Ramai yang tanya aku berapa aku berhabis untuk bawak family bercuti ke Medan Indonesia. Kalau korang nak tahu, pastikan baca sampai habis pengalaman percutian kami kali ni sebab aku akan share iternary dan juga budget kami sepanjang 6 hari 5 malam di Medan, Indonesia.
Aku akan share juga tips-tips yang mungkin boleh bantu korang rancang percutian dengan lebih baik. Untuk info, tiket flight ke Medan adalah antara yang termurah kalau nak bercuti ke Indonesia. Kenapa murah? Sebab Medan tu dekat jer, naik flight sejam dah sampai. Korang boleh dapat harga tiket flight kurang RM300 seorang untuk return flight.

Macam aku hari tu, tiket flight kami RM288/person untuk pergi balik termasuk 20kg luggage setiap orang. Murah kann. Aku beli tiket flight 6 minggu sebelum tarikh penerbangan. Kalau lagi awal, mungkin harga akan lagi murah.
Percutian ke Medan – Day 1
Kami tiba di Airport Kualanamu jam 4.30 petang waktu di Medan. Turun jer flight, dah ada bas menunggu untuk bawak kita masuk ke terminal ketibaan.

Proses di imigresen agak mudah dan cepat. Just scan QR code, isi form dan print declaration form kat tempat yang disediakan. Korang yang takde internet tak perlu risau sebab WiFi Airport agak laju.
Antara benda terpenting yang korang perlu prepair sebelum bercuti ke luar negara adalah kemudahan internet. Chek dulu berapa rate telco korang untuk roaming. Kalau mahal, better cari alternative lain yang lebih murah. Untuk bercuti ke Indonesia, aku tak syorkan korang beli sim kad Indonesia sebab proses pendaftaran sim Indonesia sangat leceh.
Tips 1 – Gunakan Sim Kad Umobile dan sebelum fly korang aktifkan ’14-Day Travel Pass’ dengan harga RM35. Korang akan dapat data unlimited selama 2 minggu. Internet laju. Pastu kalau nak hotsport kan data ke beberapa device, just add on RM1 sehari.
Dari Airport Kualanamu, kami menggunakan train ke Kota Medan. Harga tiket train untuk 3 dewasa, 2 kanak-kanak adalah Rp210,000 atau RM63. Tapi pembelian tiket train hanya melalui debit/kredit card. Tak boleh guna cash. So, kena aktifkan dulu penggunaan kad luar negara semasa di Malaysia.

Perjalanan dengan train mengambil masa lebih kurang 35 minit. Sampai di stesen Medan, aku ambik teksi meter Blue Bird yang ada kat situ untuk ke Hotel Grand Mercure yang jaraknya hanya 1.5km dari stesen. Bayaran untuk teksi jenis MPV ni adalah Rp14,500 atau RM4.50. Murah kannn…

Untuk malam pertama kami di Medan, aku booking hotel Grand Mercure Medan Angkasa melalui agoda.com. Rate yang aku dapat adalah RM261 termasuk tax. Harga ni agak murah untuk hotel bertaraf 5 bintang. Sangat puas hati dengan bilik yang besar dan breakfast yang super duper best. Nanti aku review berasingan pasal hotel ni k.
Percutian ke Medan – Day 2
Bermula hari ke-2 hingga hari ke-5, perjalanan kami diuruskan oleh travel agent yang aku dah booking awal sebelum ke Indonesia. Aku gunakan servis dari Figo Tour & Travel. Pak supir yang ditugaskan bawak kitorang dah standby dengan kereta Toyota Veloz di lobby hotel untuk bawak kitorang sekeluarga.
Tips 2 – Booking direct dengan travel agent di Medan adalah lebih murah berbanding travel agent di Malaysia. Figo Tour & Travel adalah salah satu travel agensi yang berpangkalan di Medan.
Hari kedua, kami ke Berastagi dan akan bermalam di sana. Berastagi adalah kawasan tanah tinggi yang sejuk. Lebih kurang macam Cameron Highland. Jarak perjalanan dari Kota Medan ke Berastagi lebih kurang 3 jam.
1. Air Terjun SikuLikap
Lokasi pertama kami adalah air terjun SikuLikap. Kitorang sampai sini dalam pukul 3.30 petang, agak lewat sebab berhenti lama masa singgah makan tengah hari. Masa sampai sini, cuaca hujan gerimis yang buatkan kawasan ni lebih sejuk dengan kabus tebal.

Tempat ni memang cantik, diorang ada buat laluan pejalan kaki untuk ke lokasi air terjun. Kena menapak dalam 10 minit baru sampai di lokasi air terjun tu.


Suasana kabus tebal buatkan persekitaran terasa sungguh nyaman. Ni pengalaman pertama kami berjalan dalam kabus tebal yang macam ni kat dalam hutan. Bukan aku jer teruja, anak-anak pun seronok sebab bagi budak-budak bandar, suasana macam ni memang sesuatu yang baru dan unik.

Nampak tak air terjun tu? Tak jelas sangat kan sebab kabus tebal. Cuba korang google kalau nak tengok pemandangan air terjun ni yang lebih jelas. Aku difahamkan, persekitaran sini bukan sentiasa berkabus. Kiranya bergantung kepada rezeki korang la, sama ada dapat suasana berkabus atau pemandangan yang jelas.

Kat sini jugak ada port ngopi dalam hutan. Tempat dan suasana yang sangat unik, vibe rimba di alam bunian. Dengan persekitaran sejuk dan redup, memang best kalau pekena kopi panas dengan pisang goreng.
2. Kebun Strawberry
Seterusnya kami ke kebun strawberry untuk memetik buah strawberry. Tapi sayangnya sebab masa kami sampai, pekebun sini baru jer lepas petik. Dah takde buah strawberry yang tinggal untuk kami petik. Kalau nak petik sendiri, kena menapak ke dalam sikit la. Tapi kitorang tak beriye sangat untuk petik strawberry. Cuma nak rasa strawberry di Berastagi ni macam mana.

Buah strawberry sini saiz besar-besar dan manis. Harga pun murah, aku syorkan korang beli strawberry kat sini dari kat Pasar Buah Segar Berastagi, sebab kat sini buah lebih segar.
3. Pasar Buah Segar Berastagi
Kemudian kami bergerak ke Pasar Buah Segar Berastagi. Walaupun nama pasar buah tapi kat sini ada jual macam-macam. Kat sini lah tempatnya kalau nak beli souvenir yang ada tulis Berastagi.

Paling banyak dijual kat sini adalah buah limau atau kat sana dipanggil buah jeruk. Tapi aku tak beli kat sini sebab esoknya kami akan singgah di kebun limau untuk petik buah sendiri.

Tips 3 – Kena pandai tawar menawar di Pasar Buah Segar Berastagi. Kalau ada pak supir, boleh mintak tolong dia jadi perantara.
Selain shopping, kat sini jugak korang boleh merasa naik kereta kuda. Harga untuk naik kereta kuda ni Rp50,000 atau lebih kurang RM15 untuk sekeluarga. Die akan bawak pusing pekan Berastagi tu dan lalu kat dalam kawasan kampung, lebih kurang 10 minit naik kuda ni.

Selesai kat sini kitorang terus bergerak ke tempat penginapan kami iaitu di Rudang Hotel & Resort. Kawasan hotel ni agak luas, ada kemudahan swimming pool, ada restoran KFC sebelah lobby hotel. Seberang jalan ada cafe dan Indomaret.

Bilik kat sini ada banyak type dan bilik kami yang gambar bawah ni. Saiz bilik tak besar dan tak sempit, muat laa untuk tambah extra bed kat tengah-tengah tu. Bilik takde aircond sebab kawasan ni memang dah sejuk. Harga untuk 1 malam boleh dapat kurang RM150 termasuk breakfast. Tapi untuk extra bed tu kena tambah di kaunter, anggaran dalam RM35 macam tu termasuk breakfast untuk sorang.

Malam kami kat sini kosong tanpa sebarang aktiviti selain keluar makan. Sekadar menikmati suasana malam yang sejuk. Malam tu pak supir bawa kami keluar makan di Baktina Cafe & Resto.
Apa yang bestnya bila korang pergi dengan agent ni, tak perlu fikir bab makan sebab semuanya dah termasuk dalam pakej diorang. Restoran yang dipilih pun menarik dan boleh karaoke.


Sampai jer sini terus dihidangkan makanan atas meja. Tak perlu pilih menu apa yang nak dimakan sebab diorang akan hidangkan menu tempatan untuk kita.
Tips 4 – Jangan lupa bawak sweater atau baju sejuk. Waktu pagi di sini sangat sejuk hinggakan bercakap pun keluar ‘asap’.
Percutian ke Medan – Day 3
Percutian kami hari ketiga adalah di sekitar kawasan Lake Toba. Ada banyak spot cantik dengan pemandangan indah Lake Toba dan Gunung Sinabung iaitu gunung berapi yang masih aktif.

Aku akan sambung cerita pengalaman bercuti ke Medan Indonesia untuk hari ketiga dalam next article. Korang baca kat sana k. Aku akan share juga pakej yang disediakan oleh travel agent termasuk harga.
Figo Tour & Travel
Instragram : Figo Tour & Travel
TikTok : @figotourandtravelmedan
WhatsApp : +6282168256952 / +6287777465814
![]()

Saya 31.8.24 nak pegi Medan bercuti, boleh Puan bagi tempat2 lawatan yg best
best baca blog tuan… terima kasih atas maklumat nya 🙂
Tuan, part 2 nya mana?