
1. Perkampungan Tomok, Pulau Samosir

Kalau korang pergi dengan travel agent, harga tiket feri dah termasuk dalam pakej. Diorang akan susun jadual perjalanan kita sesuai dengan jadual feri berlepas. Sebab tu kami chek-out hotel on time supaya tak terlepas feri. Oh haa.. Dari hotel nak ke jeti Parapat ni tak jauh, tak sampai pun 10 minit.

Dari hari 1st bebudak ni dok tanya bila nak naik feri, akhirnya hari ke 4 baru dapat naik. Perjalanan atas feri mengambil masa lebih kurang 30 minit ke Pulau Samosir atau lebih spesifiknya di Perkampungan Tomok iaitu perkampungan suku kaum Batak.
Seronok tengok anak-anak enjoy sepanjang perjalanan atas feri sambil menikmati panorama dikelilingi bukit. Untuk info, Lake Toba ni terbentuk dari kesan letusan gunung berapi dan kedalaman tasik ni adalah sekitar 500m dalam. Tasik ni juga berada 1,000m di atas paras laut. Sebab tu kawasan sekeliling tasik ni sentiasa sejuk dan nyaman.

Satu lagi fakta yang korang perlu tahu, disebabkan tasik ni dikelilingi oleh bukit, jadi air tasik ni kelihatan sangat tenang dan tidak berombak.

Kat perkampungan Tomok ni ada banyak gerai jualan cenderamata. Kalau nak cari cenderamata untuk bawa pulang, boleh beli kat sini sebab banyak pilihan. Tapi pastikan korang pandai tawar menawar.

Korang boleh tahu sejarah dan kebudayaan kaum batak kat sini dan diorang akan offer sesiapa untuk join menari. Nasib baik Abang Akiff sporting. Hehehe..
Pulau Samosir ni besar tau.. Sebesar 3 kali negara Singapore. Yang kami singgah ni hanya perkampungan kecil sahaja. Ikutkan travel agent yang bawak kami, dalam Pulau Samosir ni sendiri pun ada banyak tempat cantik dan menarik yang boleh diterokai. Kalau sekadar datang sehari sahaja memang tak cukup.
Balik dari Pulau Samosir, kami seterusnya ke kawasan pemandian alam Bah Damanik. Kalau korang nak ke sini, pastikan korang deal awal dengan pak supir supaya dia boleh advise flow perjalanan yang betul. Macam aku hari tu, ikutkan Bah Damanik takda dalam jadual perjalanan tapi sebab aku teringin sangat nak ke sini, pak supir layan kan jer walaupun perjalanan sedikit jauh.
2. Pemandian Alam Bah Damanik
Tempat ni sebelum ni pernah ditutup dari umum disebabkan konflik antara masyarakat dengan pemerintah kawasan. Katanya dulu tempat ni tak dijaga dengan baik. Tapi sekarang dah dibuka dan dijaga dengan baik.

Terkesima betul tengok airnya yang biru dan jernih. Aku memang dah standby pakaian mandi sebab dah plan nak ke sini. Tapi Afif dengan Azif masuk mandi kejap jer sebab diorang tak tahan sejuk…
Sebenarnya aku sangat jarang bawak diorang mandi sungai. Tapi kat sini aku bawak sebab airnya biru macam kat dalam pool. Gambar kat bawah ni aku tak edit langsung tau. Memang gambar asli dari GoPro.


Aku biarkan gambar di atas yang bercerita bertapa worth untuk sampai kat sini. Satu pengalaman percutian yang akan kami simpan dengan baik.
Dari Bah Damanik, kami bertolak pulang ke Kota Medan. Perjalanan agak jauh, hampir 4 jam juga. Bayangkan lepas mandi sungai, pastu kena melalui perjalanan selama 4 jam.. Letih giler oii… Semua mentido jer la dalam kereta.
Sampai hotel pun dah malam. Kami chek-in di Cambridge Hotel Medan yang bertaraf 5 bintang. Harga hotel ni semalaman sekitar RM350. Serius berbaloi aku pilih hotel ni. Dah la bilik luas dan selesa, ada bath tub, pastu sarapan pagi pun best.

Percutian Ke Medan – Day 5
Sepatutnya hari ke-5 ni adalah hari terakhir kami di Medan. Tapi sebab ada perubahan flight oleh Lion Air, kami dapat tukar flight ke hari berikutnya. So, dapat la extra sehari lagi untuk shopping di Medan.
Hari ke-5 ni adalah hari yang paling santai. Takda perjalanan yang jauh. Lepas breakfast dan bersantai dalam bilik hotel, kami keluar untuk ke shopping mall. Oh yaa.. hotel ni attach dengan mall.
Lepas chek-out, pak supir bawa kami ke gedung khas yang menjual kain telekung dan baju batik. Pastu kami singgah melawat Istana Maimoon, kat sini ada gerai jualan juga kalau korang berhajat nak beli sourviner.

Kemudian kami ke kedai Bika Ambun Zulaikha untuk beli kuih tradisional orang Medan untuk di bawa pulang. Ada beberapa kedai yang kami singgah sebelum pak supir hantar kami ke airport.

Malam terakhir di Medan kami chek-in di Hotel Anara Sky Kualanamu. Hotel ni terletak dalam airport Kualanamu. Hotelnya selesa dan harga sangat murah. Aku booking hotel ni sehari sebelum chek-in dengan harga RM174 nett tanpa breakfast.

Keluasan bilik tak besar sangat tapi selesa untuk berehat sebelum flight keesokan hari. Korang yang berhajat untuk bercuti ke Medan, Indonesia boleh booking untuk bermalam di sini andai flight balik awal pagi atau masa sampai tu dah lewat malam.

Ni gambar kenangan kami dengan supir yang bawak kami sepanjang 5 hari di Medan, Om Reza. Terima kasih Om sebab layan anak-anak saya dengan sangat baik. Si kecik tu kadang dia malas berjalan, dia mintak Om Reza yang dukung kan. InsyaAllah kalau kami ke Medan lagi, kami cari Om ok…
Percutian Ke Medan – Day 6
Akhirnya tiba hari terakhir kami di Medan. Disebab flight kami balik ke Malaysia jam 11 pagi, so tak rushing la bila kami bermalam kat hotel dalam airport. Alhamdulillah, percutian kami semuanya ok.

Terima kasih Figo Travel & Tour sebab menyusun perjalanan kami sepanjang di Medan dengan baik. Korang yang berhajat nak bercuti ke Medan, sila lah dapatkan perkhidmatan dari diorang. Detail contact ada kat bawah ni.
Figo Tour & Travel
Instragram : Figo Tour & Travel
TikTok : @figotourandtravelmedan
WhatsApp : +6282168256952 / +6287777465814
Oh ya.. Untuk bantu korang yang berhajat untuk bercuti ke Medan, Indonesia. Next entry aku akan share contoh iternary yang disediakan oleh travel agent ni. Tapi apa pun masih boleh adjust ikut kesesuaian korang. Contact diorang dan bincang elok-elok.
Leave a Reply