Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Jatuh sikit jer dah pecah screen telefon Sony Experia Z3 aku…

March 29, 2017 by Admin 7 Comments

Spread the love

Apa yang boleh buatkan korang jadi stress dan murung? Selain terperangkap dalam jem kat highway, telefon rosak pun boleh buatkan aku jadi stress… Serius rasa down giler bile handphone yang dah jadi keperluan yang sangat penting untuk aku tibe-tibe rosak. Tapi semua ni berpunca dari kecuaian aku jugak. Masa nak keluar kereta aku terjatuhkan handphone kat atas jalan. Walaupun jatuhan tu tak tinggi mana pun, dari seat kereta ke atas jalan jer tapi dah cukup menyebabkan phone aku tak boleh berfungsi. Mulanya aku ingatkan juz screen protector jer yang pecah sebab aku dah pasang jenis tempered glass punya tapi rupanya pecah tu sampai ke LCD Screen… Huhuhu… Terus dah tak boleh detect jari.

Tapi syukur jugak la sebab dalaman takde effect ape pun. Orang call masih boleh terima cuma nak jawab tak boleh sebab tak boleh slide untuk answer call. Puas jugak aku tanya kengkawan dan google dan rata-rata diorang kata budget untuk repair screen pecah untuk Sony Z3 antara RM250 hingga RM350. Fuhhh… Tak pasal-pasal duit terbang tapi takpe la kan… Benda jadi ni pun bersebab, ade hikmah semua tu. Cewaahhh… Hehehe…

Okeh… Ni hasil survey aku dari maklumat kengkawan. Rakan blogger SOP rekemen aku kedai kat Subang Jaya dan lepas aku call, diorang bagi anggaran harga RM240 untuk tukar screen baru. Kemudian aku call kedai lain pulak yang kat Sg Merab. Kedai tu kenakan bayaran RM260. Then aku call kedai satu kedai ni yang dekat dengan area rumah aku kat Cheras dan diorang bagi anggaran harga RM370. Huhuhu… Dan satu lagi kedai yang kat Pertama Complex, ramai yang rekemen kedai tu dan lepas aku call die bagi anggaran RM229. Hah… Ini yang paling murah…

Haaa… disebabkan yang kat Pertama Complex tu yang paling dekat dengan office aku dan yang paling murah maka hari yang sama jugak aku terjah kedai tu. Dalam sejam handphone dan siap dan dapat berfungsi dengan sempurna. Alhamdulillah… Tapi barang sparepart yang digunakan bukan yang ori tau. Nak yang ori kena g Sony Centre lagi selamat. Sebab phone ni pun dah lama aku pakai dan dah habis warranty pun, so pakai spare part tak ori pun aku tak kisah sangat.

Kalau korang nak cari kedai repair handphone kat Pertama Complex ni boleh try cari kedai Wap In Teleshop yang dalam gambar atas ni. Masuk Pertama Kompleks melalui pintu yang dekat dengan food court tu then kedai tu ade kat belah kanan. Kedai ni takde jual phone, die memang specialist untuk repair jer…

Sekarang ni aku dah boleh bertenang sebab phone dah ok… Data-data dalam phone semue aku dah backup dalam memory card… Risau kalau rosak lagi…

Loading

Filed Under: Gadget, Personal, Servis, Technology Tagged With: gadget, Personal, servis, technology

« Ada yang lagi special dari roti bakar Transfer Road, Penang
Bercuti ke Hatyai menarik tapi… »

Comments

  1. Noriza Abdul Rahman says

    March 29, 2017 at 3:53 pm

    Sony Z Ultra saya pun tak boleh ON ni. Kes OFF kan henfon bila nak buka terus tak boleh…huhu

    Reply
    • Jusrizal says

      March 15, 2020 at 6:28 pm

      Kak perasan tak kat tepi frame HP ada lubang besar jarum. Kak ambik jarum cucuk kat lubang tu pasti kan terkena ada sentuhan klik. Jarum ya belah yg tak tajam. Benda lain jgn. Dia kira onkan cara default. Cara asal. Insyallah. Tiada ditepi cari je asal dia lubang kecil. Lain HP lain tempatnya.

      Reply
  2. Cik akak says

    March 29, 2017 at 4:17 pm

    Hp ni penting..kalau seketul je hak milik kita memang payah. Mesti perlu ganti yang baru…

    Reply
  3. Anuar says

    March 30, 2017 at 1:06 pm

    Memang stress kalau handphone rosak…
    Lebih-lebih lagi time urgent.. Di saat Handphone sangat-sangat diperlukan..

    Reply
  4. ekjozbuluh says

    April 10, 2017 at 12:10 pm

    Aku pun biasa repair kat kedai ni.

    Reply
  5. Aiskacangsedap says

    September 10, 2018 at 4:18 pm

    Pertama sekali, tq sbb buat post ni..

    Td baru je baiki telefon kat sana.
    Hp Sony M5, masalah black skrin tp masih boleh call masuk dan boleh touch screen..

    Dia ckp kalau tukar LCD RM 219.
    Lepas check, rupanya motherboard connection, so dia charge RM 160.

    Tinggal dalam sejam setengah..

    Reply
    • Jusrizal says

      March 15, 2020 at 6:30 pm

      Nak jimat beli dishopie spare part. Kemudian masuk U belajar pasang. U caw. YouTube. Pasang sendiri.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
  • Kalau malas cat sendiri, hadap jer kos upah tukang cat sekarang.
  • Iternary Ringkas Percutian ke Medan, Indonesia
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2025 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative