Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Kepelbagaian menu menarik dengan konsep hipster di Whip and Whisk Bake Shop & Cafe.

July 11, 2018 by Admin 6 Comments

Spread the love

Pernah tak makan chicken chop dengan kuah rojak? Siap ada taburan biji bijan. Haaaa… Aku pun tak pernah tapi di Whip and Whisk Bake Shop & Cafe korang boleh cuba Oriental Chicken Chop yang dihidangkan bersama sos unik gabungan 7 sos rahsia yang memberikan rasa lain dari yang lain seakan kuah rojak. Lebih menarik lagi sebab Oriental Chicken Chop ni juga dihidangkan dengan hirisan buah nanas dan laici. Pelik kan…

Chicken Chop Oriental – RM21.90

Susah untuk aku jelaskan rasanya tapi bagi aku kombinasi unik ni adalah sesuatu yang cukup menjadi. Bukan aku jer yang cakap macam tu tapi rakan-rakan blogger lain pun mengatakan yang sama. Korang kalau tak percaya kena datang sendiri di cafe hipster Whip and Whist ni.

Whip and Whisk Bake Shop & Cafe ni terletak di Alam Damai, Cheras. Bagi korang yang suka mencuba sesuatu yang baru dan menyukai cafe yang berkonsepkan hipster dan minimalis boleh la datang sini.

Cafe ni tak jauh pun dari rumah aku. Sesampainya aku kat cafe ni, akan nampak susunan meja kayu tinggi di bahagian luar cafe yang dikhaskan untuk korang yang smoking. Haaa plzzz kalau smoking sila dok jauh sikit okeh.

Melangkah masuk ke dalam cafe, suasananya cukup selesa dengan teratur. Takda pun bau masakan dari bahagian dapur, yang ada hanya aroma pastry dan coffee yang menyelerakan.

Nampak kecik jer kan cafe ni tapi ok la sebab tak sesak pun. Mungkin orang takut nak masuk cafe yang macam ni sebab ramai orang berfikiran yang cafe macam ni harganya mesti mahal. Sebenarnya harga kat sini ok jer, sesuai dengan portion makanan yang disediakan.

Sekali tengok nampak macam Whip and Whisk Cafe macam kedai bakery pulak sebab banyak pilihan pastry dan kek yang tersusun kat rak. Specialnya sebab semua kek dan pastry kat sini disediakan fresh setiap hari oleh Kak Pah dan chef.

Kak Pah dan suami adalah pemilik cafe ni. Bagi Kak Pah, dia mengamalkan konsep home cooking iaitu kualiti dan kebersihan makanan sentiasa jadi keutamaan..

Okeh… Antara yang sentiasa menjadi pilihan pelanggan kat sini adalah cream puff dan aneka tart terutamanya coconut tart. Aku sendiri dah cuba dan memang sedap. Tapi kek aku tak sempat try, next time aku datang boleh la try kek pulak..

Kat sini ada disediakan meja besar yang sesuai kalau korang nak buat gathering sembang pasal bisnez atau ‘membawang’ secara berjemaah. Pekena coffee pulak sorang secawan, memang boleh lajak berjam-jam laa jawabnya..

Selain tu, kalau korang nak buat birthday party atau majlis ringkas jugak sangat sesuai. Tapi kena booking awal supaya Kak Pah boleh buat persediaan awal.

Ehh sebenarnya kat sini bukan hanya ada menu ringan-ringan jer tau. Selain chicken chop, ada banyak lagi menu utama yang ada contohnya macam Lamb Chop, Fish and Chip, spaghetti, burger, roti john dan banyak lagi.

Lamb Chop – RM30

Lamb Chop ni aku dah try. Lembut jer dagingnya dan sos black pepper pun sedap. Yang bergulung-gulung dalam pinggan tu adalah curly fries. Rangup giler dan sedap…

Haa roti john special ni adalah hot selling masa bulan puasa hari tu. Roti yang digunakan adalah dibuat sendiri kat sini. Memang lembut dan sedap.

Tapi kalau tekak korang jenis nak makan makanan tempatan, kat sini pun ada jugak tau. Antara menu tempatan yang ada contohnya nasi lemak, nasi kerabu, nasi putih set dengan thai green curry, ayam percik, mee kari, mee rebus dan banyak lagi. Korang boleh refer menu kat bawah ni.

Nampaknya banyak lagi menu yang aku belum try kat  Whip and Whisk Bake Shop & Cafe ni. Heheheh… Alasan untuk repeat lagi. Lagi pun dah janji dengan Miss Permaisuri dan anak-anak nak bawak diorang makan kat sini. Minggu ni boleh la kot sebab tengah ada promosi ulang tahun pertama.

Tunjukkan gambar poster ni dan korang layak dapat 10% diskaun bermula 10 – 15 Julai 2018. So, jom ikut aku pergi sana minggu ni. Promosi dan update terkini berkaitan Whip and Whisk Bake Shop & Cafe korang boleh refer details di bawah.

Facebook: Whip and Whisk Bake Shop & Cafe
Instagram: Whip and Whisk KL
Alamat: 52-G, Jalan Damai Raya 2, Alam Damai, Kuala Lumpur.
Telefon: 03-9107 3987

Loading

Filed Under: Food, Review Tagged With: alam damai, Cafe Hipster, cheras, Food Review, Projek Hipster, Tempat Makan, whip and whisk cafe

« Petua anak kena demam campak ‘chicken pox’
Shopee belanja tengok game final World Cup di GSC, 1 Utama »

Comments

  1. Mama Kembar Tiga says

    July 11, 2018 at 11:33 am

    I pun rasa macam nak repeat lagi, bawak si kembar plak, mesti depa suka.

    Reply
  2. Ema says

    July 12, 2018 at 8:22 am

    Bawa balik lamb chop… Suami pun cakap sedap..berbaloi dgn harga..RM30 utk 600gram.

    Reply
  3. mas saari says

    July 12, 2018 at 9:22 am

    Wahhh menarik Chicken Chop tu, harga pun berpatutan.

    Reply
  4. ai says

    July 13, 2018 at 11:23 am

    Lapar nak makan dessert pula..

    Reply
  5. Qaseh Dalia Sufura says

    July 13, 2018 at 3:22 pm

    Belanje pliss haha boleh cuba nanti ..

    Reply
  6. Kakmahh says

    July 22, 2018 at 7:57 am

    Akak tengok gambar pun dah telan air liur. Moga akak berpeluang mencuba makan resepi di lokasi ini.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
  • Kalau malas cat sendiri, hadap jer kos upah tukang cat sekarang.
  • Iternary Ringkas Percutian ke Medan, Indonesia
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2025 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative