Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Usahawan selebriti juga sertai Hari BioUsahawan 2019 di KL Convention Centre (KLCC)

March 14, 2019 by Admin Leave a Comment

Spread the love

Bulan lepas aku ada tulis pasal hari Biousahawan 2019 yang akan berlangsung pada 15 & 16 Mac 2019 (Jumaat & Sabtu) di KL Convention Centre (KLCC). Ramai usahawan tempatan dah mengesahkan untuk sertai expo kali ni. Ada juga usahawan selebriti yang turut serta untuk memperkenalkan produk mereka.

Biousahawan 2019 kali ni dijangka mendapat perhatian ramai kerana banyak produk-produk menarik keluaran tempatan diperkenalkan kepada umum. Antara produk yang ada seperti produk kesihatan, penjagaan diri, kecantikan, suplemen, makanan dan banyak lagi.

https://www.youtube.com/watch?v=_Y2VCpGEcB0

Produk-produk bio tempatan ini berkualiti tinggi, bernilai tinggi dan setanding dengan produk-produk jenama antarabangsa kerana produk-produk ini adalah hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dijalankan oleh syarikat-syarikat bio.

Rugilah korang kalau terlepas expo Biousahawan 2019 kali ni sebab selain pameran dan jualan produk, ada banyak aktiviti yang telah diaturkan oleh pihak penganjur dan korang juga berpeluang menang hadiah menarik.

Ada 10 set produk-produk bio untuk dimenangi. Caranya sangat mudah iaitu dengan menjawab 5 soalan secara online. Korang boleh klik soalan BioUsahawan 2019 dan pilih jawapan yang tepat. Kalau korang bertuah, pihak penganjur akan menghubungi korang untuk ambil hadiah pada 16 Mac 2019 di BioUsahawan 2019.

Usahawan Selebriti Juga Turut Serta

Terdapat juga seleberiti yang telah berkecimpung dalam dunia perniagaan turut serta dalam expo kali ini. Antara selebriti BioUsahawan 2019 termasuklah Noryn Aziz, Salma Asis, Datin Diana Daniella, Fazlyna Ahmad Daud, Sarimah Ibrahim dan Altimet.

Antara produk yang akan dijual oleh selebriti ini adalah seperti produk kecantikan, kosmetik, makanan, selendang dan banyak lagi.

Sesi Panel & Bual Bicara

Ada banyak sesi bual bicara dan perbincangan bersama pakar-pakar industri. Altimet juga akan menjadi salah satu panel yang akan berkongsi cerita tentang pengalamannya dalam dunia keusahawanan bertajuk “No Plan B” pada 16 Mac pukul 3.20pm di Pentas Utama, Dewan 1, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Selain itu, ada juga sesi perbincangan tentang peluang-peluang dalam dunia digital termasuk aplikasi teknologi dalam industri agro bagi meningkatkan potensi perniagaan dan menambah nilai produk/perkhidmatan. Korang yang baru nak menceburi bidang perniagaan, korang perlu hadir untuk sesi perbincangan tentang dana dan bantuan pembiayaan lain yang disediakan oleh Kerajaan, agensi dan pemain industri bagi membantu usahawan. Korang yang nak hadir untuk sesi bual bicara boleh refer jadual kat bawah ni.

Lepas sesi bual bicara, korang berpeluang menang hadiah menarik seperti penginapan hotel, voucher makanan, produk bio dan banyak lagi dengan hanya jawab soalan mudah yang diberikan.

Derma & Menang Sambil Selamatkan Persekitaran

Haaa ada lagi hadiah yang korang boleh menang dengan menderma pakaian terpakai di BioUsahawan 2019. Amboi banyak betul peluang menang hadiah kan.

Caranya dengan dermakan kain yang telah digunakan seperti pakaian, kasut, tali pinggang, beg tangan, tuala, linen atau permainan di tapak P03 di BioUsahawan 2019 (di kawasan eFM dan #BIOCHAT). Untuk berpeluang menang hadiah, jangan lupa untuk ambik gambar secara kretif di booth tersebut bersama yellow bin dan upload di instagram dengan menggunakan hastag #KITARKLOTH #BIOUSAHAWAN2019

Kitar-Kloth adalah program kitar semula kain dengan kerjasama Kloth Cares, Life Line Clothing Malaysia Sdn Bhd dan Selangor Youth Community. Kain yang dikumpul akan diderma kepada orang yang memerlukannya atau dieksport dan diubah menjadi barang lain seperti kain lap, kerusi kereta dan bahan bantal.

So, nanti bawak la sekali barang yang nak didermakan tu. Boleh jugak kosongkan almari rumah yang dah penuh tu sambil-sambil berpeluang menang hadiah.. Hehehe… Layari instagram BioEconomyCorporation untuk maklumat lanjut tentang pertandingan ini.

Daftar Masuk BioUsahawan 2019 secara PERCUMA

Untuk mengelakkan korang beratur panjang masa kat sana nanti, korang boleh daftar jer secara online di borang BioUsahawan. Aku dah daftar dah, insyaAllah kita jumpa kat sana nanti. Aku tertarik nak ushar produk makanan kat sana nanti. Hehehe…

Untuk makluman lanjut boleh layari www.bioeconomycorporation.my atau update terkini boleh lihat di akaun social media berikut:-

  1. Facebook www.facebook.com/BioeconomyCorporation
  2. Twitter  twitter.com/bioeconomycorp
  3. Instagram www.instagram.com/biousahawan

Loading

Filed Under: Advertorial, Event, Info, Shoping Tagged With: KLCC

« Kawal Penggunaan Internet Anak Sebelum Terlambat Dengan Audra HomeShield
Jam tangan melambangkan identiti seseorang. Sebab tu aku pilih G-shock army strap. »

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
  • Kalau malas cat sendiri, hadap jer kos upah tukang cat sekarang.
  • Iternary Ringkas Percutian ke Medan, Indonesia
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2025 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative